• Menu

Bagaimana Cara Mendapatkan Baucar Digital RM100 untuk Pelancongan Domestik?

Home » Travel Promo & News » Bagaimana Cara Mendapatkan Baucar Digital RM100 untuk Pelancongan Domestik?

Nota : Info di dalam artikel ini mungkin sudah tidak terpakai, sila ke link ini > Promosi Matta Fair Terbaru

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Baucar Digital sebanyak RM100 kepada rakyat Malaysia. Baucar Digital RM100 ini diperkenalkan untuk meningkatkan pelancongan dan penerbangan domestik negara, selain menggalakkan permintaan sektor pelancongan dan merangsang pelancongan dalam negeri. Insentif pelancongan baharu ini merupakan sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini sebagai satu langkah bagi mendepani kesan COVID-19 dan memperkukuhkan semua pertumbuhan ekonomi negara.

Dimanakah Saya Boleh Menggunakan Baucar Digital RM100 untuk Pelancongan Domestik?

Anda boleh menggunakan baucar digital RM100 untuk membeli tiket penerbangan, kereta api dan penginapan di hotel berlesen. Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan dana sebanyak RM500 juta bagi baucar ini dan geran yang sepadan untuk mempromosikan pelancongan tempatan. Usaha ini dibuat sebagai langkah bagi mengurangkan kesan daripada wabak virus COVID-19 terhadap industri pelancongan Malaysia.

Bagaimanakah Saya Boleh Mendapatkan Baucar Digital Sebanyak RM100 untuk Pelancongan Domestik?

Tiada arahan spesifik yang boleh didapati mengenai cara untuk menebus baucar digital RM100 buat masa ini. Namun begitu, anda boleh terus bersama kami melalui mana-mana saluran media sosial kami seperti di Facebook atau Instagram untuk mendapatkan hebahan terkini mengenai cara menebus dan mendapatkan baucar digital ini.

baucar digital RM100 domestik - Kampung Agong, Penang
Kredit: alyyalya_

Bagaimanakah Saya Boleh Mendapatkan Pelepasan Cukai Sebanyak RM1000 untuk Pelancongan Domestik?

Rakyat Malaysia yang melancong ke mana-mana destinasi dalam negara layak mendapat pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1000. Anda boleh layari laman web Kementerian Kewangan untuk maklumat lanjut.

Pengumuman berita baik tentang manfaat baharu yang ditawarkan oleh kerajaan ini ini diharap dapat membantu menyokong dan meningkatkan ekonomi Malaysia daripada kesan COVID-19 ini. Ini merupakan masa yang terbaik untuk menerokai keindahan dan keunikan destinasi tempatan di Malaysia yang kaya dengan keindahan flora dan fauna semula jadinya. Namun begitu, kami mengesyorkan anda untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19 ini.

baucar digital RM100 domestik - pulau perhentian
Kredit: norsalawati_ismail

Buat masa ini, Tripfez sedang mengadakan Pesta Pelancongan Online dengan harga MATTA Fair yang menawarkan pakej percutian ke beberapa destinasi domestik terbaik di Malaysia sepanjang Mac ini bermula 1 Mac hingga 31 Mac 2020. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di sini. Anda boleh juga mendapatkan senarai maklumat lanjut mengenai pakej-pakej domestik yang ditawarkan oleh Tripfez, di sini:

Senarai Penuh Pakej Domestik

Source: www.malaymail.com

Leave a Reply