• Menu

Senarai Kedai Kelengkapan Haji dan Umrah Untuk Persediaan Tanah Suci

Home » Guide for Muslim Travellers » Senarai Kedai Kelengkapan Haji dan Umrah Untuk Persediaan Tanah Suci

Adakah anda sudah bersedia untuk menunaikan ibadah umrah ke Tanah Suci? Persediaan bukanlah dari segi rohani sahaja, tetapi juga persediaan barang keperluan seperti kain ihram dan sebagainya.  Jom kita lihat beberapa one stop shopping center dan kedai-kedai yang boleh anda kunjungi untuk mendapatkan barang-barang kelengkapan haji dan umrah anda!

1. Butik Fitrah Al-Hajj, Kuala Lumpur

Dikatakan kedai no. 1 di Malaysia dalam membekalkan kelengkapan umrah dan haji di Malaysia, Fitrah Al Hajj memberikan aura tersendiri dengan hiasan dalamannya seolah anda berada di tanah suci Makkah. Boleh dikatakan semua barangan yang anda perlukan boleh dibeli di sini.

Kedai Kelengkapan Haji dan Umrah Kuala Lumpur
kredit: @drsitibochi.skillmentor

Barangan yang ada di sini adalah seperti jubah, telekung, kopiah, tasbih digital, beg dan wangian selari keperluan para jemaah yang ingin berangkat ke tanah suci. Oleh itu tidak hairanlah, Fitrah Al Hajj menjadi sebuah butik kelengkapan ibadah di bawah satu bumbung dan menjadi pusat sehenti khususnya kepada jemaah umrah dan haji yang ingin mendapatkan produk berkualiti pada harga mampu milik. Sesuai untuk para jemaah yang lebih berusia untuk tidak perlu lagi berkunjung daripada satu kedai ke satu kedai lainnya untuk mencari barangan berlainan.

Alamat:
Lot 3.07, Level 3, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
Setiap hari: 10 pagi – 10 malam

No Telefon:
03 – 40502376

Website:
www.fitrahalhajj.my

2. Galeri Muslim, Negeri Sembilan

kredit: @shafiq_baharudin

Untuk anda yang baru pertama kali menunaikan Umrah, di Galeri Muslim ini akan bantu menyediakan senarai kelengkapan umrah untuk anda secara percuma. Mereka juga boleh memberikan khidmat nasihat kepada anda dan keluarga anda sekiranya ada sebarang permasalahan atau pertanyaan. Jika anda tinggal di sekitar Negeri Sembilan, tidak perlu ke ibukota dan boleh singgah sini saja untuk membeli kelengkapan haji dan umrah anda!

Kedai Kelengkapan Haji dan Umrah Negeri Sembilan
kredit: @gallerimuslimofficial

Alamat:
361, Jalan Bandar Senawang 1, Pusat Bandar Senawang, 70450 Seremban, NSDK

Waktu Operasi:
Setiap hari: 10 pagi – 10 malam

No Telefon:
017 – 2292725

Website:
www.galerimuslimofficial.com

3. Butik Haqqi, Bangi

Butik yang mula beroperasi pada 24 November 2016 ini terletak di Bangi dan mempunyai pelbagai jenis barangan kelengkapan yang ditawarkan merangkumi ihram, telekung dan pakaian asas serta kelengkapan peribadi untuk menunaikan haji dan umrah bagi lelaki dan wanita. Antara barangan lain yang turut ditawarkan adalah kitab suci Al-Quran, buku panduan, produk kesihatan penjagaan diri, pakaian lelaki serta koleksi fesyen berjenama terkemuka. 

Kedai Kelengkapan Haji dan Umrah Bangi
kredit: @haqqibangi

‘Menjual kelengkapan haji & umrah, kain ihram kualiti tinggi, alatan kosmetik haji, pakaian jubah wanita,lelaki & kanak-kanak, baju melayu & kurta, pakaian kasual dan hub pakaian pengeluar terkenal.’

Alamat:
8-23, 01, Jln Medan Pusat Bandar 7A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi:
Setiap hari: 10 pagi – 7 petang

No Telefon:
03 – 89121542

Website:
haqqi.com.my

4. Butik Ijtihad, Bangi

Butik Ijtihad Bangi

Selain butik Haqqi, butik Ijtihad turut menjual kelengkapan umrah dan haji di Bangi, Selangor. Sekiranya terdapat kesesakan lalu lintas di Seksyen 9, anda boleh berkunjung ke Seksyen 8 pula untuk mendapatkan keperluan anda! Produk dikatakan harga mampu milik dan berkualiti serta rating googlenya setakat hari ini adalah sebanyak 4.7 dari 5 bintang.

Alamat:
No. LG-41 & G-41, Jalan 8/35, Taman Seri, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi:
Setiap hari: 10 pagi – 10 malam

No Telefon:
012 – 3418655

Website:
facebook.com/butikijtihadbangi

5. Millionario Boutique, Ampang

Kedai Kelengkapan Haji dan Umrah Ampang

Antara jualan barang yang paling laris dari butik ini adalah jubah seluarnya yang khas untuk wanita. Ramai pembeli wanita membeli jubah seluar yang ada ciri-ciri lace ini untuk dipakai semasa ke tanah suci.

Jubah Untuk Umrah Wanita

Alamat:
22-1, Jalan Dagang 1/1a, Taman Dagang Jaya, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi:
Setiap hari: 9 pagi – 8.30 malam

No Telefon:
019 – 2851979

Website:
jubah.com.my
facebook.com/millonarioboutique

6. Bin Nurdin, Shah Alam

Kedai Kelengkapan Haji dan Umrah Shah Alam
kredit: @iehaarshad

Kedai kelengkapan haji dan umrah ini menjadi tumpuan para jemaah yang tinggal di sekitar Shah Alam, Selangor. Anda boleh berbelanja dengan selasa di sini tanpa gangguan kerana satu pusat penjagaan kanak-kanak turut disediakan di tingkat 3. Manakala di tingkat satu pula adanya satu ruangan akademi yang boleh disewakan sekiranya anda ingin mengadakan suatu workshop.

Kedai Barang Haji dan Umrah Shah Alam
kredit: @bin_nurdin

Alamat:
Jalan Tukul N15/N, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi:
Setiap hari: 10 pagi – 7 petang

No Telefon:
03 – 55233676

Website:
www.binnurdin.com

Pakej Umrah 2020

Masih mencari pakej umrah yang sesuai? Klik sini untuk melihat senarai penuh tarikh perjalanan umrah bersama Tripfez. Pakej Umrah Tripfez hanya membawa kumpulan kecil dalam satu-satu masa, dengan jarak hotel dari 50 meter ke Masjidil Haram dan sesuai buat yang ingin membawa anak kecil bersama. Turut menerima tempahan dari jemaah wanita yang ingin ke sana tanpa mahram serta tempahan pakej VIP dengan itinerari fleksibel. Hubungi kami hari ini untuk bantuan!

Tempah Pakej Umrah 2020 Tripfez (Kumpulan Kecil)

Leave a Reply