• Menu
Passport Malaysia

Tip Sekiranya Hilang Dokumen Penting Semasa Bercuti

Home » Guide for Muslim Travellers » Tip Sekiranya Hilang Dokumen Penting Semasa Bercuti

Apa perkara paling buruk yang boleh berlaku kepada anda semasa berada di luar negara? Selain ditimpa kemalangan yang tidak diingini, hilang dokumen penting seperti passport semasa bercuti merupakan perkara kedua paling buruk yang boleh berlaku!

Sabar. Bertenang.

Ini tidak bermakna yang anda akan tersangkut di negara itu selamanya. Paling mungkin, ia akan merosakkan mood cuti anda sedikit serta akan makan masa dan wang untuk mendapatkan dokumen ganti. Tetapi jika anda sudah cukup bersedia dan tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku sebarang perkara di luar jangkaan seperti ini, anda sebenarnya akan memudahkan diri anda nanti. Ia juga akan kurangkan rasa panik dan stress! Jadi, jom kita lihat apa yang anda perlu buat jika perkara ini berlaku.

1. Buat Laporan Di Balai Polis Secepat Mungkin

tip hilang dokumen semasa bercuti
kredit: @skybluesrich

Ini perkara paling utama dan paling asas yang perlu dilakukan sebaik sahaja mengetahui pasport anda hilang. Sebabnya kalau anda mahu memohon sijil pasport sementara dari kedutaan, mereka akan minta salinan laporan polis. Kalau anda hendak menuntut insurans untuk ganti balik semua kos dan kerugian akibat masalah kehilangan pasport ini, syarikat insuran juga akan meminta salinan laporan polis. Begitu juga kalau seseorang berniat untuk menggunakan pasport anda yang hilang atas tujuan dan aktiviti yang melanggar undang-undang, laporan polis inilah menjadi bukti bahawa bukan anda yang menggunakannya!

Di balai polis nanti anda perlu ceritakan kronologi kehilangan pasport tersebut.  Tunjukkan dengan bukti salinan hardcopy yang telah disimpan online ataupun di dalam e-mel. Kebiasaanya pihak polis akan memberi salinan laporan polis ataupun borang kehilangan pasport bergantung pada negara yang dilawati. Kemudian bawa laporan polis atau borang kehilangan pasport tersebut di kedutaan Malaysia. Jadi jangan tangguh langkah ini kalau anda dapati passport anda hilang. Cepat-cepat pergi ke balai polis berhampiran untuk buat laporan. Pastikan selepas membuat laporan, anda dapatkan salinan laporan polis dan simpannya baik-baik.

2. Cari Kedutaan Malaysia Yang Berhampiran

senarai kedutaan Malaysia di luar negara
kredit: @msyaarani

Selepas selesai urusan di balai polis, anda perlu terus pergi ke kedutaan untuk memohon pasport baru. Kebiasaanya pihak kedutaan akan mengeluarkan pasport sementara bagi mereka yang melancong. Jadi seeloknya, dapatkan dahulu alamat dan nombor telefon kedutaan Malaysia di negara yang anda ingin lawati awal-awal sebelum pergi ke sana. Alamat dan nombor telefon kedutaan boleh didapati di laman web Kementerian Luar Negeri.

3. Mohon Pasport Sementara

hilang passport masa travel
kredit: @angugulife

Bagi rakyat Malaysia, kedutaan Malaysia akan mengeluarkan sijil pasport sementara jika hilang ketika di luar negara.  Sijil ini hanya sah untuk anda pulang ke Malaysia (satu hala sahaja) dan anda perlu memohon pasport baru apabila pulang ke Malaysia nanti. Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon sijil pasport sementara ini adalah salinan laporan polis, dokumen yang membuktikan anda ialah rakyat Malaysia dan borang permohonan yang akan diberikan oleh kedutaan. 

tip hilang dokumen semasa bercuti
kredit: @unrealbern

Sebagai persediaan sebelum ke mana-mana luar negara, anda perlu scan dulu passport, kad pengenalan dan dokumen-dokumen penting lain sebelum pergi ke luar negara dan emailkan kepada diri sendiri sebagai langkah berjaga-jaga. Dan apabila berlaku kedaan seperti kehilangan pasport ini, sekurang-kurangnya anda boleh rujuk kembalik email anda dan print balik semua dokumen tadi sebagai bukti bahawa anda merupakan rakyat Malaysia.

4. Sediakan Duit ‘Backup’ Secukupnya

sediakan duit backup semasa bercuti
kredit: @dh_park212

Anda perlu sediakan wang kecemasan jika berlaku keadaan seperti ini seperti untuk makanan, bayar tambang teksi untuk ke kedutaan, untuk membuat panggilan dan sebagainya. Ini kerana, selain dokumen penting, ada kemungkinan besar yang anda akan turut kehilangan wang sekiranya berlaku kes kecurian. Untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, anda perlu bahagi-bahagikan duit yang dibawa dan letakkannya secara berasingan. Jadi, kalau beg anda dicuri, anda masih mempunyai wang backup di tempat lain.

tip hilang kad bank semasa bercuti
kredit: @lyaakifimtiyaz

Selain itu, tinggalkan sedikit baki duit dalam akaun bank dan pastikan juga yang kad ATM anda yang telah diaktifkan untuk penggunaan di luar negara. Pengaktifan kad ATM boleh dilakukan dengan menelefon bank anda sebelum anda berlepas dari Malaysia. Satu cara lain yang boleh lakukan ialah penggunaan kad kredit. Anda boleh juga dapatkan advance cash melalui kad kredit ketika kecemasan. Tapi sekiranya wang tunai, kad ATM dan kad kredit semuanya hilang, cara terakhir ialah dengan meminta bantuan dari keluarga anda di Malaysia.

Nah, itulah perkara-perkara yang perlu anda lakukan sekiranya kehilangan dokumen penting seperti pasport. Pencegahan dan persiapan awal adalah lebih baik untuk mengelak anda panik!

Persiapan Sekiranya Hilang Dokumen Penting Semasa Bercuti

Konklusinya, pastikan anda ada kit salinan dokumen peribadi. Antaranya termasuk salinan;

  • Gambar berukuran passport
  • Pasport dan Visa
  • Kad pengenalan
  • Surat beranak
  • Lesen memandu
  • Tiket penerbangan
  • Sedikit wang kecemasan

Simpan dalam ruangan beg yang tidak mudah tercicir dan simpan satu lagi salinan dalam e-mel. Pastikan juga anda tahu alamat kedutaan terdekat dan cetakkan peta alamat kedutaan itu kerana sekiranya kehilangan telefon pintar, lebih mudah untuk anda mencari lokasinya nanti!

Apa pun sentiasalah beringat bila di tempat orang. Lebih baik jika kita sediakan payung sebelum hujan, agar tidak panik sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini ini, sehingga mampu menjejaskan percutian kita! Klik di sini untuk tahu tip-tip berguna semasa travel yang lain.

Leave a Reply