• Menu

Rancangan Travel Last Minute? Ini Tip Penting Yang Anda Perlu Tahu!

Home » Guide for Muslim Travellers » Rancangan Travel Last Minute? Ini Tip Penting Yang Anda Perlu Tahu!

Baru mendapat kebenaran bercuti saat akhir dari pejabat? Sibuk dengan kerja sehingga lupa nak rancang percutian dengan lebih awal? Atau terlalu stress dan perlukan quick weekend gateway A.S.A.P?! Tak kira apa sebabnya, kami pasti semua orang mesti pernah buat plan travel last minute. Apa-apa pun, jangan panik! Tripfez dah sediakan tip penting yang anda perlu tahu supaya percutian impian anda berjalan dengan lancar.

Pastikan Ikut Kemampuan Diri

rancang ikut kemampuan anda
kredit: @kd_melancong

Perbelanjaan semasa travel sememangnya tidak sedikit tapi anda masih boleh sesuaikannya dengan kemampuan. Sekiranya bajet kurang, pilihlah destinasi percutian dalam negara! Malaysia memiliki banyak lokasi indah yang setanding dengan negara luar, jadi inilah masa untuk anda terokai keindahan negara kita ni!

tip rancang last minute travel
kredit: @juliussilver

Waktu Perjalanan

tip rancang last minute travel
kredit: @thamlamm

Kini, semakin ramai yang memilih untuk buat roadtrip. Anda boleh rancang waktu perjalanan sendiri, sama ada ingin bertolak awal pagi atau tengah malam. Percutian jenis roadtrip juga boleh bantu anda kurangkan perbelanjaan kalau dibandingkan dengan menaiki kenderaan awam dari satu tempat ke satu tempat lain.

tip rancang last minute travel
kredit: @3157171

Sekiranya anda menempah tiket kapal terbang, cuba pilih waktu penerbangan paling awal kerana harga tiket penerbangan selalunya akan jadi lebih murah berbanding waktu-waktu lain. Jadi, akan dapat jimat lebih di situ. Anda juga tidak perlu bersesak sebab tak ramai pilih waktu penerbangan seawal itu!

Pilihan Hotel Atau Tempat Tinggal

Sekiranya percutian saat akhir anda berlaku pada waktu puncak seperti cuti sekolah, kebanyakan tempat penginapan seperti hotel dan resort mungkin sudah sold out atau menjadi lebih mahal. Oleh itu, kami sarankan anda supaya cuba aplikasi lain seperi Airbnb untuk menempah apartment atau homestay. Anda juga boleh cuba untuk book penginapan di hostel yang selalunya perlu dikongsi dengan traveller yang lain!

tempah airbnb untuk percutian last minute
kredit: @fotografin

Rancang Aktiviti Yang Bakal Dilakukan

bersantai di tepi pantai

Merancang aktiviti untuk percutian saat akhir mungkin lebih sukar, terutamanya untuk aktiviti-aktiviti yang memerlukan tempahan awal. Tapi jangan risau kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan! Banyak aktiviti percuma yang anda boleh lakukan seperti melawat ke tempat-tempat awam yang menarik! Contohnya, picnic di tepi pantai atau melawat tempat bersejarah yang ada.

cafe hopping seperti di cat cafe
kredit: @alexnewworld

Anda juga boleh melakukan aktiviti food trail atau cafe hopping untuk mencuba pelbagai makanan di lokasi yang dilawati! Anda juga boleh pilih untuk melawat cafe bertema seperti cat cafe untuk pengalaman yang lain dari yang lain.

Jika anda inginkan holiday yang tidak memeningkan kepala, anda boleh tempah percutian dengan Tripfez. Senang dan mudah, kerana semuanya kami settle untuk anda! Tiada lagi masalah last minute travel lagi!

Tempah Pakej Percutian Mesra Muslim

Leave a Reply