• Menu

10 Tip & Etika Penting Dalam Kapal Terbang Yang Anda Wajib Tahu!

Home » Guide for Muslim Travellers » 10 Tip & Etika Penting Dalam Kapal Terbang Yang Anda Wajib Tahu!

Antara etika penting dalam kapal terbang adalah membawa toiletries sendiri. Sila bawa toiletries jika penerbangan anda lebuh 3 jam untuk mengekalkan kesegaran dan kebersihan diri. Jika tidak mahu gosok gigi, anda boleh mengunyah chewing gum agar mulut anda tidak berbau.

Etika Penting Dalam Kapal Terbang
Credit: grenadesgum

Apabila boarding, jika beg anda banyak, setelah sampai ke tempat duduk anda, duduk dahulu di tempat duduk dan beri penumpang di belakang anda untuk ke tempat duduk mereka. Setelah itu, barulah masukkan beg anda di ruang simpanan di atas kepala.

Etika Penting Dalam Kapal Terbang
Credit: airplane_safety

Setelah duduk, pastikan anda telah menutup atau mematikan telefon bimbit anda.

Etika Penting Dalam Kapal Terbang
Credit: getrich555

Selain itu, etika penting dalam kapal terbang yang lain adalah untuk duduk diam. Tolong sentiasa bertenang dan duduk di tempat yang telah ditetapkan dan bertimbang rasa terhadap penumpang yang duduk di sebelah anda. Tidak perlu ajak jiran berbual sekiranya mereka tidak ingin diganggu dan janganlah kacau ruang duduk mereka.

Etika Penting Dalam Kapal Terbang
Credit: mrs.reniecipta

Semasa waktu makanan dihidangkan, anda kena bertimbang rasa dan pastikan tempat duduk anda ditegakkan supaya menyenangkan orang di belakang anda.

Etika Penting Dalam Kapal Terbang
Credit: bangsslamet

Semasa penggunaan tandas di atas pesawat, pastikan anda tolong lap sinki selepas menggunakannya. Jika rasa tandas itu sudah berbau, anda boleh minta tolong kru untuk spray wangi-wangian. Mereka akan tahu apa yang perlu mereka lakukan.

Etika Penting Dalam Kapal Terbang
Credit: cloggerfantasy

Untuk mereka yang muslim, jika hendak menunaikan solat, anda boleh bertanya kepada kru tentang waktu solat. Kekadang captain sendiri akan buat perkiraan waktu solat dan anda haruslah bertayamum.

Etika Penting Dalam Kapal Terbang
Credit: amalistiqomah

Sentiasa pakai tali pinggang ketika di tempat duduk anda walaupun tiada ‘turbulence’ kerana perkara itu boleh berlaku tanpa amaran dan anda pasti tidak mau tercampak sehingga kepala terhantuk di overhead compartment!

SeatBelt
Credit: pinkpineappletravel

Jangan sesekali buka kasut anda ketika di dalam pesawat! Udara dalam kabin dikitar semula, jadi bau busuk dan sebagainya boleh kekal dalam kabin sehingga menyebabkan ketidakselesaan kepada penumpang lain. Kalau perlu buka juga, pastikan stokin anda bersih dan tidak berbau.

Smelly Feet
Credit: sneaksandsoxs1

Tunggu bila kapal sudah betul-betul berhenti baru anda bangun untuk mengambil beg anda dari head compartment. Selain itu, anda perlu tunggu giliran anda untuk bergerak ke depan kapal dan tidak perlu berebut-rebut. Ambillah beg anda dan bergerak dengan cekap.

Cabin Crew

Akhir sekali, hormatilah anak-anak kapal kerana mereka lah yang menjaga anda sepanjang perjalanan atas kapal terbang itu. Elakkan dari berlawan cakap atau bergaduh dengan mereka. Jika anda tidak puas hati dengan servis, bincanglah baik-baik dan tidak perlu marah-marah. Mereka inilah membantu memudahkan urusan anda. Jadi sentiasalah bersikap baik! Jangan lupa semak polisi terbaru syarikat penerbangan di sini.

Leave a Reply