• Menu

Servis Badal Haji Untuk Yang Kurang Berkemampuan

Home » Travel Promo & News » Servis Badal Haji Untuk Yang Kurang Berkemampuan

Badal Haji bermaksud mewakilkan kepada waris atau orang lain bagi melaksanakan ibadat haji ke atas dirinya di sebabkan uzur seperti sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua atau meninggal dunia sedangkan ia berkemampuan tetapi tidak sempat menunaikan ibadat tersebut ketika masih hidup.

Allah SWT telah menyatakan di dalam Al-Quran berkenaan menunaikan haji bagi orang yang berkemampuan. Firman-Nya di dalam Al-Quran:

وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا

“Dan Allah SWT mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.”
(Surah Al-Imran: 97)

Jika wang yang dikumpulkan sudah mencukupi untuk menampung pembayaran ibadah haji, tetapi tidak dapat untuk melaksanakan atas sebab sakit atau uzur, adakah boleh diwakilkan kepada waris atau orang lain untuk melakukan badal haji?  Jika tidak mampu, maka dibenarkan kepada waris melaksanakan haji bagi dirinya atau mengupah orang lain melaksanakan ibadah ini.

Telah datang seorang wanita dari kalangan bani Khas’am lalu bertanya kepada Nabi SAW:

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ فَرِيضَةَ اللَّهِ عَلَى عِبَادِهِ فِي الْحَجِّ أَدْرَكَتْ أَبِي شَيْخًا كَبِيرًا، لاَ يَسْتَطِيعُ أَنْ يَسْتَوِيَ عَلَى الرَّاحِلَةِ فَهَلْ يَقْضِي عَنْهُ أَنْ أَحُجَّ عَنْهُ قَالَ ‏ “‏ نَعَمْ ‏”‏‏

“Wahai Rasulullah SAW, sesunguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hambanya, bapaku seorang yang lanjut usia dan tidak mampu untuk duduk dengan baik di atas haiwan tunggangan / kenderaan, maka apakah aku boleh menunaikan haji baginya? Rasulullah SAW menjawab” : “Boleh”.
(Hadis Riwayat Bukhari, No.1854)

Kesimpulannya, hukum mengupah haji kepada mereka yang telah meniggal dunia yang tidak sempat untuk menunaikan haji ketika hidup adalah diharuskan syarak.

Tempahan Badal Haji 2020

Nak Laksanakan Badal Haji Bersama Tripfez?

Hanya RM2500 untuk setiap nama!

Barang Hadiah Untuk Setiap Tempahan Badal Haji 2020:

  1. Sijil Perlaksanaan Badal Haji
  2. Air Zam Zam 5 Liter
  3. Sejadah Raudah
  4. Minyak Wangi Raudah
  5. Baucar Percutian Bernilai RM 100

Klik Di Sini Untuk Sebarang Pertanyaan Melalui WhatsApp

Leave a Reply