• Menu

Bali Kini Kembali Dibuka Buat Pelancong

Home » COVID-19 Guide For Travellers » Bali Kini Kembali Dibuka Buat Pelancong

09/07/2020: Kami bawakan berita baik buat semua yang ingin ke Bali. Bali kini kembali dibuka bagi aktiviti pelancongan. Namun, pembukaan Bali ini dilakukan secara berperingkat. Bagi rakyat Indonesia, kemasukan ke Bali adalah pada 31 Julai. Manakala, bagi pelancong luar pula pada 11 September menurut Gabenor Bali I iaitu Wayan Koster.

Bali Kembali Dibuka
Credit: tito_qholece

Pembukaan Bali ini bagi membaik pulih ekonomi Bali dan Indonesia yang bertumpu pada sektor pelancongan. Walaubagaimanapun, menurut Wayan Koster sekiranya kes COVID-19 ini meningkat, mereka bersedia untuk kembali menyekat kemasukan pelancong ke Bali. Jelas sekali pembukaan Bali ini bukan sahaja berita gembira buat penduduk tempatan tetapi buat pelancong juga.

Selain daripada berita Bali kembali dibuka, berita yang bakal mengembirakan para pelancong dari United States, France, dan India adalah Kementerian Pelancongan serta Garuda Indonesia bakal melancarkan penerbangan terus ke Bali tanpa transit. Kenyataan ini dibuat seiring dengan penguguman Bali yang bakal dibuka buat pelancong luar. Garuda Indonesia dan Kementerian Pelancongan bersetuju bahawa dengan cara ini dapat meningkatkan kadar kemasukan pelancong dari luar.

Bali Kembali Dibuka
Credit: iamrofi_

Bukan itu sahaja, pihak kementerian Indonesia juga bersetuju untuk menetapkan Bali Ngurah Rai International Airport sebagai pintu masuk pelancongan utama dalam jangka masa panjang. Selain itu, kerajaan Indonesia juga mempunyai perancangan untuk membina sebuah lagi lapangan terbang di Bali dalam usaha membangunkan ekonomi negara itu.

Mesti ramai dah teruja kan dengan pembukaan semula Bali? Jangan lupa untuk semak polisi baharu syarikat penerbangan di sini. Sumber berita ini adalah dari AirlineGeeks dan Perthnow.

Tempah Pakej Percutian Ke Bali Sekarang

Leave a Reply