• Menu

6 Restoran Halal Tempatan Jeju Yang Harus Anda Dilawati

Home » Guide for Muslim Travellers » 6 Restoran Halal Tempatan Jeju Yang Harus Anda Dilawati

Pulau Jeju yang merupakan pulau terbesar di semenanjung Korea Selatan semakin mendapat tempat di hati para pelancong Malaysia. Mana taknya, pulau indah ini merupakan sebuah destinasi pelancongan bertaraf dunia dengan pemandangan yang indah! Selain itu, kemudahan untuk mendapatkan makanan halal atau mesra Muslim di Jeju juga tidaklah begitu sukar.

Berikut merupakan senarai restoran halal atau mesra Muslim di Pulau Jeju yang boleh anda kunjungi!

1. Daewonga (대원가)

Makanan Halal di Jeju
kredit: @nadnicky

Restoran ini menawarkan pelbagai hidangan makanan laut segar yang baru ditangkap oleh penyelam wanita atau Haenyeo yang sangat terkenal di Jeju. Tersenarai dalam senarai restoran Mesra Muslim oleh Korean Tourism Organisation, anda boleh juga minta untuk solat di sini.

Haemul Cheongbol Halal Daewonga
kredit: @ching.10.23

Menu wajib cuba mereka ialah sup abalon atau ‘haemul cheongbol’ yang bermaksud stimbot makanan laut mereka. Menu yang berharga ₩60,000 ini terdiri daripada abalon, kerang, ketam, sotong dan bermacam-macam lagi dalam sebuah periuk besar berkuah.

Restoran Daewonga Mesra Muslim
kredit: @azianihashim

Dengan portion yang besar, anda boleh menikmati menu ini bersama 2-3 orang yang lain jadi harganya memang berbaloi. Nak lagi best, anda boleh tambah ramyeon noodle dalam kuah seafood yang tinggal selepas itu. Sangat sedap!

Alamat:

62-1 Donam-dong, Jeju-si, Jeju-do, South Korea

Waktu Operasi:

Setiap hari: 9 pagi – 9.30 malam. Tutup Selasa 

Nota:

Restoran ini tidak menggunakan sebarang daging atau alkohol dalam masakan mereka. Namun, mereka masih menjual minuman berakohol buat pelanggan bukan Muslim. Makanlah di sini mengikut budi bicara anda.

2. Uribong Sikdang (우리봉 식당)

Uribong Sikdang Halal Muslim Friendly Jeju Restaurant
kredit: @okiroki

Berdekatan dengan Seongsan Ilchulbong, Uribong Sikdang menyediakan juadah tempatan menarik seperti ikan mackerel panggang serta hotpot abalone dan makanan laut lain. Dengan hanya ₩15,000 juga, anda boleh dapatkan pelbagai menu berasaskan abalone lain seperti bubur dan sup rumpai laut!

Makana di Uribong Sikdang
kredit: @atiqahchia
Menu mesra muslim di Uribong Sikdang
kredit: @silverzer_o

Mereka juga ada menyediakan set menu yang lain dengan harga ₩40,000 ke atas. Senarai harga dalam bahasa Inggeris turut diletakkan di papan tanda luar kedai untuk kemudahan pelancong asing. Sekiranya mahu, kami cadangkan agar anda mencuba menu Ikan Galchi / Cutlass Fish (갈치구이) yang dipanggang dengan garam yang sememangnya popular di sana!

P/S: Tidak pasti apa yang menarik di sana? Tripfez senaraikan beberapa tempat menarik di Jeju yang harus anda lawati sekiranya anda bercuti di pulau indah ini!

Alamat:

157-1 Seongsan-ri, Seongsan-eup, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea

Waktu Operasi:

Setiap hari: 8 pagi – 10 malam

Nota:

Uribong Sikdang hanya menyediakan hidangan berasaskan makanan laut namun masih menyediakan minuman beralkohol untuk pelanggan bukan Muslim. Makanlah di sini mengikut budi bicara anda. Restoran ini turut menyediakan ruangan solat termasuk Quran dan sejadah untuk kemudahan pelancong.

3. Cheonhaecheon (천해천)

Cheonhaecheon Halal Shabu Shabu Jeju
kredit: @azmeeraa

Adakah anda penggemar hidangan shabu-shabu Korea? Kalau ya, restoran Cheonhaecheon inilah restoran yang tepat untuk anda! Di sini anda dihidangkan bufet daging halal yang diperakui oleh Pusat Kebudayaan Islam Jeju dan berharga ₩34,000 seorang.

Halal Food in Jeju
kredit: @youth_1986
Halal Restaurant in Jeju
kredit: @eatwithsarahh

Selain buffet daging, anda juga boleh menikmati pelbagai jenis makanan laut seperti abalon, udang karang, udang dan ketam. Setiap meja akan diberikan 2 jenis sup berbeza iaitu sup asli dan kimchi. Sekiranya anda tidak suka makanan laut atau daging, anda boleh pesan ayam goreng Korea, teokbokki atau takoyaki. Semuanya ada dan anda pasti pulang kekenyangan!

Alamat:

25 Halladaehang-ro, Nohyeong-dong, Jeju-si, Jeju-do, South Korea

Waktu Operasi:

Setiap hari: 11 pagi – 10 malam

Nota:

Restoran ini hanya menggunakan daging dan bahan masakan halal namun masih menyediakan minuman beralkohol untuk pelanggan bukan Muslim mereka. Makanlah di sini mengikut budi bicara anda. Restoran ini turut menyediakan ruangan solat namun anda perlu bawah sejadah sendiri.

4. Choonsim’s House / Chunshimine (춘심이네)

Chunshimine Muslim Friendly Dish
kredit: thehalalfoodblog

Choonsim’s House atau Choonshimine menyediakan hidangan makanan laut mesra Muslim dan menu utama yang anda harus cuba ialah hidangan hairtail fish yang berharga ₩78,000 ini! Kedengaran mahal namun rasanya yang enak dan segar pasti akan buat anda terkenang-kenang.

Chunshimine Menu Jeju
kredit: @kkking_777

Tapi, jangan risau kerana restoran ini turut menyediakan menu-menu enak yang lain sekiranya anda ingin menjaga bajet anda! Antara keistimewaan restoran tempatan Korea ialah mereka turut menyediakan pelbagai banchan (side dishes) yang boleh di refill semula!

Chunshimine Jeju
kredit: @hungry8_8

Tengoklah sahaja gambar-gambar makanan di atas. Memang buat anda terliur bukan?!

Alamat:

16 Changcheonjungang-ro24beon-gil, Andeok-myeon, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea

Waktu Operasi:

Setiap hari: 10.30 pagi – 8 malam

Nota:

Restoran ini tidak menyediakan hidangan daging khinzir namun hanya menu berasaskan makanan laut di Chunshimine sesuai untuk Muslim. Ia turut menyediakan minuman beralkohol untuk pelanggan bukan Muslim. Makanlah di sini mengikut budi bicara anda.

5. Bada Janchi (바다잔치)

Halal Food in Jeju
kredit: @ @jxyxxng2

Menu khusus restoran ini adalah penyediaan makanan laut terutamanya ikan. Ia hanya menggunakan bahan dan ramuan Korea untuk memastikan makanan yang dihidangkan kepada pelanggannya sentiasa segar dan sedap.

Bada Janchi Jeju Halal Menu
kredit: redtable.global
Menu Galchi-Jorim di Bada Janchi
kredit: @susankiey

Antara menu wajib yang anda kena cuba adalah Galchi-jorim atau braised cutlassfish yang berharga ₩38,000. Selain itu, anda boleh juga menikmati pelbagai hidangan berasaskan ikan yang lain seperti ikan panggang, bubur dan ikan rebus.

Alamat:

1221-22 Samdo 2(i)-dong, Jeju-si, Jeju-do, South Korea

Waktu Operasi:

Setiap hari: 8.30 pagi – 9.30 malam

Nota:

Restoran ini tidak menggunakan sebarang daging atau alkohol dalam masakan mereka dan hanya hidangan berasaskan makanan laut disediakan. Namun, mereka masih menjual minuman berakohol buat pelanggan bukan Muslim. Makanlah di sini mengikut budi bicara anda. Terdapat ruang solat disediakan disini untuk kegunaan pelanggan.

6. Jeju Onuii (오누이회국수전복돌솥밥)

Jeju Onuii Muslim Friendly Halal Restaurant Jeju
kredit: @bluebuskr

Selain pemandangan laut yang indah, restoran Jeju Onuii ini menyediakan menu Abalone Hotpot Rice yang sangat popular dikalangan pelanggannya! Menariknya nasi abalone ini dimasak bersama labu dan buah gingko dalam bekas hotpot, jadi memang sedap bila dimakan panas-panas.

Menu di Jeju Onuii
kredit: @gurumruby

Satu set nasi abalone ini berharga ₩15,000 dan turut di hidangkan bersama banchan (side dish) lain termasuk ikan mackerel panggang dan kimchi! Memang berbaloi kerana portion makanannya pasti buat anda berasa kenyang.

Makanan halal di Jeju
kredit: @bluebuskr

Jeju Onuii turut menyediakan menu menarik lain seperti abalone panggang, bubur abalone serta abalone mentah yang dihiris dan dimakan seperti sashimi!

Alamat:

 2 Handongbuk 1(il)-gil, Gujwa-eup, Jeju, Jeju-do, South Korea

Waktu Operasi:

Setiap hari: 10 pagi – 8 malam

Nota:

Restoran ini hanya menyediakan hidangan berasaskan makanan laut tanpa daging/alkohol digunakan dalam masakan. Namun, mereka masih menjual minuman berakohol buat pelanggan bukan Muslim. Makanlah di sini mengikut budi bicara anda.

Bonus: Bagdad Halal Jeju

Restoran Bagdad Jeju
kredit: @magwi85

Bosan dengan makanan Korea dan inginkan sesuatu yang lebih biasa dengan tekak Malaysia anda? Lawati Restoran Bagdad Halal Jeju Korea! Restoran ini merupakan restoran India pertama yang dibuka di pulau ini.

Bagdad Jeju
kredit: @funfun_hye_one_____

Mengikut statistik yang disahkan oleh Pusat Islam di Jeju, Bagdad merupakan salah satu tempat makan paling popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong Muslim. Pilihan menu yang terkenal di sana adalah samosa, ayam tandoori, roti naan, butter naan dan hidangan pencuci mulutnya iaitu Mango Lassi. Selain itu, Bagdad juga menyajikan makanan yang sesuai untuk vegetarian

Alamat:

 38 Seogwang-ro 32-gil, Ido 2(i)-dong, Jeju-si, Jeju-do, South Korea

Waktu Operasi:

Setiap hari, 11 pagi – 11 malam

Nota:

Restoran ini menyediakan hidangan halal namun masih menjual minuman beralkohol buat pelanggan bukan Muslim. Makanlah di sini mengikut budi bicara anda.

Ingin mudahkan perjalanan anda? Jom ikut Tripfez ke Jeju Korea dengan pakej ALL-IN termasuk tiket penerbangan, hotel, makanan halal, pengangkutan, insurans serta visa! Tiada lagi masalah mencari restoran halal di sana!

Tempah Pakej ALL-IN Jeju

Leave a Reply