Setiap orang pasti punyai impian untuk menunaikan ibadah Umrah, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Menunaikan ibadah Umrah bukan sahaja dapat memberi ketenangan kepada diri tapi dapat juga membantu kita mendekatkan diri dengan Allah. Sementara masih ada masa ni, marilah kita mengambil kesempatan untuk menunaikan Umrah di Tanah Suci. Tripfez ada menyediakan pelbagai pakej Umrah terbaik di Malaysia dan yang paling penting berlesen: KPK/LN:7142. Pastikan anda memilih agen umrah berlesan bagi mengelakkan penipuan di masa hadapan!
وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ ۚ
Dan sempurnakanlah ibadah Haji dan Umrah kerana Allah – Surah Al-Baqarah, Ayat 196
Keistimewaan Pakej Umrah Tripfez
Umrah kumpulan kecil (29 jemaah + 01 mutawwif/ustaz pembimbing) - Umrah 2x Jumaat
- Penerbangan komersial terus ke Madinah
- Umrah bersama mutawwif/ustaz khas
- Air Zam Zam 5 liter seorang
- Set 4 bagasi (beg troli + beg sandang + beg silang + beg kasut)
- Kursus dan buku panduan umrah
- Insuran Takaful berkelompok
- Caj pengurusan visa
- Tipping
- Contoh Jadual Aturcara Umrah : Itinerary Umrah
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ
Ibadah umrah kepada umrah berikutnya adalah kaffarah (penghapusan dosa) di antara kedua-duanya. Dan haji yang mabrur tiada balasan (bagi pelakunya) melainkan syurga)
– Riwayat Al-Bukhari (1773) dan Muslim (1449)
Apa Kata Jemaah?
- Selesa ketika melakukan ziarah di Tanah Suci
- Teratur dalam pergerakan berkumpulan
- Perkongsian ilmu dari mutawwif sampai ke semua jemaah
- Tidak rasa terasing dari mutawwif semasa di Tanah Suci
- Kumpulan umrah yang eksklusif pada harga mampu pergi
Senarai Pakej Umrah Terbaik Malaysia Dari Tripfez
1. Pakej Umrah Ziarah
Pakej Umrah Ziarah Istanbul ini adalah antara yang paling popular di Tripfez. Harganya memang berbaloi dan serendah RM8890 sahaja. Sambil sambil menunaikan umrah, jemaah juga berpeluang untuk mempelajari sejarah tamadun Islam terlebih dahulu di Turki. Yang paling penting, selepas menziarahi Turki, perjalanan umrah ini akan diteruskan ke Madinah terlebih dahulu sebelum Mekah. Ini untuk memastikan para Jemaah tidak akan terlalu penat untuk menunaikan ibadah dan dapat rehat yang cukup.
- Jarak hotel di Mekah hanya 50 meter sahaja dari Masjidil Haram (Hotel Royal Dar Al Eiman)
- 14 hari 12 malam (3 malam di Istanbul)
- Melawat tempat menarik seperti Blue Mosque, Topkapi Palace, Hagia Sophia Museum dan banyak lagi
- Penerbangan menggunakan servis Turkish Airlines
2. Pakej Umrah Ramadan
Selain itu, pakej umrah terbaik di Malaysia yang ditawarkan oleh Tripfez ialah pakej Umrah Ramadan. Pakej ini turut dinanti-nantikan oleh setiap jemaah kerana mereka akan berpeluang untuk mengerjakan ibadah umrah pada bulan Ramadan.
Kami menyediakan 2 jenis pakej umrah Ramadhan iaitu 18 hari 16 malam (18H16M) dan 12 hari 10 malam (12H10M). Sekiranya anda berhajat untuk berada lebih lama di sana, bolehlah ambil pakej 18H16M kami. Dari segi harga, Umrah Ramadan 18H16M bermula dari RM7990 dan Umrah Ramadan 12H10M bermula RM6490. Pakej Umrah Ramadan dari Tripfez boleh dibahagi kepada beberapa kategori:
- Awal Ramadan
- Pertengahan Ramadan
- Akhir Ramadan + Sambut Syawal
Alangkah indahnya dalam sekali seumur hidup jika dapat menunaikan ibadah umrah sambil menjalani ibadah puasa. Gunakan peluang ini untuk mengejar Lailatul Qadar di Tanah Suci! Semestinya pengalaman berpuasa di Tanah Suci akan membuatkan ibadah umrah lebih bermakna. Bayangkan bukan sahaja ibadah puasa yang dapat dilakukan di sana, tetapi termasuk solat Tarawih, ibadah Qiamulail, dan pengalam menyambut Hari Raya bersama keluarga tercinta di sana.
3. Pakej Umrah Syawal
Sekiranya anda ingin merasai suasana beraya di Tanah Suci, Pakej Umrah Syawal dari Tripfez bermula daripada RM6190 sahaja. Sememangnya satu pengalaman yang tidak akan mungkin dapat kita lupakan. Selain itu, sekiranya mahu anda juga boleh cuba berpuasa enam di sana.
4. Pakej Umrah Bajet
Kami juga faham bahawa ada ramai di luar sana yang sangat merindui Tanah Suci namun memiliki bajet yang rendah. Oleh itu, dengan harapan dapat membantu semua rakyat Malaysia beragama Islam untuk berpeluang menunaikan ibadah umrah, kami turut menyediakan Pakej Umrah Bajet dengan harga serendah RM5490. InsyaAllah, mudah-mudahan dengan adanya pakej ini, sesiapa pun mampu untuk menunaikan Umrah. Tapi jangan risau, walaupun bajet tapi masih selesa dan berpatutan dengan harga.
- Penerbangan menggunakan Air Arabia
- Fullboard di Mekah dan Madinah
- 150 meter dari Masjid Nabawi, Madinah (Hotel Al Eiman Taibah)
5. Pakej Umrah Premium
Buat yang mahukan lokasi hotel yang lebih dekat terutamanya kepada yang ingin pergi mengerjakan umrah bersama ibu bapa yang sudah tua, jangan risau kerana Tripfez juga ada menyediakan Pakej Umrah Premium untuk anda. Pakej ini akan menempatkan para jemaah di hotel bertaraf lima bintang di Mekah, dengan jarak 50 meter sahaja dari Masjidil Haram!
Anda boleh memilih untuk mendapatkan pakej fullboard atau halfboard (sarapan sahaja) di Mekah. Manakala, di Madinah pula makanan lengkap akan disediakan. Sekiranya anda pilih pakej halfboard di Mekah, anda tidak perlu risau kerana di sana terdapat pelbagai pilihan makanan yang pasti membuatkan para jemaah rambang mata. Pakej Umrah Premium Tripfez turut menggunakan perkhidmatan penerbangan terus Saudi Airlines, tanpa transit.
Jadi pakej yang mana satu menjadi pilihan hati? Apa-apa pun buatlah pilihan yang bijak dan bersesuaian dengan bajet anda. Semoga kita semua akan dijemput dan diberi peluang untuk menunaikan ibadah umrah satu hari nanti. Perlukan bantuan? Klik di sini untuk lihat banyak lagi info dan tip menarik berkaitan umrah atau hubungi Tripfez di bawah atau klik untuk membuat tempahan!
KLIK UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN!

Pilihan paling popular. Pakej termasuk penerbangan dan Mutawwif berpengalaman dengan tarikh penerbangan tetap

Sesuai untuk jemaah Umrah dengan bajet yang terhad. Pakej fleksibel dengan sebut harga boleh ubah dan runding
Leave a Reply