• Menu
tempat best menarik seoul

5 Tempat Menarik Sekitar Seoul!

Dah tempah tiket ke Korea. Tapi tak tahu nak pergi mana? Ini adalah 6 tempat menarik yang wajib anda pergi kalau singgah ke Seoul! Tempat ke-6 penting untuk pengunjung muslim!

1. Namsan Seoul Tower

Menara Namsan telah dibina pada tahun 1969 sebagai menara gelombang radio pertama di Korea Selatan, menyediakan penyiaran untuk radio dan TV di Seoul. Ia dibuka kepada orang ramai pada tahun 1980. Menara ini adalah tempat di mana anda boleh melihat panorama Seoul. Ia juga merupakan salah satu lokasi penggambaran popular dalam K-drama. Ia juga telah muncul dalam siaran K-drama ikonik seperti “Boys Over Flowers.”

Things to Do at N Seoul Tower and Around - KKday Blog

2. Bukchon Hanok Traditional Village

Sama seperti 600 tahun dulu, Bukchon Hanok Traditional Village adalah kawasan perumahan yang dibina dengan gaya seni bina tradisional Korea. Ia bukan replika, tapi adalah kediaman sebenar penduduk Korea dengan 900 buah hanok. Han bermaksud Korea, dan hanok secara literal diterjemahkan kepada rumah Korea.Pelawat yang hadir ke kawasan ini boleh rasakan pengalaman hidup sama seperti ketika zaman dinasti Joseon dahulu lengkap dengan berpakaian hanbok!

Visit Bukchon Hanok Village For An Amazing Korean Vacation

3. Gyeongbokgung Palace

Gyeongbokgung Palace adalah istana terbesar yang dibina pada zaman Joseon Dynasty. Istana ini dibina pada tahun 1395 dan pernah juga dimusnahkan dalam peperangan Imjin (1592-1598).

Semasa Dinasti Joseon, Pengawal istana diraja, yang dikenali sebagai “Wanggung Sumunjang”, mempunyai tugas yang sangat penting untuk melindungi raja dengan menjaga pintu masuk istana diraja utama tempat raja bersemayam.

Pelawat boleh menyaksikan upacara pertukaran pengawal yang dilakonkan semula sama seperti dalam sejarah Zaman Dinasti Joseon dengan pengawal memakai pakaian seragam diraja, membawa senjata tradisional dan bermain alat tradisional.

Gyeongbokgung Palace, Seoul: A Journey to Medieval Korea

4. Myeongdong Street

Dikira sebagai tempat yang paling menarik di Seoul, Myeongdong Street tawarkan pelbagai jenis produk kepada pelawat yang berkunjung! Myeongdong dipenuhi dengan rangkaian butik fesyen dan kedai kosmetik. Semua jenama ada di kawasan ini. Myeondong juga merupakan tempat yang mempunyai “department store” yang tawarkan barangan dari pelbagai jensma premium!

Kawasan Myeongdong juga merupakan destinasi yang sangat popular untuk penggemar makanan. Ada banyak makanan dijual dari makanan “street food” Korea, hidangan Jepun dan barat juga boleh didapati di lorong Myeondong ini!

Things to Do in Myeongdong : Shopping and Street food - IVisitKorea

5 . Cheonggyecheon Stream

Dahulu merupakan satu lintasan lebuh raya, kini dijadikan sebagai tempat orang awam dilengkapi landskap aliran air yang bersih. Aliran Cheonggyecheon ialah aliran sepanjang 11 km yang mengalir melalui pusat bandar Seoul. Dicipta sebagai sebahagian daripada projek pembaharuan bandar, Cheonggyecheon Stream dulu wujud sebagai pemulihan aliran semasa Dinasti Joseon (1392-1910). Sungai itu dilitupi dengan lebuh raya bertingkat selepas Perang Korea (1950-1953), sebagai sebahagian daripada pembangunan ekonomi pasca perang negara. Kemudian pada tahun 2003, lebuh raya bertingkat telah dialihkan untuk pembangunan ynag lebih baik di Seoul.

Cheonggyecheon - Wikipedia

6. Seoul Central Mosque

Bagi pelawat muslim, tak lengkap trip anda tanpa melawat masjid ini di Seoul. Masjid ini dibuka secara rasmi pada tahun 1976, dengan bantuan kerajaan Korea dan sumbangan kewangan yang besar dari Arab Saudi dan negara Islam lain.

Masjid ini mempunyai tiga tingkat, yang mempunyai fungsi yang berbeza. Di tingkat satu terdapat pejabat dan bilik mesyuarat Persekutuan Muslim Korea (KMF), manakala dewan solat di tingkat dua dan tiga. Terdapat juga sebuah madrasah yang digunakan sebagai institusi pendidikan Islam untuk kanak-kanak, Pusat Penyelidikan Kebudayaan Islam dan pertubuhan Islam yang lain di kawasan masjid ini.

Seoul Central Mosque – Lambang Persahabatan Antara Korea Selatan Dan Islam  Turki - The Patriots

DAFTAR SEKARANG UNTUK DAPATKAN PROMOSI TERHAD!

Daftar sekarang, deposit hanya RM1000/seorang dan bayaran penuh boleh dibuat 30 hari sebelum penerbangan. Hubungi kami sekarang untuk maklumat lanjut!

Leave a Reply