• Menu

Visa Pelancong Saudi Mudahkan Umrah Wanita Tanpa Mahram

Home » Guide for Muslim Travellers » Visa Pelancong Saudi Mudahkan Umrah Wanita Tanpa Mahram

*kemaskini terakhir 9/8/2022

Pada 27 September 2019, Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan berita gembira buat wanita yang ingin menunaikan umrah tanpa mahram. Terdahulu, Kerajaan Arab Saudi telah menghapuskan ‘denda’ yang sering dikenakan kepada jemaah (semak) yang melakukan umrah secara berulang dalam masa 3 tahun.

Pergi Umrah dengan Visa Pelancong

umrah wanita tanpa mahram
Jemaah Wanita Tripfez 2022

Kini, Kerajaan Arab Saudi telah membenarkan wanita melakukan ibadah umrah tanpa mahram yang sebelum ini hanya dibenarkan untuk wanita berusia 45 tahun dan ke atas sahaja. Jadi tiada halangan lagi bagi wanita bujang atau wanita yang tiada mahram untuk pergi menunaikan umrah sendiri. Namun begitu, peraturan baharu ini tidak termasuk ibadah Haji. 

Umrah Tanpa Mahram

Para wanita kini boleh ke sana untuk menunaikan umrah tanpa mahram menggunakan tourist pass atau visa pelancong dan visa ini boleh dibuat di Kedutaan Arab Saudi atau secara atas talian dengan caj sebanyak SAR440 sahaja. 

Info Mengenai Visa Tourist Saudi:

  • Visa beberapa kali masuk (Multiple Entry)
  • Sah selama 1 tahun (365 hari)
  • Penginapan maksimum bagi setiap kemasukan 90 hari berturut-turut
  • Dibenarkan menunaikan Umrah
  • Dibenarkan melawat seluruh Arab Saudi
  • Tiada mahram diperlukan untuk wanita berumur 18 tahun dan ke atas
  • Mahram/Penjaga diperlukan untuk pelancong berumur kurang daripada 18 tahun
  • Bukan Muslim tidak dibenarkan memasuki Haramain (Mekah Madinah)
  • Bayaran ±SAR550 (termasuk insuran)
  • Insuran adalah wajib
umrah wanita tanpa mahram
Jemaah Wanita Tripfez 2022

Sebelum ini sukar buat wanita bujang yang ingin menunaikan umrah kerana halangan berkaitan mahram. Bagi wanita yang tiada mahram, mereka perlu menunggu sehingga berumur 45 tahun dan ke atas. Dengan perubahan ini, wanita bujang bebas untuk menunaikan umrah pada bila bila masa.

JADUAL PROGRAM PAKEJ UMRAH

Bukan itu sahaja, tourist visa atau visa pelancong ini membolehkan para jemaah untuk melawat lebih banyak lagi tempat di sana yang dulunya lebih terhad. Jadi apa tunggu lagi, jom para wanita bujang/ tanpa mahram ikut pakej umrah dengan kami. Untuk pertanyaan pakej umrah individu khas bagi visa pelancong, boleh hubungi kami menerusi link di bawah.

*Harga tertakluk kepada perubahan

DAFTAR SEKARANG UNTUK DAPATKAN PROMOSI TERHAD

Daftar Pakej Umrah 2022 sekarang, deposit hanya RM1000/seorang dan bayaran penuh boleh dibuat 30 hari sebelum penerbangan. Hubungi kami segera untuk diskaun RM100/seorang bagi pendaftaran awal pakej umrah bersama Tripfez!! 



HUBUNGI KAMI

Tripfez Travel
A11-02B, Empire Office Tower
Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya,
Selangor, Malaysia

Google Map – Office Tripfez Travel
Email : [email protected]

WebsiteWhatsApp

Leave a Reply