• Menu
< See Tripfez Muslim Packages
  • Menu

TIPS PENJAGAAN KULIT: PERCUTIAN KE MALDIVES

Home » FEATURED POSTS » TIPS PENJAGAAN KULIT: PERCUTIAN KE MALDIVES

Tenang tapi…

Adakah anda mendengar bunyi itu?

Alam semulajadi seolah-olah memanggil….

Adakah anda terlihat  lautan yang kebiru-biruan?

Oh, ketenangan itulah yang kita perlukan sekarang..

Maldives, adakah itu kamu, sayang?

maldives-bungalow-four-seasons

Maldives

Kredit: Four Seasons

 

PING! PING! PING! Minta perhatian SEMUA!

Kulit anda perlukan perhatian! Sebentar, kami mempunyai beberapa tips untuk semua yang mahu melancong ke Maldives. Sinaran matahari mungkin berbahaya kepada kulit anda, tetapi jangan risau, beberapa produk ini boleh membantu anda daripada terdedah kepada kerosakan kulit, selaran matahari (sunburn), berjemur (sun tanning) dan lain lain.

chillin-beach_1Kredit: dribble.com

 

Processed with VSCO with hb1 preset

Pelindung matahari Aiken

Kredit: imanabdulrahim.com

1. TABIR SURIA (SUNBLOCK)

Tabir suria adalah merupakan perkara penting wajib anda gunakan apabila anda terdedah dibawah sinaran cahaya matahari. Ini adalah untuk memastikan kulit anda terlindung dibawah cahaya matahari , mengurangkan risiko kulit rosak, penuaan kulit pramatang, selaran matahari, kedut yang jelas,  labah labah pembuluh darah, pecah pembuluh darah, kanser kulit. Sinaran UV akan merosakkan kulit secara perlahan jika anda tidak menjaga kulit dengan betul.

*Peringatan: tabir suria/pelindung matahari perlu diaplikasi kembali setiap 2 jam.

P/S: Dinasihatkan supaya menggunakan tabir suria atau pelindung matahari yang mesra-eco yang tidak mudaratkan terumbu karang. Elakkan menggunakan produk yang mengandungi oxybenzone dan octinoxate yang bahaya dan menyebabkan pemutihan terumbu karang.

 

aloevera-gel-new

Gel aloe vera Guardian

Kredit: guardian.com.my

2. GEL ALOE VERA

Remedi semulajadi yang diperlukan untuk melegakan kulit anda dari selaran matahari tidak lain tidak bukan adalah gel aloe vera. Aloe vera terkenal dengan kuasa untuk merawat masalah kulit seperti selaran matahari, kulit kering, gatal disebabkan kulit kering dan sebagainya.

*Tips: Letakkan di dalam peti sejuk untuk kesan lebih nyaman.

 

lipbalm-new

Pelembap bibir Mentholathum ‘deep moist’

Kredit: guardian.com.my

3. PELEMBAP BIBIR

Jangan lupa untuk melembapkan bibir anda seperti juga kulit anda. Bibir kering akan membuatkan anda tidak selesa kerana merasakannya dikulit anda. Bibir terdiri daripada lapisan kulit yang nipis berbanding kulit yang lain di badan kita dan tanpa penjagaan yang rapi, bibir akan kering dan rosak. Oleh itu, bibir yang kering akan lebih gelap dan wajah anda tidak akan berseri seperti sebelum ini.

 

moisturizer-new

Pelembap muka Neutrogena ‘Hydro Boost water gel’

Kredit: watsons.com.my

4. PELEMBAP MUKA

Sama ada anda mempunyai kulit kering, kulit berminyak, kombinasi atau normal, pelembap muka merupakan produk penting apabila bercuti ke pulau-pulau. Masukkan ia di dalam rutin penjagaan muka anda walaupun anda bercuti kerana kulit anda masih memerlukan lapisan penjagaan kritikal untuk memastikan yang anda tidak terdedah kepada dehidrasi kulit ketika bercuti.

 

micellar-water-new

Garnier ‘Micellar Water’

Kredit: guardian.com.my

5. ‘MICELLAR WATER’

Anda mungkin fikir yang ‘micellar water’ tidak penting untuk menjaga kulit anda. ‘Sorry to say, guys’ kerana ‘micellar water’ diperlukan untuk membersihkan wajah anda sebelum pembersih wajah. Anda hanyalah perlukan kapas untuk menghilangkan tabir suria atau pelindung matahari (sunblock) dari wajah dan wajah anda akan bersih. Yang paling penting adalah untuk menghilangkannya sebelum mengambil air wudhuk untuk memastikan tiada sebarang bahan kimia di muka.

 

body-lotion-new

Johnson’s losyen

Kredit: watsons.com.my

6. LOSYEN BADAN PENGHIDRAT

Adakah anda seorang yang kurang penjagaan badan berbanding muka dan tidak kisah mengenainya langsung? Walau bagaimanapun, apa yang anda lakukan pada hari ini mampu memberi kesan di kemudian hari. Jaga hidrat kulit anda dengan losyen badan yang sesuai agar ia dapat memberikan pelindungan daripada kekeringan ketika anda bercuti. Tambahan pula, sesetengah losyen di pasaran turut mempunyai perlindungan lebih dari UVA UVB dan boleh digunakan pagi dan malam.

 

Print

Air mineral Evian

Kredit: hod.evian.hk

7. MINUM BANYAK AIR!

Ya, kami tahu anda sangatlah teruja terhadap percutian ini, namun perkara paling penting dalam penjagaan kulit adalah dengan minum banyak air untuk memastikan kulit mengalami hidrasi secukupnya sepanjang hari. Meminum banyak air penting didalam menegkalkan hidrasi badan ketika panas. Jangan lupa untuk membawa sebotol dua air mineral ketika anda melakukan aktiviti.

Ingat kata kunci ini:

“HIDRASI ADALAH KUNCI!”

Dinasihatkan kepada anda untuk memindahkan sedikit produk penjagaan kulit kedalam kit botol perjalanan berbandimg membawa botol dan jar besar. Kit perjalanan kompak dan anda boleh menganggar berapa banyak produk yang diperlukan ketika anda bercuti.

travel-kit-watsons

Kit perjalanan

Kredit: watsons.com.my

guardian-travel-kit

Kit perjalanan

Kredit: guardian.com.my

Itu saja tips dari kami pari-pari Tripfez! Selamat bercuti ke Maldives! Nikmati percutian anda dan kembalilah dengan satu senyuman menawan (dan kulit yang sihat!).

fragrantfavoritegannet-size_restricted

Kredit: gfycat.com


Berminat untuk bercuti ke Maldives dengan hanya RM1100?

Atau mahukan tawaran yang lebih hebat, jom jumpa kami di:

Matta Fair, PWTC.

Gerai tiket 3241-3244, Hall 3.

From 15 to 17 March 2019.


Jangan lupa ikuti kami di:

Website: www.tripfez.com

Blog: blog.tripfez.com

Facebook: Tripfez Travel

Twitter and Instagram: @tripfez


Article written by Farhah Amirah. Edited by Erica.

 

 

importers importers