• Menu

Keperluan Umrah Musim Sejuk: Persiapan Sebelum Ke Tanah Suci

Home » Guide for Muslim Travellers » Keperluan Umrah Musim Sejuk: Persiapan Sebelum Ke Tanah Suci

Ibadah Umrah musim sejuk di Mekah dan Madinah merupakan antara tempoh yang paling banyak permintaan terutamanya dalam kalangan jemaah Umrah Malaysia. Ini kerana, cuaca yang nyaman dan sejuk membolehkan jemaah melakukan ibadah Umrah dengan tenang dan selesan tanpa gangguan cuaca. Tripfez senaraikan checklist keperluan Umrah musim sejuk buat semua bakal jemaah Umrah yang akan ke tanah suci.

Pemandangan tanah suci Mekah yang tenang dan mendamaikan.
Kredit: Tripfez

Pakaian


1. Baju Sejuk Sederhana Tebal

Suhu di Madinah lebih sejuk berbanding di Mekah lebih-lebih lagi pada waktu Subuh dan malam. Justeru, anda digalakkan untuk membawa baju sejuk sederhana tebal sebagai persediaan. Baju sejuk berfungsi untuk memanaskan badan pada musim sejuk dan memberi keselesaan kepada jemaah untuk beribadah.

2. Inner dan Legging

Set inner dan legging heat-tech juga boleh dipakai untuk menambahkan lagi keselesaan sepanjang berada di sana. Saiznya yang kecil dan nipis juga dapat menjimatkan ruang bagasi anda. Set inner dan legging heat-tech ini boleh dipakai di dalam kain sembahyang dan boleh didapatkan di Uniqlo.

Para jemaah disyorkan memakai pelembap kulit/losyen sebagai salah satu keperluan umrah musim sejuk
Kredit: Tripfez

3. Mafla dan Tuala Muka

Anda boleh memakai mafla untuk melindungi muka, memanaskan badan dan mengelakkan anda daripada selesema dan angin sejuk. Namun begitu, jemaah wanita terutamanya hanya boleh menutup muka pada tempoh-tempoh tertentu sahaja. Jemaah wanita tidak boleh menutup muka semasa melakukan Umrah. Tuala muka pula diperlukan untuk mengeringkan air dingin daripada muka selepas berwudhu. Cuaca yang sejuk ditambah pula dengan air dingin boleh menyebabkan jemaah mudah jatuh sakit.

4. Kain Ihram

Kain ihram adalah antara keperluan umrah musim sejuk yang perlu dipertimbangkan.
Kredit: Tripfez

Selain itu, anda juga digalakkan untuk membawa kain ihram tebal supaya dapat memberikan keselesaan kepada anda semasa menunaikan Umrah musim sejuk. Seperti kita sedia maklum, lelaki Muslim yang sedang berihram dilarang sama sekali untuk memakai pakaian berjahit, bertenun, bercantum, bersarung dan sebagainya. Oleh sebab itu, kain ihram yang tebal disyorkan untuk keselesaan sepanjang menunaikan Umrah.

5. Sejadah dan Stokin

Lantai di bahagian ruang bumbung atas masjid amat sejuk terutamanya pada musim sejuk. Ruangnya yang terbuka ditambah pula dengan angin musim sejuk menambahkan lagi kedinginan ruang ini. Sejadah amat penting semasa musim sejuk. Ini kerana, sekiranya anda terlambat atau ruang solat di bahagian bawah penuh, anda terpaksa bersembahyang di ruang terbuka ini. Sejadah boleh berfungsi sebagai alas untuk duduk dan sujud jika anda perlu beribadat di ruang terbuka ini. Ini secara tidak langsung menjamin keselesaan anda sepanjang berada di dalam masjid. Tidak dilupakan stokin tebal untuk jemaah wanita.

Penjagaan Kulit


1. Pelembap Kulit/Losyen

Umrah semasa musim sejuk membuatkan kulit menjadi kusam dan kering. Anda boleh membawa pelembap atau moisturiser mengikut jenama pilihan yang bersesuaian dengan anda dan cuaca sejuk di sana. Anda disarankan untuk memilih pelembap ‘oil-based’ kerana formulasinya yang lebih sesuai untuk mengekalkan kelembapan kulit. Namun begitu, pastikan kulit anda sesuai dengan pelembap jenis ini. Sekiranya tidak pasti, anda boleh bertanyakan jurujual di farmasi-farmasi terpilih.

2. Pelembap Bibir dan Krim Pelindung Matahari

Anda dinasihatkan untuk menggunakan krim pelindung matahari dan pelembap bibir untuk mengelakkan kulit dan bibir daripada merekah dan menggelupas. Kulit dan bibir yang merekah dan menggelupas boleh menyebabkan ketidakselesaan semasa beribadah.

3. Gel Lidah Buaya

Pada waktu malam pula, anda boleh menyapu gel lidah buaya untuk membantu memulihkan dan melembapkan kulit anda. Lidah buaya mengandungi sifat pelembap semula jadi yang berfungsi sebagai pelembap dan membantu melegakan kekeringan dan menjaga kulit agar sentiasa sihat dan terhidrat sepanjang berada di tanah suci.

Ubat-ubatan


1. Ubat Biasa

Antara penyakit yang biasa berlaku kepada para jemaah terutamanya pada musim sejuk adalah seperti demam, sakit tekak, selesema dan kekeringan kulit. Anda disyorkan untuk membawa ubat-ubat biasa seperti ubat demam, selesema, sakit tekak, batuk, gastrik, cirit-birit dan sebagainya sebagai persediaan jika berlaku perkara yang tidak diingini. Kos perubatan di Arab Saudi amat tinggi dan mahal. Oleh itu, untuk mengelakkan perbelanjaan tambahan anda digalakkan untuk membawa ubat-ubatan sendiri.

2. Krim Panas/Ubat Sapu Panas

Sakit-sakit sengal dan sendi otot biasa berlaku dalam kalangan jemaah yang menunaikan Umrah. Ini kerana ibadat Umrah melibatkan aktiviti berjalan kaki yang banyak. Justeru, ubat sapu panas atau krim panas diperlukan untuk mengurut dan melegakan sakit pinggang, betis atau kaki. Selain krim panas, anda juga boleh membawa koyok atau Yoko.

Cadangan ubat:

  • Ubat sakit kepala – Panadol
  • Hingus selsema dan antiinflamasi – Clarinanse
  • Minyak panas – Tiger balm, Minyak Cap Kapak, Yoko
  • Cirit-birit – Charcoal tablet

Lain-lain


1. Botol Air/Termos Kecil

Badan menjana lebih banyak tenaga ketika musim sejuk. Oleh itu, kandungan air dalam badan akan berkurangan. Anda perlu memastikan pengambilan air yang mencukupi untuk membolehkan anda melaksanakan ibadah Umrah tanpa sebarang gangguan. Musim sejuk juga akan membuatkan kulit anda kering dan mengelupas. Perkara ini boleh dielakkan jika anda minum air dalam kuantiti yang mencukupi. 

CONTOH ATURCARA UMRAH – TRIPFEZ TRAVEL

Antara jemaah Tripfez yang pernah menggunakan perkhidmatan dan pakej Umrah Tripfez
Kredit: Tripfez

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda yang akan melaksanakan ibadah Umrah. Anda juga boleh merujuk senarai barang yang harus dibawa semasa ibadah Umrah di sini. Bagi yang akan mengerjakan umrah pada akhir tahun ini dan tahun hadapan, Tripfez mendoakan semoga perjalanan anda selamat dan ibadah Umrah anda diterima oleh Allah SWT, dan untuk anda yang masih merancang, anda boleh layari laman web kami untuk mendapatkan tawaran umrah terbaik!

Lihat Senarai Pakej Umrah Tripfez

Leave a Reply