6 ALASAN UNTUK MAJIKAN MEMILIH PERCUTIAN SYARIKAT
Percutian syarikat banyak kelebihanya. Baik majikan mahupun pekerja, tidak dinafikan lagi, percutian syarikat mampu berikan banyak kebaikan kepada kedua-dua pihak.
1. ERATKAN HUBUNGAN
Hubungan yang erat sangat penting bagi memastikan pekerja dan majikan dalam pergerakan yang selari dalam mencapai objektif syarikat yang sama.
2. REHATKAN FIZIKAL DAN MENTAL
Bukan untuk pekerja sahaja, majikan pun perlukan rehat yang secukupnya untuk fizikal dan mental. Cukuplah luangkan 8-9 jam dalam 5-6 hari di tempat yang sama sahaja. Member depan pun naik bosan asyik tengok muka sama je kat depan dia setiap hari.
3. TINGKATKAN PRODUKTIVITI
Tidak dinafikan lagi, melakukan aktiviti luar mampu meningkatkan prestasi dan produktiviti untuk semua orang tidak kira usia. Menurut kajian yang dijalankan ke atas seramai 2000 pekerja, produktiviti mereka meningkat sebanyak 45% selepas meluangkan masa di luar dengan hanya 29 minit sahaja. Dan 63% dari mereka merasa keadaan diri mereka lebih baik selepas hirup udara segar.
4. KURANG STRESS, KURANG CUTI
Bukan sahaja menjadikan badan sihat, malah dengan melakukan aktivti luar terbukti berjaya mengurangkan stress dalam diri seseorang. Percutian syarikat dapat membantu serba sedikit dalam mengurangkan stress dalam kalangan pekerja. Ingat, kurang stress, kurang cuti!
5. KUKUHKAN KERJASAMA
Meluangkan masa bersama membenarkan kumpulan itu mengenali diri antara satu sama lain. Aktiviti dalam percutian syarikat adalah salah satu medium yang sah, mampu mengeratkan dan mengukuhkan kerjasama antara pekerja. Elemen ini sangat penting dalam mengurakan pergolakan dalam syarikat.
6. ASAH BAKAT TERPENDAM
Ini waktu yang sesuai untuk majikan selidik bakat pekerja. Bukan bakat sahaja, majikan juga boleh perhatikan personaliti dan kebolehan mereka dalam menangani situasi yang berbeza dan pelbagai. Waktu yang sangat perfect untuk kenali pekerja!
Leave a Reply