• Menu

Tatacara Perlaksanaan Ibadah Umrah Fasa Covid

Home » Muslim Friendly Travel Guide » Umrah Travel Guide » Tatacara Perlaksanaan Ibadah Umrah Fasa Covid

1. DOS VAKSIN

Syarat utama wajib dari jemaah luar negara adalah diwajibkan untuk mendapatkan Vaksin Covid-19. Bagi penerima  vaksin dari senarai jenama yang diiktiraf oleh Kerajaan Arab Saudi tidak perlu kuarantin. Manakala penerima vaksin tidak diiktiraf perlu kuarantin di Saudi. Bagi penerima Sinovac/Sinopharm wajib dapatkan dos penggalak dari Pfizer atau AstraZeneca untuk bebas kuarantin. Baca senarai vaksin diiktiraf oleh Kerajaan Arab Saudi.

2. DOS PENGGALAK

Jemaah umrah perlu mendapatkan dos penggalak. Jangan lupa simpan dan print kad vaksin penggalak dan perlu dibawa ke KLIA pada hari keberangkatan ke Saudi. Kalau tak bawa, tak lepas terbang nanti! Cara untuk dapatkan dos penggalak oleh KKM.

3. SEBELUM PENERBANGAN KE SAUDI –

Senarai dokumen penting perlu dihantar ke pejabat:

  • Passport yang sah 8 bulan dari tarikh pulang
  • Dokumen bagi permohonan visa berkaitan (LINK – Umrah Visa vs Tourists Visa)
  • Keputusan PCR Swab test 72 jam sebelum penerbangan
  • Salinan Sijil Vaksin dari Mysejahtera
  • Buku suntikan vaksin Meningococcal

4. SEBELUM PENERBANGAN PULANG DARI SAUDI

Antara senarai dokumen penting perlu dibawa adalah:

*Jemaah diwajibkan membuat permohonan HSO dalam tempoh 7 – 10 hari sebelum penerbangan pulang balik ke Malaysia. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan jemaah tidak dibenarkan pulang oleh Arab Saudi. Mutawif bertugas akan membantu jemaah dalam mengisi maklumat HSO semasa di Saudi.

5. SEMASA KETIBAAN DI MALAYSIA

Antara senarai dokumen penting perlu dibawa adalah:

  • Surat Pengesahan HSO
  • Keputusan PCR Swab test 48 jam sebelum penerbangan
  • Passport Warganegara
  • MySejahtera yang terkini

6. SIM CARD PERCUMA DI SAUDI

Jemaah akan dibekalkan simcard secara percuma semasa ketibaan di Saudi.  Data internet perlu dibeli mengikut kadar penggunaan data oleh jemaah di sana nanti.

7. PERMIT TAWAKKALNA/EATMARNA

Antara salah satu perbezaan mengerjakan umrah dalam waktu pandemik ini adalah perlunya untuk memohon permit dan slot untuk  mengerjakan umrah. Secara amnya, aplikasi Tawakkalna sama seperti aplikasi MySejahtera di Malaysia manakala untuk Aplikasi Eatmarna adalah aplikasi untuk memohon permit untuk beribadah di sana. Permit ini boleh dipohon melalui aplikasi Eatmarna untuk beberapa ibadah penting di Mekah dan Madinah termasuk:

  • Umrah
  • Solat Fardhu di Masjidil Haram
  • Ziarah Raudhah – Lelaki
  • Ziarah Raudhah – Perempuan
  • Ziarah Makam Rasulullah
  • Mencium dan memegang Hajarul Aswad (akan datang)
  • Solat di Hijr Ismail (akan datang)

Boleh tengok di LINK- Eatamarna Tawakkalna untuk ketahui cara – cara permohonan dan menggunakan kedua dua aplikasi tersebut.

Perlu menjadi peringatan bersama, kita masih lagi berada di Fasa Pandemik. Perjalanan Umrah pastinya berbeza dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh Kerajaan dan Arab Saudi.

*SOP di atas adalah tertakluk kepada perubahan semasa.