• Menu

5 Tips Ke Taiwan Semua Muslim Wajib Tahu

Home » Muslim Friendly Travel Guide » Taiwan Muslim Friendly Travel Guide » 5 Tips Ke Taiwan Semua Muslim Wajib Tahu
5 Tips Ke Taiwan, Elephant Mountain
View from Elephant Mountain

Ni Hao Ma! Selamat Datang ke Taipei! Sebelum anda melancong ke Tapei, Taiwan sudahkah anda memeriksa segala kelengkapan untuk ke sana? Anda mungkin merasakan yang anda telah bersedia tetapi mari lihat 5 tips Ke Taiwan sebelum anda terbang menyaksikan keindahan Taipei sehingga digelar sebagai “Heart of Asia”.

1. Muat Turun Aplikasi Halal Taiwan

5 Tips Ke Taiwan, Halal Tw

Perkara yang wajib anda lakukan sebelum ke Taiwan atau melancong ke negara luar ialah memuat turun applikasi halal bagi Muslim. Misalnya applikasi seperti “Halal.TW” (a.k.a “Halal Taiwan”) bagi Muslim yang melancong ke Taiwan. Applikasi ini tidak memerlukan talian internet untuk di akses. Applikasi ini telah mendapat sokongan daripada Taiwan Tech Business Incubation Centre dan Chinese Muslim dalam memenuhi kehendak pelancong Muslim.

2. Bawa Portable Travel Bidet Atau Tisu Basah

5 Tips Ke Taiwan, Portable Bidet
Kredit: shopee

Ini merupakan antara 5 tips Ke Taiwan yang terpenting. Kebanyakan tandas di Taiwan tidak mempunyai ‘bidet’ mahupun paip seperti di Malaysia. Oleh itu, para pelancong Muslim dinasihatkan untuk membawa “portable travel bidet” bagi memudahkan untuk membersihkan diri. Sekiranya anda tidak mempunyai “portable travel bidet”, anda juga boleh membawa tisu basah bersama anda kemana-mana sahaja. Tisu basah lebih mudah untuk dibawa dan lebih murah.

3. Pengecas Peranti Universal

5 Tips Ke Taiwan, universal adapter
Universal travel adapter (Aaron Yoo)

Pengecas peranti universal amatlah penting kepada mereka yang ingin melancong ke luar negara kerana tidak semua negara mempunyai ‘plug’ yang sama. Bagi mengelakan masalah untuk mengecas peranti eletronik anda hendaklah membeli pengecas peranti universal.

4. Baju Hujan dan Kipas Mudah Alih

Rain Coat
Nicki Dugan Pogue
Portable Fans
Aaron Yoo

Jangan lupa bawa bersama baju hujan ataupun kipas mudah alih anda! Kipas mudah alih berguna terutama sekali pada waktu panas, baju hujan pula diperlukan sekiranya hujan di Taipei.

5. Sejadah Mini

Mini prayer mat
Jojo Jonast

Sejadah ini lebih dikenali sebagai “Sejadah Travel” amat penting bagi Muslim. Boleh didapati secara “online” terutama kepada Muslim yang sering melancong ke luar negara. Sejadah ini berguna kerana amat ringan, kalis air, dan saiznya yang mudah disimpan.

Selain daripada tips ni, jangan lupa untuk semak juga waktu terbaik untuk melawat Taiwan. Rancanglah percutian anda agar banyak kenangan manis dapat dicipta. Jom tempah pakej ke Taiwan dengan Tripfez?

Tempah Percutian Mesra Muslim Ke Taiwan Sekarang!