• Menu

Pocket Wifi atau SIM Card Tempatan: Mana Lebih Untung Semasa Travel?

Home » Guide for Muslim Travellers » Muslim Friendly Travel Tips » Pocket Wifi atau SIM Card Tempatan: Mana Lebih Untung Semasa Travel?

Hari ini, Internet telah menjadi satu keperluan utama kepada semua pelancong kerana selain dapat kekal wujud di media sosial, ia juga penting untuk menunjukkan arah, mencari cadangan tempat untuk dilawati dan untuk menterjemahkan bahasa asing. Perkhidmatan ‘roaming’ selalunya lebih mahal jadi kebelakangan ini, lebih ramai kaki travel gemar untuk menyewa pocket wifi atau membeli SIM card tempatan untuk mendapatkan perkhidmatan internet.

SIM Card vs Pocket Wifi Semasa Travel
kredit: @pinjamwifi

Betul, wifi percuma kini lebih mudah didapati di tempat awam di negara seperti Singapura dan Korea, tetapi tidak semua kawasan akan memiliki liputan yang cukup kuat untuk anda. Kekadang anda hanya boleh mendapatkan internet dengan pergi melepak di kedai kopi seperti Starbucks atau semasa di hotel sahaja!

SIM Card Lokal vs Pocket Wifi?

Kedua-duanya memiliki kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Apa yang penting, dengan adanya pocket wifi atau servis internet dari SIM card lokal yang dibeli, trip anda akan jadi lebih mudah! Disini, kami bandingkan keduanya untuk memudahkan anda membuat keputusan!

SIM Card Travel
kredit: @suzannitta

Kelebihan SIM Card Tempatan

Salah satu kelebihan SIM card local adalah anda tidak perlu lagi susah untuk membawa alatan tambahan semasa melancong. Cukup sekadar bawa telefon pinter atau tablet  anda sahaja dan anda akan sentiasa disambungkan ke internet. Di samping itu, setelah tamat pelancongan anda, anda tidak perlu memulangkan SIM card itu kembali jadi bolehlah dibuang sahaja atau disimpan sebagai kenang-kenangan.

Travel Sim
kredit: @sewawifi

Kelemahan SIM Card Lokal

Terdapat dua kekurangan pada SIM card local. Pertama, SIM card hanya boleh digunakan oleh satu peranti sahaja. Ia juga biasanya memerlukan pendaftaran dan pertukaran tetapan pada telefon pintar.

Secara kesuluruhannya, jika anda sering bersiar-siar secara solo dan inginkan rasa selamat dan connected di mana sahaja, SIM card lokal adalah pilihan yang lebih baik dan lebih murah untuk anda.

Pocket Wifi vs Sim Card Tempatan
kredit: @travelwifi

Kelebihan Pocket Wifi

Jika anda melancong dalam satu kumpulan yang besar, menyewa pocket WIFI untuk perjalanan anda adalah lebih sesuai. Berbanding dengan SIM card lokal, pocket WiFi lebih mudah digunakan kerana hanya perlu dihidupkan dan semua orang dalam kumpulan anda boleh mengakses internet tersebut.

Sekiranya anda membawa lebih dari satu alat elektronik yang memerlukan sambungan internet seperti telefon pintar, tablet, smart watch atau komputer riba, kesemua peranti ini boleh disambungkan ke internet pada masa yang sama! Anda tidak perlu mengubah tetapan atau mendaftarkan SIM card anda satu persatu.

Kelebihan Pocket Wifi
kredit: @esther_fern

Kelemahan Pocket Wifi

Namun begitu, anda perlu sedar bahawa bateri pocket wifi yang disewa itu tidak akan kekal lama. Anda digalakkan untuk membawa powerbank sekiranya berada dalam perjalanan yang lama kerana sekiranya bateri pocket wifi habis, anda tidak akan dapat mengakses internet seperti biasa.

Kelemahan Pocket Wifi
kredit: @rentalpocketwifi

Anda juga perlu berhati-hati dalam menjaga peranti yang diberikan dari sebarang kerosakan. Pemulangan peranti harus dibuat sebaik sahaja anda kembali dari trip dan sebarang kerosakan atau kelewatan mungkin menyebabkan anda dikenakan denda

Semoga tip yang diberikan akan membantu anda membuat pilihan. Nak tahu lebih banyak tip percutian menarik daripada Tripfez? Jom baca sini.

Selamat bercuti!

Leave a Reply