Pernahkah anda menonton filem “The Secret Life of Walter Mitty”? Kebanyakan lokasi dalam filem itu dilakukan di Iceland, sebuah pulau di kutub utara yang terdiri daripada tanah pasir, ladang lava, gunung-ganang, glaciers dan sungai glacier di kawasan tanah rendah. Pulau ini mempunyai jumlah penduduk tak lebih 400,000, menjadikannya negara di Eropah yang paling sedikit penduduknya. Namun begitu ia tetap menjadi destinasi pilihan ramai pelancong luar disebabkan muka buminya yang luar biasa. Jom kita lihat 5 sebab anda perlu rancang trip ke Iceland, pulau yang sedikit penduduknya ini!
1. Melawat Borgarfjordur Saga Valley dan Lihat Northern Light
Lapangan Terbang Antarabangsa Iceland terletak di ibukotanya yang bernama Reykjavik. Setelah sampai sini, anda boleh menuju ke barat untuk melawat perairan Borgarfjordur yang juga dikenali sebagai Saga Valley kerana mempunyai banyak peristiwa bersejarah penting. Bandar terdekat dengan perairan ini adalah Borgarnes. Terdapat banyak pulau-pulau datar yang terletak di fjord ini dan sebahagiannya tidak berpenghuni. Tarikan semula jadi di kawasan ini menjadikannya sebuah pusat peranginan pelancong yang menarik.
Setelah ke sini anda juga berpeluang untuk mendaki kawah gunung berapi Grábrók dan berkunjung ke Deildartunguhver iaitu sebuah kolam air panas paling gah di Eropah. Sambil itu, anda boleh menikmati pemandangan air terjun Hraunfossar dan Barnafoss. Sekiranya cuaca mengizinkan, pada sebelah malamnya anda boleh melihat Cahaya Utara di taman bersama secawan coklat atau teh panas!
2. Snæfellsnes Peninsula & Fjord Cruise
Lokasi menarik seterusnya adalah ke bandar nelayan Stykkishólmur untuk menikmati pelayaran di Breiðafjörður fjord. Di sini anda berpeluang untuk menikmati hidangan ikonik Iceland iaitu Hakari, sejenis ikan jerung yang telah ditapai.
Lawatan seterusnya adalah ke perkampungan nelayan Grundarfjörðu yang terletak selari dengan garis laut dan gunung sambil menikmati pemandangan tasik dan air terjun yang mengagumkan. Dari sini, anda boleh melihat pemandangan Mt. Kirkjufell yang mempunyai kedudukan yang unik iaitu bahagian atasnya tertonjol dari laut. Sebelah malamnya pula, anda boleh sambung aktiviti mengejar cahaya utara atau berendam dalam tab air panas di luar hotel.
3. Golden Circle, Melawat Lokasi Geoterma & Kuda Iceland
Golden Circle ini adalah laluan bulat yang meliputi sekitar 300 kilometer dan bermula dari Reykjavik ke arah tengah Iceland sebelum kembali lagi dalam perjalanan satu hari. Laluan ini membawa anda melalui beberapa lokasi berpemandangan yang paling menakjubkan di tengah Iceland dari kawasan semula jadi sehingga ke bangunan-bangunan bersejarah. Sekaligus memberikan peluang kepada pelancong untuk mengalami kepelbagaian Iceland dalam perjalanan yang singkat.
Di manakah anda akan pergi sekiranya mengikut rute Golden Circle ini? Jom kita terokai! Walaupun terdapat banyak titik berhenti di sepanjang Golden Circle ini, berikut adalah beberapa destinasi paling popular yang anda pasti wajib pergi semasa trip ke Iceland!
Taman Negara Thingvellir adalah tapak Warisan Dunia UNESCO dan telah memainkan peranan penting dalam sejarah Iceland. Di sini anda boleh menemui tasik, air terjun, pembentukan muka bumi yang semula jadi, dan yang paling menarik adalah Silfra Fissure, sebuah lokai menyelam atau snorkeling!
Lain-lain lokasi seperti pancuran wap dari padang geoterma Geysir yang bernama Strukkur Geyser dan air terjun Gullfoss juga wajib anda kunjungi! Sebelah petangnya, anda berpeluang untuk menyaksikan kuda iceland yang jinak serta mempelajari tentang keunikan baka ini serta sejarahnya.
4. Keajaiban Alam Semula Jadi Iceland Selatan & Gunung Berapi Eyjafjallajökull
Gunung Berapi Eyjafjallajökull merupakan salah satu yang hamparan ais yang lebih kecil di Iceland yang terletak di utara Skógar dan barat Mýrdalsjökull . Tudung atau hamparan ais ini meliputi kaldera daripada gunung berapi dengan ketinggian puncak 1,651 meter (5,417 kaki). Gunung berapi ini telah meletus secara relatif sejak tempoh berakunya glasier terakhir iaitu pada tahun 2010.
Di pantai sebelah selatan gunung ini terdapat satu air terjun terkenal iaitu Skógafoss yang berketinggian 60 meter. Aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah seperti melawat Pusat Pameran Lava dan Gunung Berapi untuk mempelajari tentang geologi dan gunung berapi aktif.
Selain itu, anda juga boleh melawat muzium rakyat Iceland yang mempunyai koleksi artifak ladang dan domestik yang luar biasa dari zaman lama Iceland serta beberapa contoh rumah rumput. Dan anda juga dapat berjalan-jalan di pantai lava hitam dan cenuram burung di Reynisfjara yang tiada di negara lain. Menarik bukan?
5. Taman Negara Vatnajökull & Glasier
Vatnajökull adalah tudung/hamparan ais yang terbesar di Iceland dan terbesar di kawasan Eropah selepas Severny Island di Novaya Zemlya, Rusia dengan keluasan 7,900 km per segi. Ketebalan purata aisnya pula adalah 380m dengan ketebalan maksimum sebanyak 950m!
Di bawah tudung ais ini seperti mana di bawah kebanyakan glasier Iceland, terdapat beberapa gunung berapi. Letusan dari gunung berapi ini membawa kepada pembentukan kantung air yang besar di bawah ais yang boleh menjadi banjir. Banjir telah banyak berlaku dalam zaman moden ini.
Jika anda berkunjung ke taman negara ini, anda harus ke Jökulsárlón iaitu sebuah lagun glasier yang dipenuhi dengan aisberg yang terapung. Anda akan menerokai lokasi ini dengan harapan dapat peluang untuk melihat anjing laut berenang di depan mata anda di lautan artik!
Selain itu, anda dapat berjalan di sepanjang pantai pasir hitam yang juga dikenali sebagai Pantai Berlian yang diliputi aisberg. Pada waktu petang pula, ambillah kesempatan untuk melawat gereja rumput kecil di Hof dan luangkanlah masa untuk menerokai taman negara terbesar di Eropah. Di sini anda dapat melihat gunung tertinggi di Iceland, pohon alpine dan glasier terbesar di Eropah!
Banyak sekali tempat-tempat menarik di sana yang belum disenaraikan di sini. Jika ingin memudahkan perancangan trip ke Iceland anda, bolehlah cuba pakej dari Tripfez di sini:
Mencari destinasi unik lain untuk dilawati? Jom ke Uzbekistan untuk melihat seni bina indah di sana atau ke Zhangjiajie, China buat peminat alam semulajadi!
Leave a Reply