• Menu

Cara Dapatkan Tiket Flight Murah

Home » Guide for Muslim Travellers » Cara Dapatkan Tiket Flight Murah

Soalan paling popular yang sering ditanya orang adalah bagaimana hendak membeli tiket flight dengan murah? Sekiranya anda nampak orang lain begitu mudah untuk terbang ke sana ke sini, mulalah anda merasa cemburu bukan? Sebenarnya ada taktik untuk mendapatkan harga yang murah.

Semua percutian perlukan perancangan yang teliti untuk penjimatan kos melainkan anda jenis yang adhoc. Harga tiket penerbangan yang murah pasti akan menyenangkan bajet trip anda. Jangan sampai tertipu dengan scam yang menjanjikan harga tiket yang tidak masuk akal. Jom kita semak tip-tip berikut untuk membeli tiket flight murah yang sah!

1. Tetapkan Destinasi Tujuan Lebih Awal

Anda pasti mempunyai bucketlist destinasi sendiri yang hendak dicapai. Maka rancanglah percutian anda dengan lebih awal dan tetapkan destinasi yang ingin dituju seawal 6 hingga 12 bulan. Kebiasaannya tiket untuk destinasi Asia perlu dibeli awal setahun manakala ke destinasi Eropah seeloknya dibeli 6-8 bulan sebelum tarikh perjalanan.

Cara paling mudah adalah dengan membeli ketika promosi Air Asia Free Seats. Jangan beli terlalu awal kerana kebiasaannya syarikat penerbangan antarabangsa gemar untuk membuat promosi pada waktu yang tak dijangka. Tip yang lain, dikatakan promosi tiket penerbangan ke negara selain Asia biasanya diadakan pada hari Selasa untuk penerbangan selain AirAsia.

2. Kaji Harga Normal Tiket dan Harga Ketika Promosi

Sentiasa compare harga untuk mendapatkan tiket flight murah

Sekiranya sudah tahu anda ingin bercuti ke mana, anda sudah boleh mula untuk mengkaji harga normal dan harga promosi untuk tiket ke destinasi tersebut. Sebagai contoh, Sabah. Harga normal untuk tiket ke Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur adalah RM800-1,200 untuk Malaysia Airlines, satu arah. Manakala harga promosi adalah di antara RM159 hingga RM399. Sekiranya anda terjumpa harga seperti harga promosi, jangan berlengah-lengah. Terus masukkan details anda dan beli!

3. Elakkan Waktu Puncak

Seelok-eloknya anda perlu elak tarikh yang berhampiran atau pun ketika waktu puncak, cuti umum, cuti sekolah dan musim perayaan! Ketika ini, harga tiket penerbangan akan lebih mahal berganda-ganda berbanding waktu biasa kerana pada masa inilah permintaan terhadap tiket flight adalah tinggi.

Elakkan musim peak untuk mendapatkan harga tiket terendah

Syarikat penerbangan akan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga yang tinggi kerana akan sentiasa ada pembeli. Sebagai contoh ketika Christmas di Eropah. Harga tiket pergi dan balik daripada Kuala Lumpur boleh mencecah RM3,000 hingga RM4,000 tetapi pada hari biasa lain, harga tiket paling murah hanyalah RM1,800. Sekiranya anda memang bercadang juga ingin ke sana pada waktu itu, dinasihatkan agar membeli tiket lebih awal dan elakkan memilih Bandar-bandar yang tinggi airport tax seperti London.

Selain itu, ada wujudnya satu hukum tak rasmi yang dipanggil hukum ‘hari & masa’ penerbangan. Memilih penerbangan pada hari Selasa, Rabu atau Khamis lebih murah berbanding penerbanga pada hari Isnin, Jumaat atau Ahad. Bergantung pada destinasi, penerbangan awal pagi dan lewat malam lebih murah berbanding pada masa-masa lain di dalam sehari.

4. Beli Tiket Waktu Pagi

Pernah tak anda semasa hendak buat pembayaran atau pemilihan tiket, tiba-tiba website airlines tidak memberi sebarang respon? Ini kerana terlalu ramai pelanggan yang lain sedang melayari website tersebut pada masa yang sama. Seterusnya menyebabkan kemungkinan anda terlepas peluang untuk dapatkan tiket flight murah.

Untuk mengelakkan hal seperti ini berlaku, anda boleh mencuba untuk membeli tiket penerbangan pada waktu pagi iaitu antara jam 3 sehingga 5 pagi. Trafik website syarikat penerbangan dikatakan kurang sibuk ketika ini. Gunakanlah peluang ini sebaik-baiknya.

5. Subscribe Newsletter Daripada Airlines Dan Sertai Program Kesetiaan

Mungkin anda merasa leceh hendak melanggan newsletter dari syarikat penerbangan kerana akan penuhkan inbox emel anda sahaja. Tapi sebenarnya, sebarang berita terkini tentang promosi harga tiket penerbangan akan dimaklumkan dengan cepat melalui emel. Anda akan mendapat updates terlebih dahulu tentang harga tiket murah. Kebiasaannya quota tiket ketika promosi tidak banyak. Oleh itu anda kena pastikan anda antara yang terawal tau mengenai setiap promosi yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan melalui emel.

Reward point airlines membantu anda menjimatkan duit

Selain itu anda boleh menyertai Program Kesetiaan (Loyalty Programme) mereka kerana anda bukan sahaja berpeluang untuk dapat tiket flight murah, malah anda juga berpeluang untuk dapat upgrade tiket daripada economy class ke business class dengan harga yang rendah. Silap haribulan, dapat percuma! Antara program kesetiaan yang popular adalah OneWorld dan BIG AirAsia.

6. Gunakan Search Engine Sebagai Ejen Carian

Terdapat banyak search engine yang boleh anda gunakan untuk mencari tiket flight murah. Antaranya adalah Skyscanner, Traveloka, dan Momondo. Dengan menggunakan search engine ini, anda boleh melihat perbezaan harga setiap syarikat penerbangan dalam masa tidak sampai 5 saat!

Sekiranya harga yang dipaparkan masih lagi mahal, anda boleh set ‘Get Price Alerts’. Klik pada butang ‘Get Price Alerts’, dan masukkan alamat emel anda. Skyscanner akan menghantar email susulan sekiranya terdapat pengurangan harga tiket penerbangan. Mudah bukan?

Skyscanner memudahkan pencarian tiket flight murah
kredit: @jardness01

Tapi setelah anda tahu harganya dari Skyscanner, disarankan untuk beli langsung dari website asal syarikat penerbangan itu kerana harganya akan sama dengan harga yang dipaparkan di Skyscanner. Elakkan beli dari pihak ketiga kerana proses untuk mendapatkan tiket asalnya setelah membuat bayaran kekadang merumitkan.

Anda sudah mengikuti tips di atas? Kalau masih malas nak ikuti langkah-langkah atas, anda boleh mengunjungi program seperti MATTA fair yang diadakan sekali setiap tahun. Di sana anda boleh dapat harga tiket flight dengan harga promosi di booth Tripfez!

Paling mudah? Tempah dengan Tripfez! Pakej berkumpulan mesra Muslim ALL-IN dari Tripfez termasuk tiket penerbangan, hotel penginapan, pengangkutan, makanan halal dan insuran perjalanan! Tidak perlu lagi pening mencari tiket flight dengan harga murah kerana semua dah termasuk.

Lihat Promosi Matta Fair Tripfez Terkini >> Klik Di Sini

Lihat pakej ALL IN dari Tripfez!

Jom baca tip-tip percutian lain dari Tripfez untuk memudahkan plan percutian anda!

Leave a Reply