
Ni Hao Ma! Selamat Datang ke Taipei! Sebelum anda melancong ke Tapei, Taiwan sudahkah anda memeriksa segala kelengkapan untuk ke sana? Anda mungkin merasakan yang anda telah bersedia tetapi mari lihat 5 tips Ke Taiwan sebelum anda terbang menyaksikan keindahan Taipei sehingga digelar sebagai āHeart of Asiaā.
1. Muat Turun Aplikasi Halal Taiwan

Perkara yang wajib anda lakukan sebelum ke Taiwan atau melancong ke negara luar ialah memuat turun applikasi halal bagi Muslim. Misalnya applikasi seperti āHalal.TWā (a.k.a āHalal Taiwanā) bagi Muslim yang melancong ke Taiwan. Applikasi ini tidak memerlukan talian internet untuk di akses. Applikasi ini telah mendapat sokongan daripada Taiwan Tech Business Incubation Centre dan Chinese Muslim dalam memenuhi kehendak pelancong Muslim.
2. Bawa Portable Travel Bidet Atau Tisu Basah

Ini merupakan antara 5 tips Ke Taiwan yang terpenting. Kebanyakan tandas di Taiwan tidak mempunyai ābidetā mahupun paip seperti di Malaysia. Oleh itu, para pelancong Muslim dinasihatkan untuk membawa āportable travel bidetā bagi memudahkan untuk membersihkan diri. Sekiranya anda tidak mempunyai āportable travel bidetā, anda juga boleh membawa tisu basah bersama anda kemana-mana sahaja. Tisu basah lebih mudah untuk dibawa dan lebih murah.
3. Pengecas Peranti Universal

Pengecas peranti universal amatlah penting kepada mereka yang ingin melancong ke luar negara kerana tidak semua negara mempunyai āplugā yang sama. Bagi mengelakan masalah untuk mengecas peranti eletronik anda hendaklah membeli pengecas peranti universal.
4. Baju Hujan dan Kipas Mudah Alih


Jangan lupa bawa bersama baju hujan ataupun kipas mudah alih anda! Kipas mudah alih berguna terutama sekali pada waktu panas, baju hujan pula diperlukan sekiranya hujan di Taipei.
5. Sejadah Mini

Sejadah ini lebih dikenali sebagai āSejadah Travelā amat penting bagi Muslim. Boleh didapati secara āonlineā terutama kepada Muslim yang sering melancong ke luar negara. Sejadah ini berguna kerana amat ringan, kalis air, dan saiznya yang mudah disimpan.
Selain daripada tips ni, jangan lupa untuk semak juga waktu terbaik untuk melawat Taiwan. Rancanglah percutian anda agar banyak kenangan manis dapat dicipta. Jom tempah pakej ke Taiwan dengan Tripfez?