• Menu

Senarai Barang Yang Harus Dibawa Semasa Ibadah Umrah

Home » Guide for Muslim Travellers » Senarai Barang Yang Harus Dibawa Semasa Ibadah Umrah

Untuk persediaan umrah, anda dinasihatkan untuk senaraikan barang-barang untuk bawa ke Mekah dan Madinah bagi memudahkan anda fokus kepada ibadah anda kelak. Tripfez telah menyenaraikan barang-barang yang patut dibawa seperti dibawah:

Jubah

Carilah jubah untuk dipakai di Mekah nanti, dengan poket yang agak dalam dan berzip (kalau boleh). Ini amat berguna apabila keluar dari hotel untuk masjid/ziarah dll, purse, cermin mata, tuala kecil, kunci boleh di letakkan dalam poket. Sediakan jubah dibawah paras lutut untuk pakai sembahyang terutamanya wanita untuk kelihatan lebih sopan.

Stokin

Pakai yang berwarna hitam atau sekiranya berwarna putih, dapatkan sarung stokin, apabila sampai di masjid, buka sarung ini dan pakai yang putih sahaja.

Selipar Jepun

Bawa selipar untuk dipakai di bilik air dan beli yang murah sahaja. Sekiranya uncang kasut tidak disediakan oleh ejen, buat sendiri dan tanda nama – initials. Apabila masuk ke masjid, keluarkan uncang dari poket jubah atau beg sandang dan masukkan selipar ke dalam uncang tadi. Semasa sembahyang letakan uncang ini di hadapan sejadah sebelah kiri ataupun kanan. Ingat, tandakan nama anda pada selipar yang dibawa untuk mengelakkan kehilangan!

Surah Yassin

Bawa yang kecil untuk dibaca semasa wuquf. Qiyamullail berjemaah juga di adakan semasa wuquf .

Sejadah Kecil

Boleh digunakan apabila tiada ruang di masjid ataupun ketika melawat masjid lain kerana  sesetengah karpet di sana kotor dan berdebu. Sekira tiada, pakai sahaja tuala kecil.

Tag Nama Bagasi

Tulis/taip dengan terang di sekeping kertas A4  : alamat hotel, No penerbangan, No Bas dan No. Bilik (sekiranya tahu) di Mekah dan Madinah. Buat juga untuk alamat rumah di Malaysia utk digunakan digunakan semasa pulang nanti. Laminate kesemua. Yang beralamat rumah, boleh ditampal di kotak yang hendak di pos dari Mekah/Madinah ke Malaysia.

Toiletries

Bawa sabun mandi yang mengandungi pelembab seperti Seba-Med, dll., kerana kulit akan menjadi kering. Air di Mekah/ Madinah ialah ‘treated sea water’ untuk kegunaan harian selain dari untuk minum. Bawa ubat gigi dan shampoo secukupnya dari Malaysia. Harganya lebih murah berbanding  yang di jual di Mekah/Madinah.

Beg Sandang

Bawa beg ini setiap kali ke masjid. Barang-barang yang perlu dibawa ialah:

  • Buku sembahyang sunat
  • Tasbih
  • Botol ‘Spray’ Air (saiz kecil) – untuk ambil air wuduk
  • Tuala Kecil – untuk melapik jubah semasa air wuduk
  • Kad Kesihatan – untuk kecemasan
  • Kad Pengenalan yang disediakan oleh Agensi Pelancongan– untuk pengesahan diri sekiranya tersesat
  • Kad Alamat Hotel – sekiranya sesat tunjukkan alamat hotel

Beg Plastik

Bawa beg plastik – Giant/Jusco dll untuk merendam kain maka tidak perlu beli baldi. Sebelum tidur malam rendam pakaian dalam beg plastik, letak bawah sink. Lepas breakfast boleh basuh.

Penyangkut Baju

Bawa 5- 6, untuk menyangkut pakaian, telekung, tuala dan juga untuk mengeringkan pakaian di dalam bilik air dan apabila pakaian kering air (lembap) gantung di bawah ‘air-cond’ supaya cepat kering.

Ubat-Ubatan

Bawa Strepsils, Fisherman’s Friend, Hacks, Lozenges, Woods Peppermint, Panadol, Bactidol (untuk sakit tekak) Vicks,minyak cap kapak,dll dari Malaysia. Di Mekah/Madinah, harganya agak mahal. Elok juga bawa ubat untuk cirit-birit, ubat batuk (batuk kering dan batuk berkahak) dari doktor di Malaysia. Bawa juga asam jawa untuk di minum sekiranya tekak gatal.

Botol Spray

Sesetengah masjid di sana, orang terlalu ramai ataupun tiada air langsung dalam bilik air. Bawa botol spray apabila ke masjid untuk mengambil wuduk. Ianya lebih senang/selesa daripada air dalam botol mineral. Bagi wanita, longgarkan telekung dan tutup kepala dengannya, lapik di atas riba tuala kecil dan ambil wuduk.

Botol Air Travel-Friendly

Air masak dan bahan untuk membuat air disediakan oleh pihak hotel Mekah/Madinah. Eloklah bawa mug/tupperware dengan tutup untuk menggelakkan air tertumpah di dalam lif. Banyak insiden ini berlaku dalam lift yg selalu penuh sesak selepas waktu makan, dan jemaah bawa air milo/kopi utk minum dari dewan makan ke bilik tertumpah dan kena pada jemaah yang lain.

Moisturiser & Lip Balm

Udara di sana kering dan panas terik, jadi bawa dan pakai lebih-lebih apabila hendak tidur malam dan siang hari.Elakkan beli yg mempunyai wangian (takut terpakai semasa dalam ihram!)

Cracked Heel Balm

Anda akan berjalan dengan banyak sepanjang ibadah umrah. Bawa cracked heel balm untuk di sapu di kaki supaya lembab dan tapak kaki tidak pecah. Boleh dibeli di farmasi berdekatan seperti Watsons dan Guardian.

Cermin Mata Hitam

Sekiranya kawasan dalam masjid penuh ketika waktu solat Zohor atau Asar, and mungkin harus menunaikan embahyang di kawasan luar masjid. Dengan adanya cermin mata hitam, dapat mengurangkan silau semasa beribadat.

Tuala Kecil

Untuk lapik/lap semasa ambil wuduk menggunakan spray. Barang/pakaian yang perlu dibawa adalah terhad, jadi bawa tuala ini 2-3 helai untuk memudahkan proses umrah anda.

Buku Sembahyang Sunat

Bawa buku sembahyang sunat semasa ke masjid lebih-lebih semasa menunggu untuk waktu subuh – sembahyang sunat tasbih,tahajjud, taubat, hajat, witir.

Jangan lupa untuk kongsikan senarai ini sekiranya bermanfaat! Tripfez juga menawarkan pakej umrah yang mengutamakan keselesaan anda sekeluarga. Lawati website Tripfez untuk maklumat lanjut atau untuk membuat tempahan!

Leave a Reply