• Menu

Virtual Tour Menarik Untuk Anda Lawati Dari Rumah!

Home » Guide for Muslim Travellers » Virtual Tour Menarik Untuk Anda Lawati Dari Rumah!

Keadaan dalam negara semakin lengang dan sunyi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac 2020 yang lalu. Disebabkan itu, kami sedar ramai antara anda terpaksa membatalkan atau menunda percutian buat masa ini untuk kepentingan bersama. Tapi, jangan sedih! Tripfez dah senaraikan beberapa laman web yang menawarkan virtual tour untuk anda lawati buat sementara waktu.

Bolehlah isi masa lapang anda di rumah sambil lepaskan rindu nak travel kan? Jom semak!

1. Virtual Tour ke Muzium Seluruh Dunia

Anda boleh merasai pengalaman terbaik melawat muzium menarik dunia bermula dari Seoul ke London! Dari hanya menghadap Netflix dan main game online, dapatlah sedikit suntikan budaya dan pendidikan sepanjang tempoh berada di rumah.

Virtual tour di muzium seluruh dunia

Anda boleh cuba lawati laman web rasmi muzium-muzium seluruh dunia seperti British Museum, The Louvre, National Museum of Natural History dan Vatican Museum di Rome untuk mencuba pengalaman virtual tour ini. Laman sesawang Google turut meyediakan aktiviti pameran secara maya untuk untuk anda lawati termasuk:

2. Lawatan Maya ke Lokasi Bersejarah

Virtual Tour di Sistin Chapel Vatican City

Terokai seni bina dan sejarah dunia hanya dengan satu klik! Sebagai contoh, anda boleh cuba ke laman web ini untuk berjalan di sekitar model digital 3D bandar purba Roma. Ingin melihat senibina Roma sebenar? Jom ke United Kingdom untuk melawat Gelligaer Roman Fort pula. Berminat dengan peninggalan sejarah yang lain? Ada banyak lagi lokasi yang menawarkan ciri yang sama:

3. Lawatan Ladang Atas Talian

Farm Virtual Tour

Terperangkap di rumah dengan anak-anak yang tidak reti duduk diam? Perlukan beberapa aktiviti untuk memastikan mereka kekal aktif dan tidak keluar dari rumah? Anda boleh minta anak-anak anda untuk mengunjungi laman web seperti American Dairy dan FarmFood360 ini. Terdapat beberapa lawatan ladang maya untuk anak-anak anda menonton dari rumah supaya dapat belajar tentang penternakan haiwan dan industri susu.

4. Virtual Tour ke Zoo

Lihat Haiwan di Zoo Melalui Lawatan Maya Online

Ingin mengetahui kelakuan beberapa haiwan di zoo seperti panda, harimau belang, penguin dan koala? Anda tidak perlu ke zoo lagi semasa perintah berkurung ini dan hanya klik pada pautan dibawah. Anda boleh menonton siaran secara langsung live cam haiwan-haiwan yang di mana sahaja anda berada. Untuk para ibu bapa yang sudah buntu cara untuk melayan anak-anak anda, mungkin boleh cuba cara ini juga!

5. Melihat Hidupan Laut

Setelah bosan melawat muzium, zoo dan lain-lain? Atau anak-anak anda lebih sukakan hidupan laut? Terdapat juga aquarium yang menawarkan lawatan maya untuk anda lawati. Antaranya termasuk, Georgia Aquarium di Atlanta serta National Aquarium Baltimore.

Virtual Tour Aquarium

Semoga artikel ini membantu menghilangkan kebosanan anda di rumah. Sekiranya lawatan maya bukanlah sesuatu yang anda minati, jom baca artikel-artikel menarik dari Tripfez untuk mengisi masa lapang! Paling penting, pastikan anda jaga kebersihan dan kesihatan diri supaya usaha kita dalam menangani wabak COVID-19 yang melanda akan berakhir dengan jayanya!

Leave a Reply