Your Halal & Muslim Friendly Travel Guide

Tip Naik Belon Udara Panas di Cappadocia Turki

Home » Guide for Muslim Travellers » Tip Naik Belon Udara Panas di Cappadocia Turki

Pernah teringin untuk menaiki hot air balloon atau belon udara panas di luar negara? Kalau aktiviti ini sudah lama ada dalam bucket list travel anda, Cappadocia Turki ialah tempat terbaik untuk melakukannya. Caj harganya dikatakan antara yang terendah jika dibandingkan dengan lokasi-lokasi lain di luar negara, memang rugi sekiranya anda tak cuba!

Pemandangan di Cappadocia Turki
kredit: @cappadocia

Selain daripada harga yang rendah, pengalaman menaiki hot air baloon berlatarbelakangkan pemandangan indah di Cappadocia ini pastinya sukar dilupakan!

Penerbangan ke Cappadocia Turki
kredit: @foxhunter_nyc

Untuk ke Cappadocia, anda boleh menaiki penerbangan Turkish Airlines, Pegasus, Onur Air atau Atlasglobal dari Istanbul. Terdapat dua lapangan terbang di Cappadocia iaitu Nevsehir dan Kayseri. Sekiranya berniat untuk ke Goreme di mana terdapat banyak hotel-hotel dalam gua atau cave hotel, anda disarankan untuk turun di Lapangan Terbang Nevsehir.

Cave Hotel di Cappadocia Turki
kredit: @cappadocia

Lapangan Terbang Nevsehir sangat kecil dan hanya mempunyai perkhidmatan teksi untuk membawa anda ke hotel penginapan. Untuk lebih selamat, kami sarankan agar anda menyewa atau tempah pengangkutan pergi dan balik dengan lebih awal kerana caj harga yang dikenakan teksi di sana agak mahal.

Pemandangan belon udara panas di Turki
kredit: @flavialatina.travels

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Cappadocia, Turki?

  • Cappadocia turut dikenali sebagai ‘bumi dengan landskap seakan-kan bulan’ kerana keunikan muka buminya. Ia pernah menjadi lokasi penggambaran filem antarabangsa dan tempatan seperti Empire of the Wolves, Ghost Rider II, Istanbul Aku Datang! dan Manisnya Cinta di Cappadocia.
  • Cappadocia terdiri daripada pekan-pekan kecil dan yang paling terkenal dikalangan pelancong ialah Göreme kerana lokasinya yang strategik. Sekiranya ada lebih masa, anda boleh juga melawat pekan-pekan lain di sana seperti Avanos, Uchisir, dan Urgup.
Cave hotel di Cappadocia
kredit: @aurocavehotel
  • Banyak hotel penginapan yang terdapat di sini, terutamanya cave hostel yang berharga sekitar RM25-40 untuk bilik jenis dorm. Selain itu, ada banyak juga restoran dan kedai-kedai cenderamata yang berhampiran untuk anda lawati di sana.
Weather Forecast Cappadocia Turki Hot Air Balloon
kredit: @sonalmmodak

Tip Penting Untuk Naik Belon Udara Panas di Cappadocia, Turki

  • Anda boleh menempah aktiviti belon udara panas melalui hostel atau ejen-ejen di sekitar Goreme. Harga yang dikenakan dalam lingkungan 90-130 euros setiap seorang (USD180-200) bergantung kepada ejen. Harga ini termasuk 1 jam pengalaman menaiki belon, sarapan ringan, pengangkutan ke lokasi dan sijil penyertaan. 
  • Destinasi perlepasan hot air ballon berbeza mengikut ejen masing-masing. Anda perlu hati-hati ketika memilih kerana ada yang terbang di kawasan yang mempunyai pemandangan yang kurang cantik dari yang lain. Jadi, pastikan anda periksa betul-betul lokasi pelepasan sebelum membuat tempahan!
Harga Naik Belon Udara Panas di Turki
kredit: @kayakapi
  • Anda perlu bangun awal kerana pada jam 5 pagi, van dari syarikat hot air balloon akan datang menjemput anda di hotel untuk bawa anda ke tempat berkumpul. Setelah sampai ke tempat berkumpul, anda boleh bersiap untuk solat subuh di tempat yang disediakan.
  • Sarapan ringan seperti air jus, kopi panas, teh, kek dan biskut turut disediakan. Makanan berat mungkin tidak diberikan untuk mengelakkan anda dari muntah semasa berada dalam belon.
  • Hot air ballon hanya boleh dikawal ketinggian dan rotation sahaja. Pilot tak boleh tentukan arah dan kelajuan penerbangannya, kerana ianya bergantung kepada kekuatan angin. Jadi kalau angin yang bertiup adalah terlalukuat, ada kemungkinan flight dibatalkan dan duit anda dipulangkan. Ini mengikut panduan Flight Aviation Law di Cappadocia untuk memastikan keselamatan semua.
  • Tempat yang ada sangat terhad kerana hanya 130 belon saja dibenarkan terbang pada satu-satu masa. Jadi pastikan anda buat tempahan sekurang-kurangnya sehari sebelum!
Pemandangan dari atas hot air balloon di Turki
kredit: @alberto_romagnoli
  • Setiap bakul belon memiliki empat partition dan hanya boleh memuatkan 16 orang penumpang setiap penerbangan.
  • Buat yang takut, jangan lupa baca doa sebelum terbang!
Belon Udara Panas di Cappadocia Turki
kredit: @heritagetravel
  • Anda akan berada di udara sekitar 50-70 minit. Ini bergantung kepada keadaan angin dan tempat pendaratan. Selalunya, mereka akan mula cari tempat landing yang sesuai setelah 50 minit terbang. Yang paling unik, ada kalanya belon udara panas anda naik mungkin mendarat atas lori!
  • Setiap orang yang berjaya naik akan dapat flight certificate.  
Pemandangan Berlatarbelakangkan Belon Udara Panas di Cappadocia Turki
kredit: @travelnow_behappy

Diharapkan panduan ini akan membantu anda membuat pilihan ejen terbaik di sana! Alang-alang dah bayar, pastikan juga anda nikmati pengalaman menaiki belon udara panas anda di Cappadocia sepuas-puasnya. Aktiviti ini sangat menarik, kami jamin anda pasti takkan rasa rugi! 

Apa lagi? Jom ikut Tripfez ke Cappadocia, Turki dan alaminya sendiri! Nak tahu apa lagi yang anda boleh buat di Turki. Jom tengok 10 lokasi tercantik di Turki yang anda wajib pergi dan baca tip-tip penting lain sebelum ke sana.

Tempah Pakej Turki 10H7M ALL-IN Bawah RM5000!

Leave a Reply