• Menu

5 Amalan Penuh Ganjaran di Bulan Ramadan

Home » Guide for Muslim Travellers » 5 Amalan Penuh Ganjaran di Bulan Ramadan

Ramadan adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam saban tahun kerana bulan inilah bulan yang penuh keberkatan. Di bulan Ramadan inilah anda sebagai umat Islam dapat melipatgandakan amalan selain mengharap rahmat dan keampunan-Nya. Oleh itu sambutlah Ramadan dengan penuh kegembiraan kerana pintu kebaikan dibuka seluas-luasnya dengan gandaan pahala yang ditawarkan kepada mereka yang melakukan kebaikan dalam bulan Ramadan. 

Selain bertumpu pada puasa, ada banyak amalan sunnah Ramadan yang dapat menghidupkan lagi keimanan seorang hamba. Rebutlah 5 amalan sunnah ini di bulan Ramadan dan semoga anda beroleh ganjaran yang tidak terhingga.

Bersedekah

Amalan Baik di Bulan Ramadan
kredit: @masriahdahlan

Nabi Muhammad SAW merupakan seorang insan yang amat pemurah, malah baginda menjadi lebih pemurah pada waktu bulan Ramadan. Mengapa? Dalam salah satu hadis ada menyebutkan tentang keutamaan memberi makan kepada orang berbuka iaitu:

“Barangsiapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu”

Hadis Riwayat Nasa’o dan Tirmidzi
Sedekah di bulan puasa
kredit: @tamanzakat

Hari ini, ramai individu atau persatuan NGO memilih untuk memberi makanan iftar kepada masjid dan gelandangan. Amalan ini telah dilakukan setiap tahun pada bulan Ramadan dan anda boleh menyumbang tenaga atau duit untuk membantu.

Solat Tarawih

Amalan solat tarawih di bulan Ramadan
kredit: @gathiswd

Tarawih adalah solat sunat yang khusus dilakukan pada setiap malam di bulan Ramadan. Ia dilakukan pada bermula waktunya selepas selesai solat Isya’ dan berakhir dengan masuk waktu subuh. Biasanya umat islam akan sekalikan dengan solat sunat ratibah Isya’ dan solat witir. Perkara ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

kredit: @kimminas

“Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Ramadan kerana iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampupnkan dosa-dosanya yang telah lepas.”

Hadis Riwayat Muslim: 759

Hukum Solat aadalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang amat dituntut.

Mengejar Lailatul Qadar

Membaca Al-Quran adalah amalan baik di bulan Ramadan
kredit: @_kaylahaneul

Pada 10 malam terakhir di bulan Ramadan, Allah menjanjikan terdapat satu malam yang amat bermaka kerana Allah memberitahu kepada kita bahawa Allah menurunkan Al-Quran pada malam tersebut iaitu Lailatul Qadar. Malam itu adalah malam yang penuh keberkatan seperti firman Allah:

“Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan.”

Surah Ad-Dukhon, Ayat 3

Itulah malam Lailatul Qadar yang jatuh pada bulan Ramadan seperti firman Allah dalam Surah Al-Baqarah:

“Bulan Ramadan merupakan bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan perbezaan antara hak dan yang batil.’

Surah Al-Baqarah, Ayat 185
amalan baik di bulan ramadan
kredit: @irma_baitul_jannah

Surah ini turut disokong dengan satu hadis yang dikeluarkan oleh Imam Nasa’I daripada Abu Hurairoh telah berkata: “ketika mana telah datang bulan Ramadan, telah bersabda Rasulullah SAW:

“Telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan, telah difardukan Allah ke atas kamu untuk berpuasa, dibuka padanya pintu-pintu syurga dan ditutup padanya pintu-pintu neraka dirantai padanya syaitan-syaitan, padanya malam LailatulQadar sebaik 1000 bulan, siapa yang terlepas daripada kebaikannya maka ia hilang kelebihan itu”

Sabda Rasulullah SAW

Oleh itu anda disarankan mengamalkan solat di sepertiga malam, berzikira, membaca Al-Quran, bersedekah dan sebagainya kerana amalannya itu akan dilipatgandakan ganjarannya lebih baik dari 1000 bulan. 

Menunaikan Umrah

Pemandangan Kaabah
kredit: @seefromthesky/

Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud:

“Jika datang bulan Ramadan, lakukanlah umrah, kerana pahal umrah itu sama dengan pahala mengerjakan haji.”

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Menunaikan umrah di bulan Ramadan merupakan amalan penuh ganjaran
kredit: @princesshaticesahinns

Ini cukup menggambarkan betapa hebatnya amalan umrah ini jika direzekikan untuk anda tunaikan. Walaupun tahun ini kita tidak berkesempatan untuk melakukan amalan ini, sekiranya anda ingin mengerjakan Umrah pada bulan Ramadan di masa hadapan, Tripfez turut menyediakan khidmat Umrah untuk kemudahan anda.

Perkembangan Terkini Covid di Mekah

Saling Mengingatkan Kepada Kebaikan

Puasa bukan sekadar menahan lapar tetapi juga mengawal nafsu daripada melakukan perkara keburukan. Dengan adanya media social pada hari ini, kita cenderung untuk menyebarkan berita yang tidak diketahui kebenarannya. Terdapat satu hadis yang diriwayatkan Bukhari yang memberi maksud:

Barang siapa yang tidak meninggalkan ucapan dusta dan mengamalkannya makan Allah sudah tidak lagi memerlukan dia meninggalkan makanan dan minumannya.”

Hadis Riwayat Bukhari

Oleh itu, anda cubalah jadikan bulan puasa ini sebagai titik tolak agar anda lebih berhati-hati dalam menekan butang share dan pilihlah berita yang baik dan bermanfaat untuk disebarkan kepada rakan-rakan anda. Kerana dengan hal itu, anda secara tidak langsung dapat saling mengingatkan antara sama lain untuk melakukan kebaikan.

Mudah bukan? Semoga senarai ini akan membantu anda menjalani ibadah puasa dengan lebih baik, tidak kira dimana anda berada. InsyaAllah.

Leave a Reply