• Menu

Perayaan Nyepi di Bali Kita Wajib Tahu Sebelum Melancong ke Indonesia

Home » Guide for Muslim Travellers » Perayaan Nyepi di Bali Kita Wajib Tahu Sebelum Melancong ke Indonesia

Pernahkah anda terfikir untuk melancong ke Bali atau terlintas difikiran mengenainya? Tahukah anda, Bali merupakan salah satu tempat pelancongan di Indonesia yang paling kerap dilawati oleh pelancong. Ia terletak di antara hujung timur Kepulauan Jawa dan di barat Kepulauan Lombok. Bali mempunyai satu perayaan unik yang berbeza berbanding budaya-budaya lain di dunia iaitu Nyepi. Perayaan tahun baharu di lokasi-lokasi lain diseluruh dunia penuh dengan cahaya dan warna-warni, namun sebaliknya di Bali. Perayaan nyepi menjanjikan keunikan tentang Bali yang tidak akan anda temui di tempat lain!

Penganut agama Hindu yang sedang melalukan penyembahan

Berbeza dengan adat-adat yang lain, Bali menyambut “Festival Tahun Baru” di dalam keadaan sunyi dan sepi. Nyepi adalah hari sunyi, berpuasa dan muhasabah diri untuk penduduk tempatan Bali. Walau bagaimanapun, terdapat 4 peraturan yang harus diikuti untuk Nyepi.

  • Tiada cahaya atau api bahkan kuasa elektrik (Amati geni).
  • Sebarang aktiviti pekerjaan tidak dibenarkan (Amati karya).
  • Tiada aktiviti pelancongan. Lapangan terbang dan semua kedai ditutup pada hari tersebut (Amati lelunganan).
  • Lelanguan: Tiada hiburan dan semua orang wajib berpuasa.
Antara hiasan yang boleh dijumpai di perayaan nyepi

Sehari Sebelum Nyepi

Sebuah festival Ogoh-Ogoh akan diadakan sebelum Nyepi bermula. Ogoh-Ogoh adalah tugu buatan manusia sebagai simbol raksasa atau makhluk jahat. Festival tersebut akan diadakan malam sebelum Nyepi sehingga keesokan pagi Nyepi. Selepas itu, mereka akan membakar Ogoh-Ogoh dan menjerit sekuat hati untuk menakutkan dan ‘menghalau’ makhluk jahat. Walau bagaimanapun, di sesetengah tempat di Bali mereka akan menjual Ogoh-Ogoh kepada masyarakat setempat. Ogoh-Ogoh mampu mencecah harga jutaan rupiah mengikut saiz yang ditempah. Setiap penduduk wajib menyimpan bekalan makanan kerana semua restoran ditutup lebih awal dari biasa.

Patung yang dikeluarkan ketika perayaan nyepi

Hari Nyepi

Keadaan di pagi hari nyepi

Nyepi kebiasaannya akan bermula pada pukul 6.00 pagi mengikut waktu tempatan dan akan disambut selama 24 jam sahaja. Masyarakat Bali telah menyambut festival ini sejak tahun 1959. Justeru itu, semua penduduk perlu berada di dalam rumah dan bermuhasabah diri. Ini adalah masa terbaik untuk membuat lukisan (‘painting’) ataupun melihat bintang di langit yang gelap. Selain dari itu, sesetengah orang percaya bahawa perayaan ini adalah masa untuk Bumi berehat.

Perayaan nyepi disambut di Bali

Upacara Nyepi telah berjaya mengurangkan penggunaan kuasa elektrik sebanyak 40 hingga 60 peratus dan dapat menjimatkan sebanyak 4.2 juta Rupiah. Nyepi bukan hanya sekadar perayaan keagamaan semata-mata, tetapi turut menyumbang kepada pengurangan karbon dioksida dan pengurangan 33% kesan rumah hijau. Dalam erti kata lain, Nyepi adalah sama seperti “Earth Hour”.

Menarik bukan? Jika anda sedang merancang untuk bercuti ke Bali, anda bolehlah berkunjung ke laman web kami. Kami menawarkan pelbagai pakej Bali dan pakej-pakej lain mesra Muslim di serata Indonesia dan Asia untuk anda. Selain itu, anda boleh terus merancang perjalanan anda dengan maklumat tambahan yang kami senaraikan di sini!

Jom tempah percutian anda ke Indonesia bersama Tripfez!

Leave a Reply