• Menu

Diskaun MAB Buat Guru, Pensyarah, & Pelajar

Home » COVID-19 Guide For Travellers » Diskaun MAB Buat Guru, Pensyarah, & Pelajar

08/07/2020: Malaysia Airlines Berhad (MAB) kini akan memberikan diskaun buat guru, pensyarah, dan pelajar susulan sesi pembelajaran yang akan bermula pada bulan Oktober. Diskaun 20% ini tertakluk pada penerbangan domestik. Ini hasil kerjasama antara kerajaan, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Malaysia Airlines Berhad (MAB).

DISKAUN MAB GURU PENSYARAH PELAJAR

Tarikh penempahan pula bermula dari 9 Julai sehingga 10 Ogos bagi penerbangan bertarikh 10 Julai sehingga 30 November 2020.

‘Diskaun boleh diperolehi melalui tempahan atas talian dengan memasukkan kod promo yang akan diumumkan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Diskaun 20 peratus kepada pelajar diberi melalui program MH Explorer yang boleh diperolehi melalui laman sesawang rasmi Malaysia Airlines dengan menjadi ahli MH Explorer. Diskaun pelajar ini akan terus dinikmati sehingga 30 November 2020 atau tempoh keahlian tamat mengikut syarat keahlian MH Explorer.’
– Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kanan Pertahanan)

Diskaun MAB untuk guru pensyarah pelajar ini diharap dapat mengurangkan beban para guru, pensyarah, dan pelajar yang bakal meneruskan sesi pembelajaran pada bulan Oktober. Dalam sidang media hari ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kanan Pertahanan) berharap agar syarikat-syarikat penerbangan lain untuk membantu usaha menurunkan harga tiket penerbangan.

Sebelum menempah penerbangan, boleh tengok polisi baru syarikat penerbangan dekat sini. Sumber berita ini adalah dari AWANI.

Leave a Reply