• Menu
pakej umrah tripfez wanita

Cara Dapatkan Pakej Umrah Terbaik

Home » Muslim Friendly Travel Guide » Cara Dapatkan Pakej Umrah Terbaik

Sekarang ada banyak agensi-agensi pelancongan yang mula mengiklankan pakej-pakej umrah terbaharu mereka. Harga juga mula berubah berbanding yang lama ikutan harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan juga atas faktor-faktor lain seperti pihak syarikat penerbangan, pihak hotel, pengangkutan dan sebagainya. Ada banyak langkah untuk kita dapatkan pakej umrah yang terbaik mengikut citarasa kita sendiri. Yang last sekali penting untuk elak ditipu!

5 cara selidik Pakej Umrah terbaik. Nak tunai umrah tapi tak tahu mula dari mana? Ini langkahnya. Point yang ke-7 ramai terlepas pandang!

CARA-CARA UNTUK DAPATKAN PAKEJ UMRAH TERBAIK YANG SESUAI:-

1. cari umrah melalui agen

Sekarang ramai yang pilih untuk buat umrah DIY. Tapi ramai yang tak tahu, sekiranya umrah DIY, jika ada sesuatu berlaku, jemaah itu perlu selesaikan sendiri. Di tanah Arab, prosidurnya sangat banyak. Ditambah lagi dengan bahasa yang kita tidak mahir bertutur.

Jika bersama agensi pelancongan, urusan akan dibantu oleh pihak muasasah yang telah dilantik oleh agensi pelancongan. Bukan itu sahaja yang dibantu, urusan jadual perjalanan harian, makan, pengangkutan, penginapan semua diuruskan oleh agensi.

Nota penting : Apa yang dimaksudkan Muassasah? Muassasah merupakan organisasi gabungan antara mutawif atau pembimbing tawaf yang biasa disebut syekh dan munawir, pembimbing ziarah. Organisasi ini antara lain tugas dan bertanggungjawabnya adalah untuk menyediakan tempat penginapan, pengangkutan, bimbingan ibadah umrah/haji dan juga keperluan maslahat umum jemaah. Organisasi ini didirikan pada 3 Mei 1984 oleh pemerintah Arab Saudi untuk meningkatkan mutu layanan haji mereka, baik di Mekah, Madinah, maupun di Jeddah.

umrah agensi vs diy

pakej umrah 2022 tripfez
Jemaah Umrah Tripfez

2. Semak Pakej berapa hari

Dalam pakej yang ditawarkan oleh agensi-agensi pelancongan umrah, ada banyak jenis pakej melibatkan durasi pakej akan berlangsung. Pakej umrah yang biasa selalu hanya 12 Hari 10 Malam. Pakej lain termasuk:-

  • Pakej Umrah 12 Hari
  • Pakej Umrah 16 Hari
  • Pakej Umrah 22 Hari
  • Pakej Umrah Ramadan
  • Pakej Umrah Syawal

Aturcara Pakej Umrah

Jemaah perlu berikan perhatian kepada hotel yang diberikan dalam pakej. Kalau pakej yang 21 Hari, lebih elok cari agensi yang tawarkan pakej hotel yang selesa. Nak duduk lama perlukan penginapan yang selesa untuk berehat sepanjang berada di sana.

jenis-jenis pakej umrah di malaysia

Pakej Umrah Premium 22 Hari
Jemaah Umrah Tripfez

3. ketahui penerbangan terus / transit

Jenis pakej umrah yang ditawarkan tak terlepas dengan dua jenis penerbangan, sama ada Transit atau Terus. Ada juga yang menggunakan syarikat penerbangan berbeza seperti Saudi Airlines atau Malaysia Airlines atau lain-lain. Harga pakej umrah juga akan berbeza mengikut jenis penerbangan yang disediakan.

kelebihan saudi airlines

Jemaah Tripfez ketika menaiki Saudi Airlines

4. selidik bimbingan mutawif

Ada beberapa pakej yang hanya menggunakan perkhidmatan 1 mutawif sahaja untuk 2-3 kumpulan jemaah dalam satu masa. Ada juga pakej mutawif yang mula bersama jemaah di Arab Saudi atau hanya ada ketika untuk tunai Umrah.

Yang sesuai untuk jemaah kali pertama tunai umrah, kena cari mutawif yang membimbing jemaah bermula dari KLIA sehingga pulang Malaysia di KLIA. MARKAH BONUS jika 1 mutawif hanya dipertanggungjawabkan untuk bimbing 1 kumpulan KECIL jemaah sahaja kerana jemaah akan dapat bimbingan terus dan lebih fokus untuk beribadah.

Kalau satu jemaah terlalu ramai, kemungkinan besar jemaah akan tertinggal dan jemaah pun kurang mendapat perhatian. Sayang untuk jemaah yang baru pertama kali tunai umrah, tidak dapat tunai dengan 100% bimbingan.

maklumat mutawif tripfez

pakej-umrah-20-hari
Pakej Umrah Tripfez 1 Mutawif untuk 1 Kumpulan Kecil kurang 30 jemaah

5. semak tarikh Pakej

Tarikh penting sebab kena tengok cuaca, supaya boleh sediakan baju-baju yang bersesuaian. Ada juga tarikh tertentu sama ada waktu itu masjidil Haram penuh atau lengan dengan jemaah dari negara lain.

Selain itu, tarikh juga main peranan untuk bakal jemaah mohon cuti bagi yang bekerja.

waktu-masjidil-haram-tiada-orang-umrah-tripfez
Selepas haji adalah waktu paling kurang jemaah di Masjidil Haram

6. semak lokasi hotel / taraf hotel

Ada pakej yang tawarkan hotel dekat, tapi kondisi tak selesa. Ada juga yang tawar hotel jauh, tapi biliknya selesa sangat! Jadi jangan lupa tanya agensi, hotel mana mereka sediakan dan Google untuk review atau kondisi bilik yang terlibat!

hotel dekat masjid nabawi (50m-150m)

hotel dekat masjidil haram (50m-150m)

pakej-umrah-pullman-tripfez
Pakej Umrah Pullman Tripfez

7. Ketahui free gift dan diskaun

Ada banyak agensi tawarkan pakej umrah tapi tak banyak yang tawarkan sekali bersama freegift dan barangan hadiah. Free gift termasuk barangan sanitizer atau barang-barang yang diperlukan untuk tunai umrah. Ada juga yang sediakan kursus percuma untuk pakej umrah.

KELEBIHAN pakej umrah tripfez

umrah tripfez freegift
Barangan percuma untuk jemaah yang berdaftar pakej umrah Tripfez

7. semak agensi berdaftar di MOTAC

YANG PALING PENTING! Kena semak dahulu sama ada agensi tersebut sah berdaftar dengan MOTAC atau tidak! Ini sangat penting sekiranya ada hal yang tidak diingini berlaku, jemaah boleh rujuk dengan MOTAC dan boleh diambil tindakan. Jika tidak, jemaah perlu tanggung risiko sendirian! –Semak Agensi MOTAC

Tripfez agensi pelancongan berdaftar dibawah MOTAC – No Lesen 7142

DAFTAR SEKARANG UNTUK DAPATKAN PROMOSI TERHAD

Daftar Pakej Umrah 2022 sekarang, deposit hanya RM1000/seorang dan bayaran penuh boleh dibuat 30 hari sebelum penerbangan. Hubungi kami segera untuk diskaun RM100/seorang bagi pendaftaran awal pakej umrah bersama Tripfez!! 



HUBUNGI KAMI

Tripfez Travel
A11-02B, Empire Office Tower
Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya,
Selangor, Malaysia

Google Map – Office Tripfez Travel
Email : [email protected]

Leave a Reply