• Menu

3 Tempat Menarik Untuk Menikmati Musim Sejuk di Eropah

Home » Guide for Muslim Travellers » 3 Tempat Menarik Untuk Menikmati Musim Sejuk di Eropah

Pasti ramai yang mengimpikan untuk menikmati musim sejuk di bumi Eropah. Keputihan salji dan kedinginan suasana pastinya memberikan satu perasaan dan pengalaman baru mereka yang tidak pernah ke sana. Bagi sesetengah pelancong, menikmati salji mungkin pengalaman yang hanya berlaku sekali seumur hidup. Jadi, kalau kita berpeluang untuk memilih destinasi, sudah tentu kita mahu menjadikan destinasi yang berbaloi bukan? Jom kita lihat 3 tempat menarik untuk menikmati musim sejuk di Eropah!

Budapest, Hungary

Bangunan dan seni bina di Budapest yang luar biasa di sekitar Eropah

Terkenal dengan “thermal bath” atau mandi wap, Budapest sememangnya ideal untuk memanaskan badan ketika musim sejuk. Setelah menikmati mandi wap dari mineral semulajadi, bolehlah menambah pengetahuan mengenai budaya masyarakat Hungary  kerana terdapat banyak muzium di Budapest. Kota ini amat sesuai untuk para pelancong yang menghargai budaya dan tempat bersejarah. Lebih menakjubkan apabila bangunan serta seni bina di Budapest diselimuti salji, pasti membuat anda terkesima.

Paris, France

Suasana romantis di kota perancis ketika musim sejuk

Paris, Si Kota Cinta! Tidak lengkap rasanya jika ke Eropah tetapi tidak menjejakkan kaki ke bumi Paris ini. Pastri, keju dan lukisan – lengkap gabungannya melambangkan Kota Paris. Keindahan destinasi ini sentiasa memuaskan tidak kisah musim apa pun tetapi ia paling romantik di musim sejuk. Apatah lagi dengan pemandangan yang berlatarbelakangkan Eiffel Tower, memori yang pasti tidak dapat dilupakan bagi para pelancong. Nikmati sendiri bagaimana rasanya salji di Kota Cinta ini!

Swiss Alps, Switzerland

Pergunungan alps yang cukup menakjubkan ketika musim sejuk di Eropah

Walaupun Pergunungan Alps ini bukanlah sebuah bandar raya, namun ia merupakan salah satu tempat wajib dikunjungi jika anda melawat ke Eropah! Lihatlah betapa indahnya pandangan salji yang memutih di mana-mana sambil menikmati kopi atau coklat panas, memang mengasyikkan. Sudah tentu mengunjungi pergunungan alps merupakan senarai teratas di bucket list setiap pelancong.

Cepat sediakan baju berlapis-lapis dan jaket tebal untuk merancang percutian anda ke Eropah. dan menikmati musim sejuk di 3 tempat menarik yang kami nyatakan diatas! Selain tiga negara ini, macam-macam lagi yang ditawarkan di negara Eropah lain. Anda boleh dapatkan info lanjut dalam artikel lain di sini!

Leave a Reply