• Menu

Pulau Pangkor: Pulau Bebas Cukai 2020

Home » Travel Promo & News » Pulau Pangkor: Pulau Bebas Cukai 2020

Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama dan popular di Malaysia. Pulau Pangkor merupakan pulau ketiga terbesar di negeri Perak dan terkenal dengan tarikan-tarikan semula jadi seperti keindahan pantai dengan pasir yang memutih, air laut yang jernih dan kaya dengan kepelbagaian spesies batu karang serta hidupan marin yang unik. Menariknya, bermula 1 Januari 2020, Pulau Pangkor telah diwartakan sebagai pulau bebas cukai (PBC) sama seperti Pulau Langkawi di Kedah. 

Pemandangan indah di Pulau Pangkor bebas cukai 2020.
Kredit: ylyip_yap

Ini bermaksud, Pulau Pangkor akan dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula Januari 2020. Penarafan status Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai ini akan meliputi semua barangan kecuali produk tembakau, alkohol dan kenderaan. Ia sekali gus akan membantu merancakkan lagi sektor pelancongan dan ekonomi di Pulau Pangkor yang terkenal dengan hasil laut ikan bilis mata biru dan burung enggang yang banyak kelihatan di sekitar pulau ini. 

Burung enggang banyak didapati di Pulau Pangkor | Pulau Pangkor Bebas Cukai 2020
Kredit: maryann2311

Pulau bebas cukai ini terkenal dengan beberapa destinasi pelancongan yang menarik. Anda berpeluang menerokai Kota Belanda, Batu Bersurat, Pantai Puteri Dewi, Pantai Pasir Bogak dan Teluk Nipah. Pulau yang berkeluasan 2,200 hektar ini boleh diterokai dengan hanya berjalan kaki atau menggunakan kenderaan darat dan laut. Selain itu, ia menjadi destinasi utama tumpuan pelancong kerana terkenal dengan keindahan pantai dan hasil lautnya. Bukan itu sahaja, pulau ini juga sesuai untuk aktiviti-aktiviti laut seperti berenang, snorkeling, berkayak, memancing dan banyak lagi.

Tunggu apa lagi? Jom bercuti ke Pulau Pangkor. Nikmati pakej percutian ke Pulau Pangkor yang menarik ini dan berpeluang menerokai keindahan alam semula jadi sambil mengagumi keunikan flora dan fauna yang terdapat di sini.

Tempah Pakej ke Pulau Pangkor, Perak

Leave a Reply