Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) kembali lagi dan bakal diadakan dari 6 hingga 8 September 2020. Acara ini dijangka mampu menarik ribuan pengunjung sepanjang ia berlangsung. Berikut adalah 10 tip atau perkara yang perlu anda tahu sebelum berkunjung ke MATTA Fair 2020.
Klik di sini untuk promosi MATTA fair terkini.
1. Tentukan Destinasi Percutian
Tip Matta Fair yang pertama adalah dengan menentukan destinasi percutian terlebih dahulu. Perkara ini penting supaya anda tidak rambang mata dengan ratusan pakej menarik dan destinasi yang ditawarkan. Anda boleh terus berkunjung ke booth yang menawarkan pakej yang anda cari dan bertanyakan tentang pakej yang anda inginkan dengan lebih mendalam. Hal ini sekali gus dapat menjimatkan masa anda dan mengelakkan anda daripada pening dan terpinga-pinga dalam memilih ratusan pakej yang ada.
2. Pilih Tarikh Perjalanan
Rancang tarikh percutian anda terlebih dahulu kerana secara tidak langsung pemilihan tarikh mempengaruhi bajet keseluruhan percutian yang dirancang. Bercuti semasa peak season sudah semestinya lebih mahal berbanding low season. Anda digalakkan menyediakan dua, tiga tarikh yang sesuai untuk memudahkan proses anda. Jika pilihan tarikh yang dipilih tidak tersedia atau penuh, anda boleh menggunakan pilihan tarikh lain yang anda ada sebagai back up plan.
3. Buat Survei
Tip Matta Fair yang seterusnya adalah dengan membuat survei. Untuk memudahkan anda, anda boleh membuat tinjauan sebelum MATTA Fair bermula. Hal ini kerana, kebanyakan agensi pelancongan telah mengeluarkan kempen MATTA Fair mereka lebih awal untuk menarik perhatian bakal pengunjung. Tentukan booth yang ingin dilawati atau perkhidmatan agensi pelancongan yang ingin digunakan.
Pada hari kejadian, anda hanya perlu menggunakan maps/guide pada risalah yang diedarkan selepas membayar tiket masuk dan terus menuju booth pilihan anda. Kebiasaanya, penganjur menyediakan hall mengikut destinasi – domestik, outbound, airlines, umrah dan sebagainya. Oleh itu, kenal pasti tujuan anda dan buatlah pilihan yang tepat!
Tripfez Tip: Admission is
RM4 for adults and free for children under 12. Payment can also be made online! Visit http://micem.matta.org.my/
4. Bandingkan Harga
Kumpul dan dapatkan maklumat yang secukupnya sebelum membeli mana-mana pakej yang dijual seperti caj tambahan yang akan dikenakan, surcaj dan sebagainya. Lakukan perbandingan harga sebelum membeli mana-mana pakej-pakej yang ditawarkan di sini.
Kebiasaanya, kebanyakan agensi pelancongan menawarkan harga pakej jauh yang lebih murah berbanding harga pakej biasa. Justeru, jadilah pengguna yang bijak, semak dahulu kelebihan dan kekurangan sesuatu pakej yang dijual oleh sesebuah agensi sebelum mengambil keputusan membeli pakej yang ditawarkan
5. Tetapkan Bajet
Ini antara elemen penting yang perlu dipertimbangkan sebelum anda bercuti supaya anda boleh tentukan destinasi yang boleh dilawati dengan bajet yang anda ada. Kenal pasti tujuan percutian anda – berehat, menerokai destinasi menarik di negara orang, mempelajari sejarah dan budaya luar. Namun, jika sampai bergolok-bergadai dan menghabiskan simpanan, adalah lebih baik untuk anda berehat di rumah sahaja.
Jangan terpedaya dengan konsep netizen “biar papa asal bergaya” yang pada akhirnya hanya anda seorang yang merana. Penting untuk anda tahu bajet anda, supaya tak terlebih berbelanja.
6. Bawa Tunai/Kad Kredit atau Debit
Bayaran deposit diperlukan untuk melengkapkan tempahan. Bayaran deposit diperlukan supaya dapat menjamin tempahan anda sekali gus mengelakkan anda menangis dari tirai kamar (bukan mengintai ke? haha) jika slot diambil orang.
Anda digalakkan membawa kad kredit atau kad debit untuk setiap pembelian yang dilakukan di sini untuk lebih senang dan selamat. Jika anda seorang yang old school, tiada masalah untuk anda membawa wang tunai yang banyak dalam beg tangan anda. Namun, harus diingatkan acara ini menarik ratusan ribu pengunjung saban tahun maka anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan anda menjadi mangsa penyeluk saku.
7. Parking
Ini merupakan tip terpenting untuk Matta Fair. MATTA Fair menarik ratusan ribu pengunjung saban tahun, maka tidak hairanlah kalau acara ini dinanti-nantikan dalam kalangan rakyat Malaysia yang sedang merancang percutian. Bagi anda yang ingin berkunjung ke MATTA Fair, anda digalakkan menggunakan pengangkutan awam yang tersedia seperti perkhidmatan LRT (Stesen PWTC), KTM (Stesen Putra Komuter), Bas atau Grab.
Selain mengelakkan kesesakan, anda juga boleh menjimatkan masa mencari tempat letak kereta yang sememangnya terhad di sekitar PWTC dan Sunway Putra Mall. Namun begitu, kesabaran anda akan diuji jika anda memandu sendiri ke sana.
8. Elakkan Membawa Bayi/Anak Kecil
Jika boleh elakkan membawa anak kecil ke acara ini. Namun jika tidak boleh dielakkan, anda digalakkan menggunakan baby carrier berbanding stroller. Bilangan pengunjung yang ramai serta ruang laluan yang sempit mungkin menyukarkan pergerakan anda. Anak kecil juga mungkin tidak selesa disebabkan ruang yang sempit dan panas. Selain itu, risiko anak kecil anda dijangkiti penyakit lebih tinggi disebabkan terdedah kepada orang ramai. Kalau perlu, bawa sendiri air mineral dan kudap-kudapan seperti roti dan coklat. Maklumlah, bila ramai orang dikhuatiri akan lapar dan juga pengsan.
9. Aktiviti Sampingan dan Peraduan Pembeli
Dengan perbelanjaan minimum RM100 untuk pakej domestik dan RM300 untuk pakej antarabangsa, anda berpeluang menyertai Peraduan Pembeli dan memenangi tiket penerbangan pergi balik ke destinasi antarabangsa sumbangan pelbagai syarikat penerbangan, penginapan hotel, pakej percutian, tiket taman tema dan sebagainya. Selain itu, anda juga boleh menyertai aktiviti sampingan yang turut disediakan untuk pengunjung seperti persembahan pentas, program derma darah dan sebagainya.
10. Pembelian Berkumpulan
Untuk melakukan penjimatan maksimum, anda digalakkan untuk berkongsi dengan rakan-rakan atau keluarga. Kebanyakan agensi pelancongan menawarkan harga promosi istimewa sempena MATTA Fair jika dibeli dalam kuantiti yang tertentu. Justeru, pakej yang dibeli dalam kuantiti yang banyak boleh didapatkan dengan harga yang jauh lebih murah. Mengapa bayar lebih, kalau boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah? Ada kalanya, sesetengah agensi pelancongan menawarkan 1 pakej percuma dengan setiap pembelian 3 pakej yang dijual. Menarik, bukan?
Jadi, jangan lepaskan peluang merebut pakej-pakej yang tersedia dengan harga yang istimewa sepanjang berlangsungnya MATTA Fair. Paling penting, rancang dengan teliti percutian anda. Kini, semua orang boleh melancong asalkan berpada-pada dan mengukur baju di badan sendiri. Tunggu apa lagi rancang sekarang dan jumpa anda di sana!
Oh ya, jangan lupa kunjungi booth Tripfez. Boleh juga layari website kami untuk tahu lebih lanjut tentang pakej-pakej istimewa MATTA Fair 2020 yang telah kami sediakan. Alang-alang tu boleh lah tebus bauchar yang diberikan oleh kerajaan. Dengan Tripfez, #ManaManaTripPunBest!
Leave a Reply