• Menu

5 Tempat Menarik Yang Mesti Ada Dalam Itinerari Anda Di Barcelona

Home » Guide for Muslim Travellers » 5 Tempat Menarik Yang Mesti Ada Dalam Itinerari Anda Di Barcelona

Barcelona atau dikenali Barca merupakan ibu negara dan bandaraya Catalona yang paling ramai penduduknya dan juga merupakan bandaraya kedua terbesar di Sepanyol. Barca adalah sebuah kota tepi pantai yang setiap sudutnya dihiasi dengan pelbagai karya seni terutamanya dari pereka terkenal bernama Antano Gaudi yang menjadi ikon kota itu. Selain tarikan rekabentuk Gaudi, tarikan lain kota ini adalah pasukan bola sepaknya iaitu FC Barcelona yang terkenal di serata dunia.  Anda boleh ke Barca dengan menaiki bas selama 7 jam dari Madrid. Jom lihat tempat-tempat menarik di Barcelona yang boleh dilawati dalam sehari!

La Sagrada Familia

La Sagrada Familia Boleh Dikatakan Sebagai Antara Tempat Paling Menarik Di Barcelona
kredit: @world_walkerz

Lokasi pertama yang wajib anda kunjungi di Barcelona adalah Sagrada Familia. Apakah benda ini? Kalau hendak tahu, bangunan ini sebenarnya sebuah gereja dengan rekabentuk gothic yang dibina sejak tahun 1882. Namun begitu, akibat pelbagai sebab, bangunan itu sampai sekarang belum siap sepenuhnya! Orang yang membina bangunan ini ialah Antoni Gaudi.

Interior La Sagrada Familia
kredit: @sandrarojo

Anda disarankan untuk membeli tiket masuk secara atas talian kerana kena beratur panjang sekiranya beli tiket pada saat akhir atau ‘on the spot’.

Pembinaan Masing Berlangsung Di La Sagrada Familia
kredit: @yobaemaya
La Sagrada Familia Spain

Bangunan ini telah menjadi tarikan nombor satu di Barcelona dan boleh dikunjungi dengan mudah melalui Metro Line L2 atau L5 dan turun di stesen Sagrada Familia.

Block of Discord – Casa Batlló , Casa Amatler dan Casa Lleo Morera

Tempat menarik lain di Barcelona yang tidak harus dilupakan ialah Block of Discord
kredit: @carme.d

Jika anda berjalan sedikit lagi ke depan, anda akan menemui satu lagi bangunan unik yang bernama Casa Battlo. Cuba teka siapa yang merekabentuk bangunan ini? Sudah tentu pakcik Antoni Gaudi lagi! Tapi berbeza dengan Sagrada Familia yang mempunyai elemen gothic, Casa Battlo ini menampilkan sesuatu yang lebih kreatif dari imaginasi liar Gaudi.

Casa Batllo sentuhan arkitek Gaudi
kredit: @casabatllo

Rekabentuk bangunan ini lebih menggunakan konsep seramik dan cermin. Dulu Casa Barrlo ini merupakan rumah untuk golongan kelas pertengahan sebelum disuntik sentuhan luarbiasa Gaudi. Untuk memasuki bangunan ini, anda perlu membeli tiket masuk atau bolehlah ambil gambar dari luar sahaja. 

Barcelona Spain Building
kredit: @srf_al_busaidi

Selain Casa Battlo ini, terdapat dua lagi bangunan serangkai iaitu Casa Amatler dan Casa Lleo Morera dan gabungan tiga bangunan ini dipanggil Block of Discord dan semuanya direkabentuk oleh Gaudi, Cadafalch dan Lluis. TIga bangunan inilah yang paling berbeza dan uni berbanding bangunan-bangunan lain di jalan itu.

Casa Milà

Tempat menarik di Barcelona yang lain termasuk Casa Milà
kredit: @lapadrera_barcelona

Dari Sagrada Familia, anda boleh berjalan kaki untuk sampai ke Passeig de Garcia (PG) melalui Avinguda Diagonal. PG ini ibarat Champs Elysee di Paris atau Oxford Street di London yang mempunyai pelbagai outlet premium terkenal sebagai lokasi utama pelancong yang suka berbelanja. Kalau berjalan sepanjang Avinguda Diagonal yang sepanjang 11km ini, anda dapat melepak dan mengambil banyak gambar cantik kerana jalannya dihiasi pokok di kiri dan kanan. 

Seni bina Casa Milà sangat menarik
kredit: @bertlivephoto

Setelah berjalan sampai ke hujung, anda akan tiba di sebuah monumen ikonik Barcelona bernama Casa Mia yang turut dibina oleh Antoni Gaudi. Casa Mila ini merupakan sebuah  bangunan pangsapuri yang mempunyai rekabentuk unik dan dibina pada tahun 1912. Kalau anda tengok secara dekat, anda akan dapati bahawa Casa Mila ini tidak menggunakan garis lurus dalam rekabentuknya dan kelihatan seolah-olah kain langsir dengan segala lengkung dan bentuk bulat-bulat.

Plaça de Catalunya

Plaza de Catalunya
kredit: @dariovero

Kira-kira 10 minit berjalan kaki dari Casa Lleo Morera, anda akan sampai ke suatu tempat popular yang bernama Plaza de Catalunya (PC) yang merupakan plaza atau dataran yang paling luas di Barcelona.

Hard Rock Cafe Barcelona juga terletak berdekatan Plaza de Catalunya
kredit: @luismangue57

Dengan keluasan kira-kira 50,000 meter persegi, dataran ini dikelilingi oleh pelbagai monumen dan bangunan bersejarah. Jika anda hendak mengunjungi Hard Rock Cafe Barcelona, di sinilah tempatnya! Bolehlah anda berhenti sekejap untuk menambahkan koleksi HRC anda atau sekadar minum dan makan tengah hari.

La Rambla

Tempat Menarik di Barcelona
kredit: @unifrogtravel

Lepas makan, anda boleh jadikan La Rambia sebagai destinasi anda seterusnya iaitu sebuah jalan sepanjang hampir 1 km yang mempunyai pelbagai aktiviti seperti street performer, kedai-kedai souvenir dan bangunan-bangunan penting.

Keindahan lampu malam di La Rambia
kredit: @gaston_arballo

DI kiri dan kanan La Rambia terdapat banyak hostel dan hotel serta pelbagai kedai makanan. Selain itu, jalan ini merupakan laluan bebas kenderaan jadi kalau anda sewa penginapan di sini, anda perlu siap-siap tarik beg beroda anda sampai ke hotel kerana teksi tidak dibenarkan masuk. Jadikan tempat ini untuk berbelanja saat akhir sebelum pulang ke Malaysia.

La Rambia
kredit: @ig_hrok

Tahukah anda? Lokasi penggambaran produksi popular Netflix, The Witcher banyak dilakukan di Sepanyol juga! Tip kami buat pengunjung kali pertama ke Sepanyol, anda mungkin tidak dapat melawat ke semua lokasi yang diinginkan sekali gus tapi pastikan anda luangkan masa sekurang-kurangnya sehari di bandar indah ini. Selamat melancong!

Tempah Pakej Mesra Muslim ke Barcelona, Sepanyol

Leave a Reply