Pernahkah anda terfikir apakah sebenarnya UNESCO itu? Dipendekkan dari United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization, UNESCO adalah sebuah organisasi di bawah Kesatuan Eropah (EU-Eropean Union) yang berperanan untuk memelihara keamanan dengan mempromosikan kerjasama antarabangsa melalui pendidikan, saintifik dan budaya untuk meningkatkan kestabilan antarabangsa, keadilan, kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia. Bagi memastikan lokasi-lokasi penting dan menarik untuk pelancongan di seluruh dunia kekal terpelihara, pihak UNESCO telah mewujudkan senarai Tapak Warisan Dunia.
Senarai ini diwujudkan pada tahun 1978 dan lebih kurang 25 lokasi global dari pelbagai negara akan diiktiraf saban tahun. Sehingga kini, terdapat lebih 1000 Tapak Warisan Dunia UNESCO yang telah diiktiraf di seluruh dunia. Jom kita lihat apakah 5 Tapak Warisan Dunia UNESCO yang baru disenaraikan dan patut anda lawati sekurang-kurangnya sekali seumur hidup!
Bangunan Diraja Mafra, Portugal
Palace, Basilica, Convent, Cerco Garden and Hunting Park (Tapada)
Tapak Warisan Dunia UNESCO ini terletak 30km barat laut dari Lisbon, lokasi ini telah didirikan oleh Raja Joao V pada tahun 1711 sebagai lambang kekuasaan raja dan Negara. Bangunan yang bersegi empat ini menempatkan istana raja dan ratu, sebuah chapel berbentuk basilica barok Roman, sebuah biara Franciscan dan sebuah perpustakaan yang mengandungi 35,000 jilid buku.
Kompleks ini turut dilengkapi dengan sebuah taman Cerco yang mempunyai sususan yang geometri dan taman pemburuan Diraja (Tapada). Bangunan DiRaja Mafra merupakah satu pembinaan yang paling luar biasa didirkan oleh Raja Joao V yang melambangkan kekuasaan Kerajaan Portugis. Ilham senibinanya diadaptasikan dari seni barok Roman dan Itali dan menjadi contoh peninggalan sejarah terbaik dari Baroque Itali.
Churches of the Pskov School of Architecture, Rusia
Kompleks sekolah ini terdiri daripada gereja-gereja, katedral, biara, menara kubu dan bangunan pentadbirn yang didirikan di Bandar bersejarah Pskow, berhampiran tebing Sungai Velikaya. Kompleks bersejarah ini terletak di barat laut Rusia dan mempunyai ciri-ciri khas dari Sekolah Senibina Pskov termasuk kuantiti kubik, kubah, dan beranda dengan unsur-unsur tertua dari abad ke 12.
Bangunan gereja dan katedral ini diintegrasikan dengan persekitaran semula jadi melalui pembinaan taman-taman, dinding perimeter dan pagar. Diilhamkan oleh tradisi Byzantine dan Novgorod, Sekolah Senibia Pskov ini mencapai kemuncaknya pada abad ke-15 dan ke-16, dan merupakan salah satu sekolah terpenting di negara ini. Sekolah inilah yang menggalakkan evolusi senibina Rusia selama lima abad.
Risco Caido dan ‘Sacred Mountains of Gran Canaria Cultural Landscape‘ , Sepanyol
Risco Caído adalah sebuah landskap yang terdiri daripada tebing, jurang dan formasi gunung berapi yang kaya dengan pelbagai biodiversity. Landskap yang mengagumkan ini terletak di kawasan pergunungan yang luas di pusat Gran Canaria. Selain itu, ia merupakan habitat Troglodyte dengan usianya menjadi bukti kehadiran budaya pra-Hispanik di pulau itu. Budayanya telah berkembang secara terpisah, dari kedatangan Berbers Afrika Utara yang berlaku pada awal zaman kita, sehinggalah kedatangan peneroka Sepanyol pertama pada abad ke-15.
Kompleks troglodyte juga terdiri daripada satu ruang sembahan kultus dan dua kuil suci, atau almogaren yang dinamakan Risco Caído dan Roque Bentayga; tempat mengadakan upacara bermusim. Kuil-kuil ini dianggap ada kaitan dengan pemahaman kultus terhadap bintang dan “Ibu Bumi.”
Jodrell Bank Observatory, UK
Jodrell Bank merupakan salah satu daripada pemerhatian astronomi radio terkemuka di dunia yang terletak di kawasan luar bandar di barat laut England. Kawasan ini juga adalah bebas daripada gangguan radio bagi memudahkan pemerhatian astronomi. Pada awal penggunaannya, tapak ini menjadi tempat penyelidikan tentang sinaran kosmik yang berjaya dikesan oleh gema radar pada tahun 1945. Observatori ini masih beroperasi dan mempunyai beberapa teleskop radio dan sebuah bangunan kejuruteraan dan kawalan.
Jodrell Bank mempunyai kesan saintifik yang besar dalam pelbagai bidang seperti kajian meteor dan bulan, penemuan kuarsa, optik kuantum, dan pengesanan kapal angkasa. Teknologi luar biasa ini menggambarkan peralihan dari astronomi optik tradisional kepada astronomi radio dari tahun 1940-an hingga 1960-an, yang seterusnya membawa kepada perubahan radikal dalam pemahaman alam semesta.
Historic Centre of Sheki with the Khan’s Palace, Azerbaijan
Bandar bersejarah Sheki terletak di kaki Pergunungan Caucasus dan dibahagi dua oleh Sungai Gurjana. Bahagian utara kotanya telah lama dibina di atas gunung manakala bahagian selatannya memanjang ke lembah sungai. Pusat ini dibina semula selepas pemusnahan kota sebelumnya oleh lumpur pada abad ke-18 dan mempunyai ciri-ciri seni bina rumah tradisional yang berbumbung tinggi.
Terletak di sepanjang laluan perdagangan bersejarah yang penting, seni bina bandar ini dipengaruhi oleh Safavid, Qadjar dan tradisi bangunan Rusia. Istana Khan yang terletak di timur laut kota ini serta beberapa rumah saudagar, mencerminkan kekayaan yang dihasilkan oleh penghasilan dan perdagangan sutera pada akhir abad ke-18 hingga abad ke-19. Menarik bukan?
Setiap tapak yang disenaraikan ini mempunyai keunikan dalam bidang kebudayaan atau kepentingan fizikal struktur seperti sejarah bangunan, bentuk muka bumi, gunung dan lain-lain. Oleh itu, jom melawat tempat-tempat bersejarah ini bagi menunjukkan sokongan terhadap usaha UNESCO memelihara tapak-tapak warisan ini daripada dimusnahkan oleh arus pemodenan.
Pernah melawat Tapak Warisan Dunia UNESCO di negara-negara lain? Kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah! Ingin tahu lebih lanjut tentang Tapak Warisan Dunia UNESCO yang lain? Jom terokai keindahan Zhangjiajie, China , lihat kuil berselaput emas di Kyoto, atau melawat bandar menara di Italy!
Leave a Reply