• Menu

5 Tip Bawa Baby dan Anak Kecil Masa Travel

Home » Guide for Muslim Travellers » 5 Tip Bawa Baby dan Anak Kecil Masa Travel

Kalau sewaktu bujang atau cuma berdua sama suami, anda pasti tidak ragu-ragu untuk pergi berjalan-jalan atau melancong ke luar negara. Anda hanya perlu siapkan beg, beli tiket dan anda boleh secara solo atau pasangan akan terus menuju ke destinasi percutian anda. Namun setelah mempunyai anak, terutamanya yang baru lahir atau masih kecil, semuanya berubah bukan? Tapi sebenarnya anda tak perlu risau kerana dengan perancangan yang teliti dan persiapan yang rapi, melancong bersama anak bukanlah sesukar yang difikirkan. Jom kita lihat 5 tip untuk anda yang sering bawa anak kecil atau baby semasa travel!

kredit: @val_anna_sharik

1. Siapkan Keperluan Anak Secukupnya

Pastikan anda menyiapkan beg terlebih awal dengan menyusun barangan di dalam beg dengan menyusun keperluan pakaian dan makanan mengikut hari. Lebih elok jika anda masukkan barangan mengikut hari ke dalam beg plastik vakum untuk mendapatkan lebih banyak ruang di dalam beg bagasi dan dilabelkan supaya tidak terlupa.

kredit: @joyful.day

Asingkan kain napkin bayi dan set losyen/tisu lembap untuk mencuci di dalam beg diaper yang berasingan supaya senang dicapai ketika dalam perjalanan. Jangan lupa untuk bawa beg plastik kosong tambahan untuk membungkus apa sahaja pakaian atau barangan kotor. Selalunya, peraturan cecair lebih 100ml tidak dibenarkan ke dalam kabin tidak dikenakan kepada makanan bayi, susu ibu dalam botol dan minuman formula bayi. Kami nasihatkan anda semak dengan pihak penerbangan untuk klarifikasi lanjut.

Rujukan: AirAsia (25 Feb 2020)
kredit: @alex.nystedt

2. Bawa Stroller Bayi

kredit: @antranias

Stroller ini penting sewatu keluar travel bersama anak kecil. Anda perlu dapatkan stroller yang compact, mesra travel, ringan dan tahan lasak. Benda ini akan memberi kemudahan kepada kita dan keselesaan untuk anak. Anda tidak perlu penat mendukung anak anda sepanjang masa.

kredit: @evisiskos

Tapi sekiranya anda ingin mendukung, anda boleh cuba baby body strap yang membolehkan anda mendukung bayi dalam cara balutan.

3. Ketika Naik Kapal Terbang

kredit: @mr.karldavid

Sebelum naik kapal terbang, biarkan anak anda penat bermain dulu. Elakkan dari beri mereka tidur sebelum naik kapal terbang. Anda juga digalakkan untuk jangan bagi anak anda terlampau kenyang sebelum boarding dan hanya bagi makanan apabila di dalam kapal terbang. Ini supaya anak anda akan habiskan masa dengan minum air botol dan layan tidur setelah kepenatan. Tiadalah masalah anak meragam semasa perjalanan! Juga, jadilah orang terakhir untuk menaiki kapal terbang bagi mengelakkan anak anda cepat merasa bosan bila duduk terlalu lama di dalam kabin.

kredit: @baobabystyle

Jika anda dalam perjalanan yang jauh, boleh meminta bassinet (akan dikenakan surcaj) untuk anak anda. Bassinet ini memudahkan anak kecil tidur dalam flight sebab kerusi kapal terbang tidak sesuai untuk saiz badan mereka. Anda harus request awal dengan syarikat penerbangan sebab tidak semua kerusi kapal terbang dapat menyediakan kemudahan bassinet.

4. Pilih Destinasi Mesra Bayi

kredit: @91249144gary

Menentukan destinasi semasa travel untuk membawa anak anda terutamanya baby sangat penting dalam memastikan keselesaan anak anda sepanjang trip. Anda boleh cuba destinasi yang paling dekat dengan anda untuk melihat kesediaan anak anda dalam menghadapi pelbagai perjalan seperti naik kereta, bas, keretapi, atau kapal terbang. Sekiranya destinasi anda jauh, pastikan destinasi itu mesra bayi dab sekiranya jarak perjalanannya mengambil masa yang sangat lama, pastikan tiada transit kerana anak anda akan cepat bosan dan meragam. 

kredit: @masdeu

Kemudahan di tempat penginapan juga harus diambil kira. Jika anda bercadang untuk menginap di hotel atau homestay, pastikan anda ketahui beberapa aspek tentang hotel anda. Dakah hotel anda menyediakan kemudahan keperluan untuk anak kecil? Jangan dilupa juga ada kos tambahan yang anda perlu sediakan seperti pasport untuk bayi anda sekiranya hendak ke luar negara.

5. Sediakan Ubatan Untuk Kecemasan

kredit: @lilyjedco

Perkara ini antara sering yang dilepas pandang ketika melancong bersama anak kecil. Perkara yang tidak dijangka mungkin terjadi dan jika anda tidak membawa keperluan perubatan seperti kotak kecemasan, amat sukar untuk anda mengatasi kecemasan tersebut.  Anak kecik kebiasaannya mudah demam apabila pergi ke negara yang berlainan musim daripada Malaysia. Bawa ubat demam, batuk dan selsema untuk anak.

Selain itu, jangan lupa belikan insurans untuk anda sekeluarga supaya apa yang tidak diingini berlaku boleh diurus dengan baik semasa melancong. Nombor kecemasan untuk dihubungi ketika berlaku kecemasan semasa perjalanan juga perlu diketahui. Lebih baik selamat dari menyesal seperti pepatah “better safe than sorry.”

kredit: @leokid.ru

Akhir sekali, hayatilah percutian anda dan jangan jangan tertekan jika perkara yang tidak diduga berlaku! Kerana percayalah, ia akan tetap berlaku jadi hadapilah ia dengan tabah! Walaupun dengan dugaan yang mungkin ditempuh, seememangnya travel dengan anak kecil terutamanya baby ni akan memberikan pengalaman manis dan berharga kepada mana-mana ibu bapa!

Nak tahu tip-tip percutian berguna lain? Jom baca di sini!

Leave a Reply