Perjalanan yang panjang dapat mengajar anda lebih banyak tentang diri anda berbanding duduk seratus tahun di satu tempat sahaja. Apakah perkara pertama yang berlaku dalam fikiran anda apabila disebut tentang suatu perjalanan? Haruslah anda fikirkan sebuah percutian, bukan? Dapat bertemu orang baru atau mungkin dapat melawat tempat-tempat dan budaya baru? Tahukah anda bahawa kini ada sejumlah besar hasil kajian saintifik yang menunjukkan bahawa menjelajahi tempat baru adalah baik untuk kesihatan mental dan emosi anda. Jom lihat lima faedah melancong yang turut disokong bukti yang membuat perjalanan anda sihat dan bahagia.
Dapat Mengurangkan Stress
Tekanan kerja dan tuntutan harian dapat mengalihkan perhatian kita dari apa yang menjadikan kita individu yang bermakna dan menarik,” kata Dr Tamara McClintock Greenberg, ahli psikologi klinikal yang berpangkalan di San Francisco dan juga pengarang buku. Oleh itu, berehat dari hiruk-piruk harian adalah penting untuk merehatkan minda anda sambil mengumpul tenaga. Ia juga menjadikan anda lebih awet muda. Anda boleh menjelajah ke destinasi pilihan anda untuk mencari ketenangan jiwa dan mencari kekuatan supaya anda berasa lebih tenang dan bersemangat. “Ia juga membantu kita refleksi semula matlamat dan kepentingan peribadi kita,” tambah Greenberg.
Mengikut kajian 2013, lebih daripada 80% orang Amerika menyaksikan penurunan ketara dalam tekanan selepas sehari atau dua percutian. Jom kita mula perjalanan sekarang!
Bantu Meluaskan Perspektif
Jika anda membenarkannya, sebuah perjalanan berupaya untuk mengembangkan fikiran anda dengan cara yang anda tidak pernah sedar boleh terjadi. Lebih-lebih lagi, pelajaran berharga yang anda pelajari dapat memperluaskan perspektif anda, menjadikan anda lebih sedar dan terbuka kepada perkara-perkara baru.
Anda cubalah melancong ke tempat-tempat baru dengan budaya yang jauh berbeza dengan kita. Keadaan itu akan memaksa anda untuk berfikir tentang diri anda dan asal usul anda. Perbezaan kebudayaan dan cara hidup di tempat lain dapat membantu anda untuk menilai semula prinsip dan nilah anda sendiri dan kekadang mengubahnya. Melawat tempat-tempat baru juga boleh memberi anda permulaan yang baru sekiranya anda pulih daripada satu peralihan besar dalam hidup anda seperti putus cinta, mengalami penyakit serius dan sebagainya. Oleh itu apabila mengalami pengalaman baru di dunia luar, anda akan mendapatkan semangat baru untuk hidup, kebahagiaan, tujuan baru dan menjadikan anda lebih kuat!
Meningkatkan Kebahagiaan dan Kepuasan Diri
Selain dari melakukan perkara lain selain bekerja dan boleh makan apa sahaja pada waktu pagi, faedah melancong juga datang dari situasi dimana ia membuatkan anda keluar dari zon kebiasaan dan selesa anda. Pengalaman baru dapat membantu menyusun semula cara pemikiran anda sehingga meningkatkan mood dan keyakinan diri anda.
Sebuah percutian pasti akan membuatkan anda gembira yang terbukti sahih dengan banyaknya testimoni positif dari pelancong lain. Malah proses merancang perjalanan boleh memberi anda sesuatu untuk diharapkan dan memberikan kepuasan yang luarbiasa. Dan semasa menanti harinya bercuti, kebahagiaan anda akan meningkat secara substansial mengikut kajian Cornell University sehingga lebih dari antisipasi memperoleh sesuatu yang nyata seperti menerima kereta baru.
Menguatkan Daya Ketahanan Mental
Ketika melancong atau menjelajah di tempat baru, anda akan sentiasa merasa teruja dan terancam pada masa yang sama. Anda akan lebih peka dan berasa takut sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini seperti dirompak, diculik atau sesat semasa dalam perjalanan. Perasaan ini dapat membanut menguatkan mental dan emosi anda bagi menghadapi bahaya dan kesukaran dalam persekitaran yang tidak dikenali. Keadaan ini memaksa anda belajar dan memaksakan diri dengan kehidupan yang berada di luar kebiasaan anda. Ini menjadikan anda lebih fleksibel, sabar dan emosi yang kuat.
Ia juga membantu anda menangani masalah yang lebih besar dalam kehidupan dengan lebih banyak rahmat dan kesabaran. Setiap pengalaman buruk atau manis yang dilalui semasa melancong pasti memberi banyak pengajaran hidup. Kesimpulannya, semakin banyak cabaran yang anda hadapi, semakin baik anda dapat mengatasinya. Akhirnya menjadi lebih berdaya tahan dari segi mental dan emosi.
Meningkatkan Kreativiti
Menurut Adalm Galinksy, seorang profesor di Columbia Business School, melawat tempat asing dan menjalani kehidupan setempat mereka seperti menghadiri perlumbbaan ‘bot ular’ di selatan India dapat meningkatkan fleksibliiti kognitif anda sekaligus merangsang daya kreativiti anda. Namun begitu, amat penting diperhatikan bahawa perjalanan merangsang kreativiti hanya berlaku apabila anda terlibat dengan budaya tempatan sesuatu tempat itu. Jika sekadar melawat saja tidak akan memberi kesan.
Di samping itu, perjalanan seterusnya dapat meningkatkan produktiviti anda, kemahiran menyelesaikan masalah dan boleh sampai meningkatkan peluang anda dinaikkan pangkat di tempat kerja! Tapi jika anda jenis cepat tertekan dengan percutian yang pelbagai cabaran, anda boleh merancang perjalanan anda dengan betul terlebih dahulu untuk mengelakkan panik dan kekacauan minit terakhir. Atau dengan kata lainnya, ambillah pakej Tripfez yang lebih berstruktur dan lebih menyenangkan anda.
Akhir sekali, setelah selesai membaca tentang faedah melancong dan kenapa ia penting untuk kesihatan mental anda, sudah tiba masanya untuk mengemas barang anda dan berangkat pergi! Ingin cadangan percutian seterusnya? Jom ke Uzbekistan bersama Tripfez atau lawati dunia Avatar di China. Pilihannya di tangan anda!
Leave a Reply