• Menu

5 Villa Dengan Kolam Renang Persendirian Ideal Untuk Percutian Romantis

Home » Guide for Muslim Travellers » 5 Villa Dengan Kolam Renang Persendirian Ideal Untuk Percutian Romantis

Alangkah menariknya buat pasangan yang baru berkahwin untuk menginap di villa-villa yang dilengkapi dengan kolam renang persendirian. Sebelum ini kami ada berkongsi dengan anda 6 tempat romantik di Malaysia. Pada kali ini kami ingin berkongsi 5 lokasi menarik di Malaysia yang menyediakan kolam renang persendirian. Sudahkan anda bersedia melihat villa kolam renang persendirian yang terdapat di Malaysia? Jom check it out!

Eastern Pavilion Boutique Resort & Spa, Cherating

Eastern Pavilion Boutique Resort & Spa menampilkan gabungan rustik dan unsur tradisional Melayu

Terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia, resort di Cherating ini terdiri daripada 12 buah rumah tradisional Malaysia, dan diberi nama negeri-negeri di Malaysia. Dengan keluasan 2.6 ekar, resort ini terletak berhadapan dengan Laut China Selatan, dan memberikan pemandangan yang amat menarik. Hiasan dalaman setiap rumah menampilkan gabungan rustik dan unsur tradisional Melayu dengan kemudahan moden. Harga bermula daripada RM660 untuk satu malam.

Layari laman web Eastern Pavilion untuk maklumat lanjut.

The Dusun (Sora House), Seremban

Sora House terletak atas bukit dengan pemandangan indah

Sora House adalah villa moden diterangi oleh cahaya semulajadi, dan pemandangan cantik hutan berdekatan. Sora bermaksud “langit” dalam bahasa Jepun. Villa ini dihiasi dengan deko berwarna putih dan tingkap besar, menjadikan anda dapat menikmati pemandangan dengan lebih seronok. Sora House dilengkapi dengan plunge pool, dengan harga sewaan bermula pada RM950 semalam.

Layari laman web The Dusun untuk maklumat lanjut.

The Datai Resorts, Langkawi

The Datai Langkawi mempunyai suasana semulajadi

Terletak di tengah-tengah kedamaian hutan, The Datai Langkawi adalah gabungan baik di antara satu resort moden dengan suasana alam semulajadi di sekitarnya. Terletak di Pulau Langkawi yang mistikal, setiap bilik, suite dan villa  menawarkan pemandangan menarik Laut Andaman. The Datai Langkawi menawarkan lokasi terbaik untuk berehat, dan Pantai Datai telah ditabalkan oleh National Geographic sebagai 10 Pantai Terbaik di Dunia. Harga bermula daripada RM2232 satu malam.

Layari laman web The Datai Resorts untuk maklumat lanjut.

Japamala Resorts, Tioman

Resort butik mewah yang menghadap ke Laut China Selatan

Japamala memanggil bilik dan villa di resort mereka sebagai ‘Sarang’. Di celah-celah rimbunan hutan, sarang-sarang yang diperbuat daripada rumah-rumah kayu ini dibina di pinggir bukit dan di tepi pantai. Direka dan dibina sekeliling lanskap semulajadi resort itu, setiap bilik menawarkan hiasan dalaman yang berbeza. Falsafah Japamala adalah mengekalkan alam semulajadi dan telah menerbitkan inspirasi ‘rustic-luxe’ dalam rekaan mereka. Hanya villa seperti Seaview Sarang, Hillside Sarang dan Penghulu House mempunyai kolam renang mereka sendiri. Villa dengan kolam renang bermula dengan harga RM1310.

Ikuti laman web mereka The Japamala untuk mendapatkan promosi terbaik

Bunga Raya Island Resort And Spa, Kota Kinabalu

Resort ini terletak di atas bukit dalam kehijauan hutan hujan tropika Pulau Gaya

Terletak di utara Pulau Gaya, Bunga Raya Island Resort & Spa terasa jauh daripada kesibukan bandar Kota Kinabalu walaupun berada hanya 15 minit daripadanya. Terdiri daripada 48 villa yang diperbuat daripada kayu, resort ini terletak di atas bukit dalam kehijauan hutan hujan tropika Pulau Gaya. Resort mesra alam ini memilih arkitek dan pembinaan gaya Borneo, dengan meminimakan pemotongan pokok-pokok di sekitar resort untuk pembinaannya. Setiap villa mempunyai plunge pool, dan balkoninya dibina menghadap Laut China Selatan yang membiru. Harga (berdasarkan kadar yang diterbitkan di laman web) villa dengan kolam renang bermula pada harga RM2500 termasuk cukai GST dan caj servis; dan perjalanan pergi balik bot, penggunaan alatan sukan air tanpa motor, sarapan, lawatan ke Pusat Ekologi Marin di Gayana Eco Resort, koktel dan Wi-Fi tanpa had.

Lawati laman web mereka untuk maklumat lanjut

Itulah 5 villa romantis yang anda dan pasangan boleh rancang untuk pergi and nikmati percutian bersama. Perancangan percutian anda tidak harus berhenti di sini, lihat destinasi lain di Malaysia yang boleh anda lawati untuk masa akan datang. Info lanjut di sini!

Tempah percutian anda bersama Tripfez!

Leave a Reply