• Menu

Perbezaan Commercial Flight VS Chartered Flight

Home » Guide for Muslim Travellers » Perbezaan Commercial Flight VS Chartered Flight
Perbezaan Chartered Flight VS Commercial Flight, Flight cancel

Pernah dengar tak tentang commercial flight dan chartered flight? Kalau tak pernah, jangan risau kami akan terangkan. Kebiasaannya penggunaan commercial flight dan chartered flight ni antara soalan-soalan yang famous dikalangan jemaah umrah. Untuk yang ingin menunaikan Umrah, wajib tahu pakej Umrah yang dibeli menggunakan commercial flight dan chartered flight. Apa perbezaan kedua penerbangan ini? Mana yang lebih baik? Jom tengok perbezaan commercial flight dan chartered flight.

Commercial Flight

Credit: 4nnekrueger
  • Jadual penerbangan adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan (fixed).
  • Penerbangan dijaga dan dipantau oleh syarikat penerbangan (contohnya: Qatar Airways).
  • Mengikuti garis panduan/standard operating procedure (SOP).
  • Risiko kelewatan penerbangan (flight delay) dan pembatalan penerbangan (flight cancel) adalah lebih rendah dan jarang sekali berlaku.
  • Namun sekiranya berlaku pembatalan penerbangan atas sebab tertentu, notis pemberitahuan akan diberikan lebih awal.
  • Kebiasaannya ada transit, bergantung kepada syarikat penerbangan yang dipilih.

Kalau dilihat, commercial flight mempunyai banyak kelebihan seperti jadual yang tetap (fix schedule) dan risiko kelewatan penerbangan (flight delay) yang rendah. Cuma commercial flight ini selalunya ada transit, jadi mungkin akan letih sedikit di situ.

Chartered Flight

Credit: traveltrilogy
  • Kapal terbang disewa oleh agensi pelancongan untuk kegunaan umrah.
  • Sekurang-kurangnya 80% seat/kerusi perlu dipenuhkan agar penerbangan itu dijalankan
  • Syarikat penerbangan akan memberikan kapal terbang yang lama untuk disewakan
  • Kapal terbang ini memerlukan penyelenggaraan yang lebih terperinci. Yang kebiasaannya akan menyebabkan kelewatan penerbangan atau pembatalan penerbangan.
  • Penerbangan terus, tiada transit.

Kelebihan pada chartered flight pula kebiasaannya ia disewa oleh agensi pelancongan bagi kegunaan umrah. Terutama sekali bagi agensi pelancongan yang mempunyai jumlah bilangan jemaah umrah yang besar. Dengan cara ini, pihak agensi dapat memantau jemaah dengan lebih mudah. Oleh kerana penerbangan ini disewa, ianya tiada transit. Namun mungkin bakal berlaku kelewatan penerbangan (flight delay) atau pembatalan penerbangan (flight cancel).

Haaa, sekarang ni anda dah tahu kan perbezaan antara commercial flight dan chartered flight kan? Jadi mana satu yang lebih baik? Jangan risau di Tripfez, kami menggunakan commercial flight bagi pakej-pakej umrah kami. Walaupun kami menggunakan commercial flight, kami menyediakan penerbangan terus ke Mekah atau Madinah tanpa transit tau.

KLIK UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN!

PAKEJ UMRAH

Pilihan paling popular. Pakej termasuk penerbangan dan Mutawwif berpengalaman dengan tarikh penerbangan tetap

UMRAH DIY

Sesuai untuk jemaah Umrah dengan bajet yang terhad. Pakej fleksibel dengan sebut harga boleh ubah dan runding

UMRAH VIP

Nikmati pakej umrah yang lebih mewah dan selesa dengan pakej umrah VIP yang eksklusif serta jadual perjalanan boleh ubah

Leave a Reply