• Menu
vis pelancong vs visa umrah

Visa Umrah VS Visa Pelancong

Home » Muslim Friendly Travel Guide » Visa Umrah VS Visa Pelancong

*kemaskini terakhir 10 Ogos 2022

Ramai jemaah sering bertanya tentang beza Visa Umrah dan Visa Pelancong. Dua-dua ada kelebihan tersendiri:

1. VISA PELANCONG

  • Tiada Had Umur
  • Umrah Dibolehkan.
  • Tempahan slot umrah, Raudah bebas mengikut jemaah. (lebih mudah untuk wanita uzur syarie). Kalau visa umrah, permit umrah berkumpulan.
  • Maksimum sebilik 4 orang.
  • Sah laku visa 365 hari, Multiple Entry. 90 hari sekali masuk.
  • Wanita tanpa mahram 18 tahun ke bawah perlu ditemani 1 penjaga.
  • Boleh pilih untuk menginap di bilik Berdua, Bertiga dan Berempat

Info Tambahan Visa Pelancong

  • Boleh digunakan banyak kali dalam tempoh setahun tetapi tidak melebihi 90 hari dalam setahun.
  • Apabila tempoh kegunaan visa telah cukup 90 hari. Pemegang visa tersebut perlu meninggalkan saudi dan tunggu sehingga tempoh (tarikh tamat) visa tersebut habis. Kemudian baru boleh Mohon semula visa dengan menggunakan passport yang sama.

Contoh:
Tarikh mula visa: 29.10.2021
Tarikh tamat visa: 29.10.2022
Jika nak mohon visa baru mestilah pada 30.10.2022 (Sebelum dari Tarikh tersebut, tidak boleh). Tempoh Visa: 90 hari (dalam setahun)

  • Sama ada anda berada di saudi cukup 90 hari dalam tempoh 1 tahun.
  • Kerapkali masuk ke saudi dalam tempoh masa 90 hari (dalam 1 tahun).

Contoh:
Kekerapan anda masuk ke saudi 7 kali dalam setahun. Sekali masuk 12 hari. Maknanya anda telah menggunakan had visa sepenuhnya iaitu 90 hari. Walaupun visa anda Belum tamat tempoh.

  • Jika tinggal lebih masa (lebih dari 90hari) dengan menggunakan visa pelancong:

Denda SR100/hari bayar di airport

umrah lawatan
Lawatan ke Jeddah

2. VISA UMRAH

  • Tiada Had Umur
  • Tujuan hanya untuk umrah sahaja.
  • Hanya boleh melawat Jeddah, Mekah dan Madinah
  • Sah laku 30 hari.
  • 30 hari per entry.
  • Tempahan permit umrah & raudah dibuat secara berkumpulan. Jika ada yang uzur, akan terlepas dari slot tempahan.
  • Perlu Mahram untuk wanita bawah 45 tahun.
  • Perlu bukti vaksinasi meningitis Meninggococcal

SOP UMRAH TERBARU:

  • Tiada Had Umur
  • Tidak perlu vaksin dan boleh tunai umrah sekiranya negatif Covid-19
  • Tidak perlu PCR atau RTK
  • tidak lagi perlu dikuarantin
  • Jemaah yang berumur 5 tahun ke atas boleh mendapatkan permit umrah daripada Aplikasi Eatmarna.
  • Kanak-kanak di bawah umur 5 tahun boleh menemani ibu bapa untuk solat di Dua Masjidil Haram.
  • Topeng dan penjarakan sosial tidak lagi diperlukan di tempat awam.
  • Jemaah haji kini boleh membuat pra-tempah permit Umrah melalui salah satu daripada permohonan berikut: Eatmarna atau Tawakkalna.

SOP HARAMAIN 2022

visa umrah visa pelancong
*tertakluk kepada perubahan semasa oleh Kerajaan Arab Saudi

DAFTAR SEKARANG UNTUK DAPATKAN PROMOSI TERHAD

Daftar Pakej Umrah 2022 sekarang, deposit hanya RM1000/seorang dan bayaran penuh boleh dibuat 30 hari sebelum penerbangan. Hubungi kami segera untuk diskaun RM100/seorang bagi pendaftaran awal pakej umrah bersama Tripfez!! 



HUBUNGI KAMI

Tripfez Travel
A11-02B, Empire Office Tower
Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya,
Selangor, Malaysia

Google Map – Office Tripfez Travel
Email : [email protected]

Leave a Reply