• Menu

Pasangan Ajak Bercuti? Inilah 6 Tempat Romantik Di Malaysia!

Home » Guide for Muslim Travellers » Pasangan Ajak Bercuti? Inilah 6 Tempat Romantik Di Malaysia!

Ding! Ding! Bunyi notifikasi‘handphone’ anda tak berhenti-henti sejak pagi kerana pasangan anda asyik hantarkan gambar-gambar di pantai lah, pemandangan ‘best’ di tepi pantai lah mahupun ‘private swimming pool’. Oh, kejap…itu adalah ‘hint’ rupanya! Pasangan anda sedang mengajak anda untuk bercuti lah! Jom lihat senarai 6 tempat bercuti romantik di Malaysia yang boleh anda lawati bersama pasangan anda.

The Lakehouse, Cameron Highlands

Suasana pagi di The Lakehouse, Cameron Highlands

Bersedia untuk jatuh hati dengan resort butik yang bertemakan zaman Tudor – Lakehouse! Resort ini berlatarbelakangkan ladang teh, tasik Sultan Abu Bakar dan bukit bukau yang indah, dan pasti membuatkan anda berada di alam ‘fairy-tale’. Resort ini mempunyai 19 bilik mewah dan eksklusif! Ini membuatkan resort ini satu tempat yang ideal untuk pasangan yang inginkan satu percutian romantik di Malaysia!

Boleh juga lawati laman web mereka untuk maklumat lanjut.

The Datai Langkawi

The Datai Resort dikelilingi suasana hutan tropika

The Datai resort ini terletak di Langkawi dan mempunyai 121 bilik, suite dan villa. Rasai pengalaman dikelilingi suasana hutan tropika di The Datai Langkawi dimana ia sesuai sangat untuk pasangan yang inginkan privasi dan jauh dari hiruk pikuk bandar! Teringin nak naik helikopter sambil melihat keindahan bukit-bukau, memancing di laut atau bersiar-siar menikmati suasana alam semulajadi? Semua aktiviti ini dan banyak lagi boleh dilakukan di The Datai, Langkawi!

Ada persoalan lanjut boleh melawat laman web mereka.

Villa Samadhi, Kuala Lumpur

Villa Samadhi di waktu malam

Menariknya tentang Villa Samadhi ini ialah senibinanya telah diilhamkan berdasarkan senibina Melayu tradisional! Dikelilingi dengan suasana alam semulajadi, anda akan berasa amat disayangi kerana bilik-bilik di sini hampir kesemuanya mempunyai kemudahan-kemudahan mewah dan kolam renang peribadi.

Keindahan Villa Samadhi di waktu pagi yang dikerumuni kolam renang

Terletak hanya 10 minit dari halaman dan kawasan perumahan yang mewah di tengah-tengah Kuala Lumpur, Villa Samadhi juga ada menawarkan pakej untuk melawat tempat perlindungan atau sanctuari gajah di Kuala Gandah atau pakej ‘heritage food tour’.

Boleh lawati laman web mereka untuk membuat tempahan.

The Taaras Beach & Spa Resort, Redang Island

Restoran di The Taaras Beach & Spa Resort

Taaras Beach & Spa Resort di Pulau Redang ini terletak bersebelahan dengan dedaunan tropika yang subur dan pemandangan indah. Suasana yang tenang ini sangat sesuai unutk anda dan pasangan untuk menikmati momen romantik bersama dengan bercanda di pantai yang berpasir putih dan air yang jernih! Menawarkan 190 buah bilik mewah yang dilengkapi dengan kemudahan yang mewah dan pekerja mereka memberi layanan mesra serta istimewa, anda dan pasangan pasti dilayan seperti kerabat diraja! Resort ini adalah tempat yang sempurna untuk berehat dan memanjakan diri dengan ketenangan alam.

Layari laman web mereka untuk maklumat lanjut.

The Andaman, A Luxury Collection Resort

Kolam renang yang terdapat di The Andaman, A Luxury Collection Resort

Tinggalkan kehidupan bandar yang sibuk dan nikmati keindahan semula jadi yang menakjubkan. Resort ini dikelilingi dengan hutan hujan yang berusia 10 juta tahun dan pemandangan indah Laut Andaman yang mempunyai terumbu karang yang berusia 8000 tahun!

Antara bilik yang disediakan di The Andaman

Manjakan diri dan pasangan dengan perkhimatan spa di V Botanical Spa. Tetamu juga boleh berenang atau bersantai di kolam renang sambil melihat pemandangan indah di tengah-tengah hutan. Resort di sini direka khas untuk menyediakan tetamu dengan privasi yang jauh dari dunia luar. Harga boleh mencecah RM2,500 satu malam dan ke atas!

Layari laman web mereka untuk maklumat lanjut.

Jangan tunggu lama-lama untuk tempah percutian romantik yang anda dan pasangan anda inginkan! Alang-alang anda masih disini, apa kata lihat artikel lain di blog kami!

Tempah percutian anda bersama Tripfez!!

Leave a Reply