• Menu

RAUDHAH TAMAN SYURGA

RAUDHAH LENGANG!

RAUDHAH TAMAN SYURGA KOSONG?!

MasyaAllah, semalam akaun HaramainInfo ada kongsikan gambar Raudhah di Masjid Nabawi selepas waktu Maghrib di sana. Subhanallah, sangat berbeza! Lengang! Mudah-mudahan ini peluang yang baik untuk kita beribadah dan berdoa di dalam satu satunya taman Syurga di Masjid Nabawi dengan suasana yang tenang tanpa sesak. Berikutan sekarang, kita nak masuk Raudhah kena ada permit yang dipohon menerusi aplikasi Nusuk. Dan permit dibuka ikut waktu slot yang berbeza. Dapat slot kosong, insyaAllah boleh beribadah lama, askar pun tak halau. Terbaik!


Daripada Abu Hurairah dan lain-lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Apa yang ada di antara rumah dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga.” – HR Bukhari & Muslim


Ramai Ulama berpendapat Raudhah ini seperti taman daripada taman-taman syurga dalam hal turunnya rahmat dan tercapainya kebahagiaan. Semua jemaah Haji dan Umrah akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan mereka menjejak dan berjaya beribadah di Raudhah. Dikatakan juga semua doa yang dipohon ketika berada di Raudhah, tempat yang mulia insyaAllah dikabulkan olehNya.


InsyaAllah Umrah musim post-Covid dipermudahkan, ada rezeki dapat beribadah dan berdoa di tempat yang tinggi rahmatNya, bekas tempat Baginda beribadah, solat, terima wahyu, berdakwah juga kawasan solat para sahabat.


Mudah Tuan/Puan, satu nikmat rezeki yang kita tak tahu bila lagi boleh merasa. InsyaAllah Pakej Umrah Akhir Tahun kami masih ada sikit kekosongan tinggal. Dengan itu, Tuan/Puan boleh rancang tarikh yang sesuai melalui pakej Umrah kami dengan klik link di bawah, insyaAllah kita tolong mana yang mampu untuk tempatkan jemaah dengan tarikh yang terbaik.

Kredit info & gambar: Haramain Info

JOM TUNAIKAN UMRAH BERSAMA UMRAH PREMIUM TRIPFEZ

Berminat untuk join pakej Umrah bersama Tripfez?
Hubungi kami di 011-3947 1417 atau layari https://blog.tripfez.com/pakej-umrah/ untuk info dan maklumat lanjut.

Jangan lupa untuk tebus diskaun-diskaun menarik melalui saluran Telegram Tripfez Travel sebelum membuat tempahan.

Leave a Reply