• Menu

6 Tradisi Unik Sambut Ramadan Dari Pelbagai Pelusuk Dunia

Home » Guide for Muslim Travellers » 6 Tradisi Unik Sambut Ramadan Dari Pelbagai Pelusuk Dunia

Bulan Ramadan sudah di depan mata. Bulan suci ini bukan sekadar bulan yang menandakan mulanya bulan puasa tapi lebih dari itu. Bulan Ramadan merupakan bulan suci yang berakar umbi pada budaya, kepercaraan dan sejarah. Di seluruh dunia, umat Islam menyambut datangnya bulan suci ini dengan pelbagai perayaan unik di kawasan wilayah mereka. Perayaan atau tradisi tersebut telah diwariskan secara turun temurun dari pelbagai generasi. Di sini Tripfez telah menyenaraikan beberapa tradisi menyambut bulan Ramadan dari pelbagai pelusuk dunia.

Mesir: Memasang Tanglung Di Jalanan

Tradisi Memasang Tanglung di Mesir Semasa Ramadan
kredit: @himaheexj

Di Mesir, Ramadan dirayakan dengan tradisi yang unik kerana dari hari pertama puasa kebanyakan rumah-rumah penduduk Mesir akan dihiasai dengan tanglung berwarna-warni yang biasa disebut Fanous.

Tradisi Ramadan Mesir
kredit: @ishahinda

Tanglung khas Mesir ini bukan sahaja menerangi rumah penduduk tetapi turut menerangi setiap jalan di negara tersebut sehingga memperlihatkan kota Mesir terang-benderang sepanjang bulan puasa.

Buka Puasa di Mesir
kredit: @mohammed_naguib

Selain itu, kanak-kanak akan berkeliling pada waktu malam sambil membawa lentera sambil meminta hadiah daripada jiran tetangga.

Turki: Pukulan Drum Sebelum Matahari Terbit

Pemain Drum Turki
kredit: @trtworld

Pada waktu tengah malam, sejam sebelum matahari terbit, para pemain drum akan berjalan mengelilingi kampung sambil memukul drum. Uniknya, mereka akan mengenakan pakaian khas Turki atau disebut pakaian Ottoman.

Tradisi Ramadan Drummers di Turki
kredit: @helloholydays

Di banyak negara Arab di Timur Tengah, meriam akan dinyalakan setiap hari sepanjang bulan Ramadan untuk menandakan waktu berbuka puasa. Tradisi ini dikenali sebagai Midfa Al Iftar.

Lebanon: Menyalakan Meriam Saat Matahari Terbit dan Tenggelam

Tradisi Ramadan di Lebanon
kredit: @the.accidental.expat

Tradisi tersebut telah dimulakan di Mesir lebih dari 200 tahun lalu, ketika Lebanon diperintah oleh penguasa Ottoman iaitu Khosh Qadam. Semasa hendak mencuba meriam barunya, Qadam tidak sengaja untuk  menyalakannya pada waktu petang, bertepatan dengan saat terbenamnya matahari.

Meriam Lebanon Ramadan
kredit: @raijamanoj

Suara meriam itu telah menggema di seluruh Cairo lalu menyebabkan penduduk menganggap itu sebagai tanda baru untuk menyatakan waktu berbuka puasa. Akibat daripada kejadian itu, ramai orang berterima kasih terhadap inovasi barunya sehingga anak perempuannya, Haja Fatma mendesak Qadam untuk menjadikan hal itu sebagai sebuah tradisi.

Maldives: Tradisi Roadha Mas

kredit: @nattulicious

Roadha Mas ialah tradisi membaca puisi oleh masyarakat Roadha Mas. Puisi tiga baris atau lebih ini biasanya dibaca dengan bertemakan bulan Ramadan. Selain itu, di sepanjang bulan Ramadan sebahagian besar masyarakat Maldives akan memasak makanan istimewa. Semasa hendak berbuka puasa, atau beriftar, pelbagai hidangan tempatan akan disiapkan seperti kulhi boakibaa (kuih ikan), foniboakiba (kuih tepung) dan gulha (bola ikan).

Qatar: Tradisi Garangao

kredit: @ahmed_naazim_photography

Dalam tradisi garagao, kanak-kanak Qatar akan mengenakan pakaian adat mereka kemudian berkeliling di sekitar lingkungan rumah sambil menyanyikan lagi tradisional. Garangao biasanya dilakukan setelah waktu maghrib pada pertengahan bulan Ramadan.

kredit: @garangaoo

Algeria: Saharat Ramadiniyah

kredit: @zuleyhakeskin101

Penduduk Aljazair akan lepaskan waktu tidur mereka pada bulan Ramadan untuk diisi dengan aktiviti seperti tawarih, tadarus, sehingga waktu sahur yang dilakukan di luar rumah. Amalan ini disebut Saharat Ramadiniyah dan banyak dilakukan pada waktu malam terutamanya untuk beribadah dan berkumpul dengan rakan dan saudara .

MasyaAllah, sangat menarik bukan? Bulan Ramadan yang dianggap penting bagi semua umat Islam, tradisi sambutannya juga amat unik mengikut negara. Bukan itu sahaja, jam berpuasa kita juga cukup berbeza. Namun, tidak kisahlah di mana, setiap Muslim pasti mengharapkan Ramadan yang penuh barakah!

Leave a Reply