Bulan Ramadan sudah di depan mata. Bulan suci ini bukan sekadar bulan yang menandakan mulanya bulan puasa tapi lebih dari itu. Bulan Ramadan merupakan bulan suci yang berakar umbi pada budaya, kepercaraan dan sejarah. Di seluruh dunia, umat Islam menyambut datangnya bulan suci ini dengan pelbagai perayaan unik di kawasan wilayah mereka. Perayaan atau tradisi tersebut telah diwariskan secara turun temurun dari pelbagai generasi. Di sini Tripfez telah menyenaraikan beberapa tradisi menyambut bulan Ramadan dari pelbagai pelusuk dunia.
Mesir: Memasang Tanglung Di Jalanan
Di Mesir, Ramadan dirayakan dengan tradisi yang unik kerana dari hari pertama puasa kebanyakan rumah-rumah penduduk Mesir akan dihiasai dengan tanglung berwarna-warni yang biasa disebut Fanous.
Tanglung khas Mesir ini bukan sahaja menerangi rumah penduduk tetapi turut menerangi setiap jalan di negara tersebut sehingga memperlihatkan kota Mesir terang-benderang sepanjang bulan puasa.
Selain itu, kanak-kanak akan berkeliling pada waktu malam sambil membawa lentera sambil meminta hadiah daripada jiran tetangga.
Turki: Pukulan Drum Sebelum Matahari Terbit
Pada waktu tengah malam, sejam sebelum matahari terbit, para pemain drum akan berjalan mengelilingi kampung sambil memukul drum. Uniknya, mereka akan mengenakan pakaian khas Turki atau disebut pakaian Ottoman.
Di banyak negara Arab di Timur Tengah, meriam akan dinyalakan setiap hari sepanjang bulan Ramadan untuk menandakan waktu berbuka puasa. Tradisi ini dikenali sebagai Midfa Al Iftar.
Lebanon: Menyalakan Meriam Saat Matahari Terbit dan Tenggelam
Tradisi tersebut telah dimulakan di Mesir lebih dari 200 tahun lalu, ketika Lebanon diperintah oleh penguasa Ottoman iaitu Khosh Qadam. Semasa hendak mencuba meriam barunya, Qadam tidak sengaja untuk menyalakannya pada waktu petang, bertepatan dengan saat terbenamnya matahari.
Suara meriam itu telah menggema di seluruh Cairo lalu menyebabkan penduduk menganggap itu sebagai tanda baru untuk menyatakan waktu berbuka puasa. Akibat daripada kejadian itu, ramai orang berterima kasih terhadap inovasi barunya sehingga anak perempuannya, Haja Fatma mendesak Qadam untuk menjadikan hal itu sebagai sebuah tradisi.
Maldives: Tradisi Roadha Mas
Roadha Mas ialah tradisi membaca puisi oleh masyarakat Roadha Mas. Puisi tiga baris atau lebih ini biasanya dibaca dengan bertemakan bulan Ramadan. Selain itu, di sepanjang bulan Ramadan sebahagian besar masyarakat Maldives akan memasak makanan istimewa. Semasa hendak berbuka puasa, atau beriftar, pelbagai hidangan tempatan akan disiapkan seperti kulhi boakibaa (kuih ikan), foniboakiba (kuih tepung) dan gulha (bola ikan).
Qatar: Tradisi Garangao
Dalam tradisi garagao, kanak-kanak Qatar akan mengenakan pakaian adat mereka kemudian berkeliling di sekitar lingkungan rumah sambil menyanyikan lagi tradisional. Garangao biasanya dilakukan setelah waktu maghrib pada pertengahan bulan Ramadan.
Algeria: Saharat Ramadiniyah
Penduduk Aljazair akan lepaskan waktu tidur mereka pada bulan Ramadan untuk diisi dengan aktiviti seperti tawarih, tadarus, sehingga waktu sahur yang dilakukan di luar rumah. Amalan ini disebut Saharat Ramadiniyah dan banyak dilakukan pada waktu malam terutamanya untuk beribadah dan berkumpul dengan rakan dan saudara .
MasyaAllah, sangat menarik bukan? Bulan Ramadan yang dianggap penting bagi semua umat Islam, tradisi sambutannya juga amat unik mengikut negara. Bukan itu sahaja, jam berpuasa kita juga cukup berbeza. Namun, tidak kisahlah di mana, setiap Muslim pasti mengharapkan Ramadan yang penuh barakah!
Leave a Reply