Your Halal & Muslim Friendly Travel Guide

5 Makanan Halal di Taiwan Yang Anda Mesti Cuba

Home » Guide for Muslim Travellers » 5 Makanan Halal di Taiwan Yang Anda Mesti Cuba

Taiwan merupakan satu destinasi pelancongan yang sangat mesra Muslim, terutamanya bab makanan. Jadi untuk anda yang teringin mencuba makanan yang lazat, unik dan tidak boleh didapati di Malaysia, jom lihat senarai lokasi dan jenis makanan halal yang boleh didapati dengan mudah di Taiwan!

1. Halal Chinese Beef Noodle

restoran makanan halal taiwan
kredit: @cibo_bateman

Makanan pertama yang WAJIB dicuba apabila di Taiwan tidak lain tidak bukan ialah mee daging tradisionalnya.  Kunjungan anda ke Taipei tidak sah tanpa menikmati semangkuk beef noodle. Di restoran ini anda bebas menikmati semangkuk mee yang lazat dengan potongan daging sapi tanpa merisaukan dengan kehalalannya. Nampak menyelerakan bukan?

makanan halal di taiwan
kredit: @richaeu

Halal Chinese Beef Noodle telah beroperasi lebih dari 60 tahun lamanya. Malah lebih mengagumkan lagi,  restoran ini telah berhasil mendapatkan Michelin Guide! Apabila anda berkunjung ke Taipei, maka adalah wajib untuk anda  singgah dan menikmati semangkuk mie di tempat ini.

Dari segi harga, anda tidak perlu risau kerana semangkuk beef noodle hanya NT$155 yang ternyata murah! Tunggu apa lagi? Jom cuba!

Lokasi:
No. 1, Alley 7, Lane 137, Yanji Street, Da’an District, Taipei City, 106

Waktu Operasi:
11.30-14.00, 17.00-20.30

Stesen Terdekat: 
Sun Yat-Sen Memorial Hall Station Exit 1

2. Chang Beef Noodle Shop

halal food taiwan
kredit: @mfmirafilzah

Jika masih kurang puas dengan Halal Chinese Beef Noodle di atas, anda boleh cuba saranan beef noodle halal yang lain seperti Chang Beef Noodle Shop. Kedai ini menyediakan mee halal dengan kuah daging sapi yang lazat dilengkapi serta potongan daging yang empuk.

restoran beef noodle halal taiwan
kredit: @shal_1406

Restoran Chang yang menyediakan makanan ini secara halal telah beroperasi selama 60 tahun. Rasanya yang authentic, dagingnya yang lembut serta mee yang tebal pasti akan membuatkan anda tersandar kekenyangan. Pastikan anda datang awal kerana beef noodle di sini selalu sold out sebelum waktu malam. Untuk makluman, restoran ini turut tersenarai di dalam laman web Michelin Guide sebagai salah satu restoran terbaik di Taiwan, sama seperti Halal Chinese Beef Noodle.

beef noodle halal taiwan
kredit: @rau_aky

Restoran ini juga turut dilengkapi dengan ruang solat. Jadi, buat anda yang ingin berkunjung ke restoran ini, tidak perlu risau apabila ingin menunaikan ibadah sambil menikmati jamuan tempatan.

Lokasi:
No. 21, Yanping South Road, Zhongzheng District, Taipei City, 100

Waktu Operasi:
10.00 – 19.15

Stesen Terdekat: 
Ximen Station Exit 5

3. Rumah Makan Bismillah Halal Food

kedai halal taiwan
kredit: @_qasehayu

Terletak betul-betul di belakang bangunan Taiwan Power Company, restoran ini merupakan syurga bagi anda para muslim travellers. Bukan hanya menyajikan masakan Thailand yang  sedap dan murah, restoran ini juga memiliki pelayanan pelanggan yang sangat baik.

Apabila berkunjung ke restoran ini, anda akan dikejutkan dengan kehangatan dan keramahan dari pemilik restoran itu sendiri. Soal rasa tidak perlu ditanya kerana anda dijamin akan ketagihan untuk kembali ke sini. Menu yang disarankan untuk anda cuba adalah seperti fried lemon fish, spicy chicken with sesame, dan fried omelette yang sangat sedap!

Lokasi:
No. 7, Lane 244, Section 3, Roosevelt Rd, Zhongzheng District, Taipei City, 100

Waktu Operasi:
11.00 – 21.30

Stesen Terdekat: 
Taipower Building Station Exit 4

4. ‘Street Food’ di Pasar Malam

makanan halal di taiwan
kredit: @bbbbbabybellaa

Taiwan memang cukup terkenal dengan pasar malam seperti Fengla Night Market, Shilin Night Market dan Raohe Night Market. Selain menjual pelbagai barangan dengan harga murah, pasar malam adalah tempat terbaik untuk mencuba street food yang popular di kalangan penduduk Taiwan.

street food halal di taiwan
kredit: @hsldlove
adakah stinky tofu halal di taiwan?
kredit: @evileater_

Antara street food yang wajib anda cuba adalah seperti Stinky Tofu, Deep Fried Squid Balls, Gula-gula tomato, dan thousand layer scallion pancake.

5.

ayam ala shihlin halal di taiwan

Restoran yang satu ini merupakan restoran makanan segera ala Taiwan yang memiliki sijil halal dari masyarakat Muslim Tiongkok. Menu yang ditawarkan adalah seperti isi ayam gorang atau chicken fillet, burger dan kentang. Untuk sepotong chicken fillet, anda boleh beli dengan harga NT$65. Cukup murah bukan? Sayangnya restoran ini tidak menyediakan meja dan kerusi untuk anda yang ingin makan di sana, jadi anda perlu cari tempat duduk lain untuk makan.

ayam halal taiwan
kredit: @farrxhime

Lokasi:
No. 158, Section 3, Tingzhou Road, Zhongzheng District, Taipei City, 100

Waktu Operasi:
11.30 – 22.30

Stesen Terdekat: 
Gongguan Station Exit 1

Nah, bagaimana? Sudah teruja dengan makanan yang ada di Taiwan? Memang banyak makanan sedap, authentic, unik dan halal di sana! Silap-silap anda boleh mengalami kenaikan berat badan kalau anda cuba kesemuanya. Jadi tunggu apa lagi? Bolehlah mula merancang percutian anda ke Taiwan!

Baca di sini kalau nak tahu kenapa Taiwan harus ada dalam bucket list percutian anda.

Tempah Percutian Halal Tripfez dan Tak Perlu Risau Tentang Makanan!

Leave a Reply