Kerajaan Malaysia telah membenarkan rakyat Malaysia untuk keluar melancong bermula 1 April 2022. Ramai telah memilih lokasi percutian ke luar negara mereka dan ramai yang memilih negara Turki sebagai destinasi pelancongan memandangkan nilai mata wang yang rendah menjadi salah satu faktor penentuan destinasi pelancongan. Negara Turki merupakan destinasi tempat pelancongan yang amat terkenal dengan masjid bersejarah iaitu Hagia Sofia, belon udara panas di Cappadocia, Istanbul dan macam-macam lagi.
Sebelum bergerak ke Turki, ada beberapa garis panduan atau Standard Order Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan Turki. Oleh itu, jom lihat di bawah apakah SOP yang perlu kita dilakukan sebelum ke Turki.
1.Ujian PCR dan Kuarantin di Turki
Bagi anda yang sudah lengkap vaksin, anda tidak perlu mengemukakan ujian PCR untuk menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Istanbul. Selain itu, anda juga tidak perlu kuarantin setibanya sampai di Turki. Jadi, bolehlah anda teruskan perjalanan di Turki tanpa keperluan kuarantin yang makan masa.
2. Borang Kemasukan Turki dan QR HES.
Seterusnya, sebelum bergerak, anda perlu mengisi borang kemasukan ke Turki (https://register.health.gov.tr/) kerana ia digantikan sebagai borang ketibaan yang selalu diisi apabila tiba di Turki. Selepas anda mengisi borang, anda akan menerima kod QR HES. QR HES adalah seperti kod di MySejahtera. Jika anda masih ragu-ragu tentang cara mengisi borang ini, jangan risau kerana tour leader kami akan bimbing anda nanti.
3. Dokumen yang perlu disediakan
Anda perlu memastikan passport anda hidup lapan (8) bulan tamat tempoh dari tarikh tiba ke Malaysia. Selain itu, anda harus ada sijil suntikan vaksin dan booster bagi serahan dokumen di KLIA sebelum keberangkatan pulang ke Malaysia.
4. Insurans

Pakej Turki Bersama Tripfez telah termasuk dengan insurans. Jadi, anda tidak perlu gusar mencari insurans di luar sana untuk melindungi anda dan keluarga sepanjang percutian. Pakej insurans kami meliputi perlindungan kos kemalangan,hilang nyawa dan kecederaan tangan di sepanjang perjalanan dan lain-lain.
5. Sebelum keberangkatan pulang
Anda perlu isi borang pre-departure dimana anda perlu mengisinya di aplikasi Mysejahtera sebelum pulang ke Malaysia. Bukan setakat itu saja, anda perlu melakukan PCR dalam tempoh empat puluh lapan (48) jam sebelum berangkat pulang ke Malaysia dan ujian PCR diperlukan untuk pelancong berumur umur tujuh (7) tahun ke atas. Apabila tiba di tanah air, anda perlu melakukan ujian RTK-Antigen dalam masa dua puluh empat (24) jam setelah tiba.
6. Kuarantin setiba Malaysia

Mengikut garis panduan dari KKM, anda tidak perlu kuarantin jika anda peroleh keputusan negatif. Tetapi, jika anda positif, anda perlu menjalani
a) kuarantin selama lima (5) hari bagi yang telah menerima booster lengkap
b) perlu kuarantin selama tujuh (7) hari bagi yang tidak mengambil booster
Tahukah anda, SOP melancong ke Turki antara negara yang longgar berbanding negara lain. Jadi, apa lagi jom kita ke Turki. Berminat untuk pergi melancong ke Turki bersama Tripfez? Pakej Turki Tripfez 9H7M, hubungi kami segera untuk mengetahui lebih lanjut.
Leave a Reply