• Menu

Cuba 5 Restoran Halal Ini Di Bali

Home » Guide for Muslim Travellers » Cuba 5 Restoran Halal Ini Di Bali

Mungkin masih ada lagi yang menganggap Bali sebagai lokasi percutian yang susah hendak cari tempat makanan halal. Di sana diketahui umum didiami oleh majoritinya adalah orang Hindu yang gemar makan makanan larangan Islam. Kini, banyak cafe dan restoran di Bali yang menyediakan makanan halal! Jom kita serbu 5 tempat halal di Bali yang kami kongsikan di bawah ini!

Warung Mina, Ubud

Warung Mina Ubud terkenal dengan menu masakan Ikan Gurami Bakar dan Sotong Bakarnya
Antara menu yang disediakan di Warung Mina.

Restoran ini terkenal dengan menu masakan Ikan Gurami Bakar dan Sotong Bakarnya. Persekitarannya yang lengkap dengan gazebo dan kolam ikan ini pasti menenangkan sesiapa yang berkunjung ke sini. Kebiasaannya pelancong yang dalam perjalanan ke Ubud akan berhenti menjamu selera di sini. Korang mesti singgah juga ya!

Sumber: @warungminaofficial

Waktu Operasi:
Setiap Hari, 9 Pagi – 10:30 Malam

Lokasi:
Jl. Gunung Sari No. 2 Ambengan, Peliatan, Kecamatan Ubud, Kabupaten Badung, Bali 80227, Indonesia

Bali Buda Cafe & Health Food Shops

Cafe yang menggunakan bahan-bahan segar dan organik
Tempat makanan halal yang menjadi tarikan pelancong antarabangsa.

Cafe ini merupakan sebuah tempat makan yang menghidangkan menu antarabangsa (barat) dan vegetarian. Masakannya terkenal kerana menggunakan bahan-bahan yang segar dan organik. Selain itu mereka juga menghidangkan makanan yang bebas gluten, vegan dan makanan mentah yang sesuai dijadikan pencuci mulut. Di sini juga ada biskut tanpa gula dan sihat, sesuai untuk mereka yang ada penyakit kencing manis. Jadi sesiapa yang ingin makanan sihat, sila singgah ke sini!  

Sajian yang sesuai untuk vegan dan vegetarian
Para vegan dan vegetarian pasti gemari cafe ini.

Waktu Operasi:
Setiap Hari 7 Pagi – 10 Malam

Lokasi:
Jl. Jembawan 1 No.1, Ubud, Kecamatan Ubud, Kabupaten Gianyar, Bali 80571, Indonesia

Nasi Ayam Kadewatan Bu Mangku

Nasi Ayam Kadewatan Bu Mangku
Nasi Ayam yang terkenal di restoran ini.

Restoran ini boleh dikunjungi di dua daerah iaitu di Ubud atau di Seminyak. Makanan terkenalnya adalah Nasi Ayam Bali yang sangat pedas tapi berbaloi! Jika hendak merasa makanan asli Bali yang memang pedas-pedas, bolehlah ke sini!

Waktu Operasi:
Setiap Hari, 8 Pagi – 6 Petang

Lokasi:
Jl. Raya Kedewatan No.18, Kedewatan, Kecamatan Ubud, Kabupaten Gianyar, Bali 80571, Indonesia

Ubud Halal Burger

Burger di restoran ini dijamin halal
Suasana restoran Halal Ubud Burger.

Tekak tiba-tiba rasa nak cuba burger pulak? Jom cuba burger halal di Ubud Dijamin halal dengan pati daging yang sangat tebal dan kentang goreng yang rangup! Walaupun cafenya hanya di tepi jalan, namun layanan  servisnya yang ‘first class’ dan hebat yang pasti membuatkan penggemar burger puas hati! Jom cuba burger Bali!

Menu digabungkan bersama kentang goreng
Burger disajikan juga bersama kentang goreng.

Waktu Operasi:
Setiap Hari, 10 Pagi – 10 Malam

Lokasi:
Jl. Raya Ubud, Ubud, Kecamatan Ubud, Kabupaten Gianyar, Bali 80571, Indonesia

Ayam Betutu Khas Gilimanuk

Antara sajian yang disediakan di Ayam Betutu Khas Gilimanuk
Restoran yang menyediakan aneka masakan khas Bali.

Restoran halal ini boleh didapati di 4 lokasi di Bali iaitu di Lapangan Terbang Ngurai Rai, Jalan Raya Tuban, Jalan Merdeka dan Jalan Buluh Indah. Kesemuanya terletak di sekitar Kuta dan Denpasar dan mudah dijumpai kerana lokasinya berhampiran dengan tempat-tempat pelancongan. 

Restoran yang menjadi kegemaran orang asli Bali
Papan tanda Ayam Betutu Khas Gilimanuk yang cukup unik.

Menu terkenalnya sudah pastilah Ayam Betutu Khas Gilimanuk yang sangat pedas. Ayamnya dimasak secara perlahan dan menjadi kegemaran orang asli Bali. Jangan lupa merasa masakan asli tempatan yang terkenal ini jika hendak ke Bali!

Waktu Operasi:
Setiap Hari 8:30 pagi – 10 malam

Lokasi:
Jl. Raya Tuban No.2X, Tuban, Kuta, Kabupaten Badung, Bali 80361, Indonesia

Itu dia 5 restoran halal yang korang boleh cuba apabila di Bali! Indonesia menawarkan banyak lagi aktiviti, destinasi dan makanan halal yang pasti akan menarik minat anda. Boleh baca selanjutnya di sini!

Tempah percutian anda ke Indonesia sekarang!

Leave a Reply