• Menu

8 Tips Untuk Melancong Murah Ke Eropah

Home » Guide for Muslim Travellers » 8 Tips Untuk Melancong Murah Ke Eropah

Negara- negara eropah sangat seronok dan menarik apabila kita kunjungi kerana keindahan alam semula jadi serta kreativiti masyarakat setempat yang membuatkan negara mereka menjadi tarikan bagi negara lain terutamanya negara Asia. Disini kami kongsikan tips untuk mereka yang ingin melancong ke negara eropah dengan budget rendah tetapi menggunakan khidmat agen perlancongan. Di bawah kami senaraikan tips melancong murah Eropah.

Jikalau ke Negara London

Oyster card boleh diisi dengan wang untuk jimatkan perjalanan anda

Kami cadangkan menggunakan Oystercard kerana ia akan menjimatkan perjalanan anda. Ini adalah kad pintar pra-pembayaran dengan cip RFID tanpa sentuh tertanam. Kad tersebut boleh dimuatkan bila-bila masa sahaja dan anda tidak perlu beratur panjang untuk membeli cip baru setiap kali anda menaiki tube di London Underground.

Elakkan Bercuti Untuk Musim Panas

Musim panas menarik lebih ramai para pelancong

Bulan Jun hingga September merupakan musim yang paling ramai pelancong ke Eropah, jika anda mahu bercuti dengan kos rendah , elakkan untuk pergi pada musim ini. Anda boleh pergi pada musim yang lain kerana kos melancong ke eropah pada musim panas berkali ganda mahal.

Bercuti Dalam Berkumpulan

Lebih selamat melancong dalam kumpulan

Kadang-kadang berdua lebih baik dari seorang, lebih ramai lebih bagus kerana jika kita keseorangan, banyak kemungkinan yang akan berlaku dan diri mungkin akan sentiasa berada dalam bahaya. Banyak kelebihan apabila bercuti berkumpulan , antaranya kita boleh kongsi bilik, bergambar bersama, kongsi kenderaan, boleh berkongsi pendapat untuk membeli belah. cuma masing – masing harus pandai bertolak ansur antara satu sama lain, supaya segala percutian berjalan dengan lancar.

Penerbangan Tambang Murah

Penerbangan tiket murah sering ada di laman web

Jangan abaikan kapal terbang tambang murah seperti, Easyjet, RyanAir, Wizzair dan banyak lagi pilihan tambang murah terbaik di Eropah. Rajin-rajin tengok promosi terkini di laman web mereka. Sesetengah orang pernah membeli tiket penerbangan RyanAir dari Dublin ke Manchester dengan harga 5 Euro sahaja.

Belajar Bahasa Tempatan

Belajar bahasa tempatan untuk kemudahan bercuti

Orang tempatan sangat menghormati jika ada orang luar cuba untuk bercakap bahasa mereka. Jika anda merancang untuk ke Sepanyol, hafal beberapa soalan penting dalam bahasa mereka. Saya pasti layanan mereka akan lebih mesra sebaik mendengar anda bertanya dalam bahasa Sepanyol.

Sediakan Pakaian Yang Sesuai

Sediakan pakain tebal dan jaket untuk musim sejuk

Terutama pada musim sejuk kemuncaknya pada bulan Disember, Januari dan Februari. Suhu sesetengah tempat pada bulan tersebut boleh mencecah bawah paras beku -15°c. Pakaian dan kelengkapan musim sejuk sangat penting. Jaket tebal, baju thermal, sarung tangan, kasut bertutup dan penutup kepala.

Hati-Hati Dengan Penyeluk Saku

Penyeluk saku sentiasa berlegar di Eropah

Walaupun negara eropah maju, kegiatan penyeluk saku juga sangat maju dan laju. Jangan mudah terpedaya dengan orang disekeliling, sentiasa berhati-hati, kadang kala buat tidak tahu itu lebih baik dari melayan orang tidak dikenali di tepi jalan.

Simpan atau Bawa Sekali Barang Berharga Anda Semasa Berada Di Dalam Tandas

Sediakan bag yang senang bawa ke semua tempat

Orang kata sediakan payung sebelum hujan,  lebih baik sediakan beg kalis air sebelum dikebas orang. Jika ke tandas untuk mandi, masukkan barang berharga anda ke dalam beg kecil dan bawa sekali ketika mandi, biarkan apa orang nak kata, asal tidak merana jika berlaku kecurian.

Dah tahu serba sikit tips untuk melancong dengan murah and jimat ke Eropah, apa lagi tempah percutian ke benua ini di laman web kami. Banyak lagi artikel yang telah kami sediakan berkenaan Eropah, boleh lihat semuanya di sini!

Jom tempah pakej percutian ke Eropah bersama Tripfez!

Leave a Reply