• Menu

Pakej Terbaharu GIT Lite: Penerbangan โœˆ๏ธ + Hotel ๐Ÿจ

Home ยป Guide for Muslim Travellers ยป Pakej Terbaharu GIT Lite: Penerbangan โœˆ๏ธ + Hotel ๐Ÿจ

Tripfez Travel kini bergerak satu lagi langkah ke hadapan dengan meluaskan lagi rangkaian produk yang ditawarkannya. Pengenalan produk baharu GIT Lite: Penerbangan + Hotel ini direka khusus buat kumpulan pelancong dengan bilangan minimum 10 orang setiap perlepasan, sekurang-kurangnya 2 orang setiap tempahan. Pelanggan berpeluang mendapatkan tawaran penerbangan dan penginapan terbaik ke mana-mana destinasi yang ditawarkan oleh Tripfez tanpa terikat dengan mana-mana pakej, jadual dan pelan perjalanan.

Dengan pelancaran produk ini, segala urusan berkaitan penginapan dan penerbangan akan diuruskan oleh Tripfez. GIT Lite: Penerbangan + Hotel membantu memudahkan urusan penginapan dan penerbangan sekali gus menjadikan pengalaman percutian anda lebih bermakna. Pelanggan bebas merancang, mengatur dan menyesuaikan aktiviti percutian mereka mengikut citarasa sendiri dengan beberapa pilihan tarikh penerbangan sepanjang tahun. Selain menjimatkan wang, pelanggan boleh mendapatkan pelbagai tawaran penerbangan dan penginapan terbaik dan sesuai mengikut pilihan, citarasa dan bajet pelanggan.

Cai dan tempah penerbangan + hotel tanpa terikat dengan mana-mana pelan perjalanan.
Korea Selatan

Produk GIT Lite: Penerbangan + Hotel menawarkan penginapan bermalam di hotel terpilih termasuk sarapan dan tiket penerbangan pergi balik termasuk cukai. Selain itu, ia juga merangkumi pengangkutan dari dan ke lapangan terbang dan daftar masuk bagasi percuma. Ia berbeza dengan pakej GIT (pakej berkumpulan) sedia ada yang menyediakan pakej penuh dengan jadual dan pelan perjalanan lengkap (all-in) merangkumi semua perbelanjaan seperti penginapan, makanan, tiket penerbangan, pengangkutan, bayaran masuk ke lokasi tarikan, tip dan lain-lain. 

Sebagai permulaan, dua destinasi percutian diperkenalkan kepada pelanggan iaitu GIT Lite 4D3N Krabi ‘Fly & Relax’ dan 4D3N Ho Chi Minh ‘Fly & Shop’ dengan harga masing-masing serendah RM1219 dan RM999.

Indonesia

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran terbaharu ini, pelanggan boleh layari laman web Tripfez. Anda juga boleh ikuti kami di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut mengenai diskaun atau promosi terkini yang sedang berlangsung. Tunggu apa lagi? Jimatkan wang anda dengan menggabungkan tempahan penginapan dan penerbangan anda, dan nikmati percutian ke mana-mana destinasi pilihan anda tanpa menipiskan poket anda. Menarik, bukan?

Tempah Pakej Hotel + Penerbangan Tripfez

Leave a Reply