• Menu

Dunia Avatar? Terokai Keindahan Alam di Changsha dan Zhangjiajie!

Home » Muslim Friendly Travel Guide » China Muslim Friendly Travel Guide » Dunia Avatar? Terokai Keindahan Alam di Changsha dan Zhangjiajie!

Pernahkah anda menonton filem Avatar hasil pengarah Hollywood terkenal, James Cameron? Mungkin anda akan teringat pada adegan berperang sambil meluncur dan melayang di udara antara gunung-ganang yang berbentuk unik. Menurut James Cameron sendiri, dia mengaku bahawa ilham berlatarkan gunung-ganang tersebut datang dari salah satu daerah di China, iaitu Zhangjiajie, yang sekarang dikenali sebagari “Pergunungan Avatar”. Sekiranya anda sedang membuat persediaan untuk Zhangjiajie trip anda, jom lihat lokasi-lokasi menarik di sana yang harus anda lawati!

Zhangjiajie Road
Zhangjiajie Sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO

Zhangjiajie sendiri merupakan sebuah kawasan alam semulajadi yang sangat indah di provinsi Hunan dan tersenarai sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Keadaan ini telah menjadikannya salah satu tempat tujuan utama para pelancong luar untuk ke negara China. Muka bentuk bumi dan sistem geologinya yang unik dan pelbagai dari hutan, gua, tasik hinggalah ke gunung-ganangnya berbentuk seperti menara yang menjulang ke atas menjadikannya satu keindahan alam yang wajib anda terokai!

Jom kita terokai 6 keindahan alam yang ada di Changsha dan Zhangjiajie!

Tianmen Mountain

Tianmen Mountain China
kredit: @official_yasmin

Gunung Tianmen mempunyai ketinggian 1,519 m dan kawasan pelancongan hanya dibenarkan pada aras ketinggian 700m. Untuk sampai ke atas anda boleh memilih antara dua cara dua cara iaitu samada melalui kereta kabel atau bas.

Tianmen Mountain Glass
Tianmen Mountain China
kredit: @monica.aryani

Sekiranya naik bas, anda akan dibawai melalui jalan raya yang mempunyai 99 liku atau pusingan. Namun tidak sesuai untuk mereka yang mudah mabuk pada ketinggian! Kedua-dua kaedah perjalanan ke Gunung Tianmen ini akan membawa anda ke pintu masuk Heaven’s Gate yang mempunyai 99 anak tangga untuk ke atas. Seperti tagline yang ada pada poster di stesen cable car, “He who fails to climb need not have come to Zhangjiajie.” yang bermaksud siapa yang gagal untuk mendaki tidak patut datang ke Zhangjiajie.

Tianmen Mountain China
kredit: @olganych / @maria_lvv
Zhanhjiajie Bukan Untuk Yang Lemah Semangat!

Sesampainya di atas, anda akan melalui satu laluan berkaca sepanjang  100 meter dan selebar 1.6 meter pada ketinggian 1,403 meter! Pada hari dengan cuacanya yang elok, anda boleh lihat kawasan bawah seperti berjalan di atas awan! Tapi kalau anda seorang yang terlebih berani, anda bolehlah cuba laluan kayu sempit yang melekat pada tebing-tebing gunung yang menegak. Pasti seram dan menyeronokkan!

Yuanjiajie

Bailong Elevator Zhangjiajie
kredit: @viewtofiew

Lif Bailong atau Hundred Dragons Elevator terletak di perhutanan Wulingyuan dalam Zhangjiajie dan merupakan salah satu tapak Warisan Alam Dunia di China. Lif ini telah disenaraikan dalam Rekod Dunia Guinness sebagai “lif luar yang tertinggi di dunia” pada tahun 2015.  Memang wajib pergi semasa Zhangjiajie trip anda!

Zhangjiajie Trip
kredit: @soji_miguel

Sekiranya anda berada dalam Taman Hutan Nasional Zhagjiajie, jangan lupa untuk menaiki lif Bailong ini. Anda tidak perlu bermalam di atas kerana lif ini membolehkan anda menikmati pemandangan gunung dalam masa satu hari saja. Dari lif ini anda dapat melihat pemandangan tanpa halangan seperti Jambatan Dunia Yuanjiajie, kampung Wulong, Yangjiajie dan lain macam-macam lagi. Selain itu, kemudahan lif ini telah menggabungkan Gunung Tianzi, Yuanjiajie, Jinbian Stream sebagai satu persinggahan tunggal lalu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di tempat yang indah ini sejak sekian lama. 

Avatar Hallelujah Mountain

Avatar Hallelujah Mountain
Avatar Hallelujah Mountain China
kredit: @travels_of_an_indoorrower

Zhanjiajie trip anda tidak akan lengkap tanpa melawati Gunung Avatar Hallelujah! Gunung Avatar Hallelujah ini adalah sebuah gunung berketinggian 1,080 meter. Uniknya gunung ini adalah rupa bentuknya yang seakan tiang batu pasir yang tinggi. Seperti lif Bailong, gunung ini terletak dalam Taman Hutan Nasional Zhagjiajie dan boleh dikunjungi setelah ke lif Bailong.

Avatar Hallelujah Mountain Scene
kredit: @victorkwee
Avatar Hallelujah Mountain Scene
kredit: @daryaalbekova

‘No. 1 Bridge In the World’ di Zhangjiajie

no 1 bridge zhangjiajie
kredit: @ryan_perez789

Jambatan batu semula jadi ini yang diberi nama Tiansheng Qiao merupakan jambatan no.1 di dunia. Antara sebab namanya begitu mungkin disebabkan ia terbentuk secara semula jadi akibat keruntuhan batu-bata atas faktor cuaca dan hakisan. Jambatan itu mempunyai kelebaran 2 meter sahaja tapi menjangkau 50 meter panjangnya pada ketinggian 400 meter!

zhangjiajie bridge china
kredit: @charlenetcm
zhangjiajie bridge china
kredit: @am_pm136

Golden Whip Stream di Zhangjiajie Forest Park

golden whip stream zhangjiajie
kredit: @jannarobles

Golden Whip Stream (Sungai JImbian) adalah aliran sungai yang sangat dalam dan tenang, tempat melihat banyak bukit-bukau menghijau dan flora fauna berwarna-warni diiringi kicauan burung. Sungai ini mengalir sepanjang 7km dan merupakan salah satu ciri menarik dari alam semula jadi Zhangjiajie. Malah ia dipanggil “Lembah Paling Cantik di Dunia”.

golden whip stream china
kredit: @mo_li_hua

Jika anda mengunjungi ke sini, anda akan berpeluang melawat lokasi-lokasi menarik di dalamnya seperti Batu Golden Whip yang berbentuk lengan askar setinggi 380 meter, Eagle Protecting Whip yang menyerupai helang, fish jumping pool di mana anda boleh melihat ikan melompat, dan bermacam-macam lagi! Anda pasti menghabiskan sekitar 3-4 jam di sini semasa Zhangjiajie trip anda kerana tempatnya sangat mempesonakan!

golden whip stream trail
kredit: @willinguist / @iamdenzealous

Zhangjiajie Glass Bridge

zhangjiajie bridge glass
kredit: @veronicaa_au

Jambatan kaca yang paling panjang dan tinggi di dunia ini merupakan nama jolokan yang diberikan kepada Zhangjiajie Grand Canyon Glass Bridge. Dibuka pada 26 Ogos 2016, jambatan kaca ini merupakan jambatan yang terpanjang di dunia dengan kepanjangan 430 meter! Kelebarannya pula adalah sepanjang 6 meter dengan ketinggian 300 meter.

zhangjiajie bridge glass
kredit: @nguyenhanhhamy
Rancang Zhanjiajie Trip Anda Hari Ini!

Hampir 80,000 pengunjung yang datang ke sini dalam satu hari tapi hanya 800 orang sahaja dibenarkan naik dalam satu masa. Jika anda ingin membeli tiket ke sini, disarankan untuk menempah dari agen pelancangan kerana pembelian tiket atas talian memerlukan kad pengenalan warga tempatan. Sebagai pelancong luar negara, lebih baik pesan dari agen pelancongan atau ambil pakej Zhangjiajie trip dari Tripfez dan semua perkara akan dipermudahkan!

Tempah Pakej Mesra Muslim ke China

Selain Changsha dan Zhangjiajie, anda juga boleh ke Beijing untuk melihat kemegahan Kota Larangan China yang dikatakan memiliki 9,999 bilik! Buat foodie di luar sana jangan lepaskan peluang untuk melawat Muslim Street Xian untuk merasai makanan halal penduduk Muslim tempatan.

Leave a Reply