• Menu

6 Pulau Malaysia Terbaik Untuk Peminat Snorkeling

Home » Guide for Muslim Travellers » 6 Pulau Malaysia Terbaik Untuk Peminat Snorkeling

Kebiasaannya kalau nak buat aktiviti snorkeling mesti orang akan syorkan untuk snorkeling di Pulau Langkawi kan? Tapi dekat Malaysia ni sebenarnya ada banyak pulau yang best untuk snorkeling tau. Jom tengok senarai 6 pulau Malaysia terbaik untuk peminat snorkeling di luar sana!

Pulau Redang

6 Pulau Malaysia Terbaik Untuk Peminat Snorkeling, Redang
Pulau yang jernih dan pasir yang putih (Nicolas Lannuzel)

Terletak di Terengganu, jangan risau tentang pengangkutan kerana memang ada banyak cara untuk ke Pulau Redang. Pulau ini amat terkenal dengan air yang jernih dan pasir yang memutih. Maka, tidak hairanlah mengapa pulau ini menjadi pilihan utama untuk kaki snorkeling! Yang paling menarik, di pulau ini juga terletaknya dua buah bangkai kapal karam bersejarah yang tenggelam pada Perang Dunia Kedua iaitu The H.M.S Prince of Wales dan H.M.S Repulse. Apa lagi kalau dah teringin, jom kita pergi?

Pulau Pangkor

6 Pulau Malaysia Terbaik Untuk Peminat Snorkeling, Pangkor
Pulau yang sesuai untuk membawa anak-anak (_amirafarhanaa)

Merupakan pulau ketiga terbesar di negeri Perak. Pulau ini menjanjikan pemandangan hidupan marine dan batu karang yang unik dan istimewa. Selain sesuai untuk snorkeling, Pulau Pangkor juga kini berstatus Pulau Bebas Cukai (PBC) sama seperti Pulau Langkawi. Kata orang sambil menyelam, sambil shopping. Eh?

Pulau Perhentian

Comelkan ikan Nemo ini geram dengan kamera? (diver_rick)

Cuba tengok video diatas, pasti anda akan terhibur dengan telatah ikan Nemo tu. Haa, inilah sedikit sneak peek keindahan hidupan laut dan batu karang yang ada di Pulau Perhentian ni. Pulau ini juga terletak di Terengganu jadi kalau anda masih tidak puas beraktiviti snorkeling selepas ke Pulau Redang, bolehlah singgah ke sini pula. Nak mudah? Jom tempah pakej Tripfez dekat sini.

Pulau Lang Tengah

Dikerumuni ikan (Mohd Fazlin)

Mesti seronok kalau dapat bercuti ke pulau yang indah dan sambil tu buat aktiviti snorkeling. Dapatlah hilangkan stress dari hiruk pikuk kesibukan kota! Pulau Lang Tengah ini merupakan pulau yang sesuai untuk anda membawa diri dan tinggalkan segala keresahan hati. Pasti hilang penat selepas melihat keindahan dasar laut kurniaan Allah S.W.T. Pulau Lang Tengah ini juga amat sesuai untuk short-getaway!

Pulau Mantanani

Selebriti tanah air pun ke sini juga tau! (therealfafau)

Salah satu pulau yang memang wajib ada dalam senarai 6 pulau Malaysia terbaik untuk peminat snorkeling ialah Pulau Mantanani. Sekiranya anda ke Sabah, jangan lepaskan peluang untuk ke pulau ini! Yang paling menarik tentang Pulau Mantanani ini adalah ia merupakan pulau yang turut ada bioluminescent plankton. Ala yang macam dekat Maldives tu! Apabila malam tiba, bioluminescent plankton ini akan mengeluarkan cahaya bewarna biru. So, memang feeling dia luar biasa tau!

Pulau Tioman

Comelkan penyu ni? (ycdoo_)

Salah satu destinasi yang paling terkenal di Pahang adalah Pulau Tioman. Pulau ini menjadi kegilaan para peminat snorkeling kerana kejernihan air laut yang sehinggakan mampu dilihat sehingga ke dasar. Anda harus melalui jeti di Mersing untuk ke sini. Menariknya, pulau ini dibuka sepanjang tahun berbeza dengan pulau yang lain yang ditutup kerana angin Monsun.

Pasti anda dah rambang mata kan? Rasanya kalau tengok post ini je tak cukup, kena turun padang dan rasai keindahan pulau-pulau ini. Apa lagi, jom tempah dengan Tripfez untuk mudahkan rancangan percutian anda?

Tempah Percutian ke Pulau-Pulau Malaysia Dengan Tripfez!

Leave a Reply